Pray For MH370

Pray For MH370

PROJEK BERMASALAH ERA BN KERAJAAN PAKATAN TERIMA KUTUKAN

Dakwaan DR Khir Toyo yang menyalahkan kerajaan negeri kerana melewatkan projek CAR adalah tidak benar sekali dan lebih dikesali kenyataan beliau mengandungi fakta yang salah dan mengelirukan. MB Selangor berharap Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi mengambil insiatif untuk berjumpa sendiri dengan masyarakat Kampung Sungai Terentang.


Projek CAR kenyataan Khir Toyo mengelirukan


Saidah Hairan / Harakahdaily


SHAH ALAM, 3 Dis (Hrkh) - Menteri Besar, Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim menyelar sikap Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo yang menyalahkan kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat terhadap masalah projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) di Kampung Sungai Terentang, Rawang.

Beliau menegaskan masalah Kampung Sungai Terentang itu bukan perkara baru dan ia boleh diselesaikan lebih awal jika kerajaan Umno-BN di bawah pimpinan Khir Toyo dulu mempunyai pentadbiran yang efisien dan profesional.

"Saya sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat tidak pernah melarang projek CAR oleh TNB daripada diteruskan," tegasnya dalam sidang media, selepas mesyuarat exco jam 2 petang, di tingkat 20 Shah Alam.

Menurut beliau, dakwaan Khir Toyo yang menyalahkan kerajaan negeri kerana melewatkan projek CAR adalah tidak benar sekali dan lebih dikesali kenyataan beliau mengandungi fakta yang salah dan mengelirukan.

Perlu dijelaskan katanya, usaha pengambilan tanah yang melibatkan jaluran asal sepertimana yang dipohon oleh TNB sudahpun dilakukan dan diwartakan oleh kerajaan Negeri.

Tambahan pula tegas beliau keputusan mahkamah mengenai permohonan TNB untuk memasuki tanah yang terlibat juga sudah diputuskan.

"Sekarang TNB dan kerajaan Pusat hanya perlu membuat rundingan dengan penduduk kampung Sungai Terentang bagi meneruskan projek tersebut, tegasnya.

Menurut beliau, rakyat sudah mengetahui bahawa Kerajaan Negeri telah mengadakan pertemuan bersama penduduk Kampung Terentang sebanyak enam kali termasuk lawatan ke kawasan tersebut.

Katanya, setelah mengambil kira pandangan semua pihak Kerajaan Negeri telah mencadangkan dua pilihan iaitu menanam kabel bawah tanah kerana ianya tdak langsung melibatkan pengambilalihan tanah dan membenarkan penduduk kampung terus tinggal di kawasan tersebut.

Selain itu tambah beliau menggunakan laluan alternatif yang tidak melibatkan ramai penduduk.

Beliau berkata, bagi usaha tersebut Kerajaan Negeri telah memulakan proses mewartakan laluan alternatif (melalui borang 5A di bawah sek 4, Akta Pengambilan Tanah) untuk menjimatkan masa proses pengambilan tanah.

Kerajaan Negeri katanya bersedia memberi taklimat mengenai perkara itu dan jika pihak TNB dan Kerajaan Pusat merasakan cadangan tersebut tidak sesuai Kerajaan Negeri tidak ada hak untuk menghalang mereka.

Bagaimanapun, tegas beliau Kerajaan Negeri akan terus membantu dan menjaga kebajikan penduduk dan berharap Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi mengambil insiatif untuk berjumpa sendiri dengan masyarakat Kampung Sungai Terentang supaya projek itu boleh berjalan dengan cara yang terbaik.

Comments :

4 comments to “PROJEK BERMASALAH ERA BN KERAJAAN PAKATAN TERIMA KUTUKAN”
Anonymous said...
on 

apa kerajaan PR buat? Salahkan kerajaan lama tak akan membantu.

Hentikan komplen, nanti rakyat ramai-ramai bagi penyapu kat kerajaan PR macam kami bagi kat khir toyo dulu.

buat kerja!!!

Dr Halimah Ali said...
on 

Saudara. Terima kasih kerana sudi mampir dan bersapa sepatah dua kata. Kebanyankan projek besar melibatkan banyak pihak terutama kerajaan Pusat. Birokrasi amat tebal.Sebagai contoh, dua bulan lepas, bekalan air terputus di Pulau Ketam, sebuah pulau pelancongan dek kerana paip dasar laut dirosakkan oleh kapal yang berlabuh atau dilanggar kapal yang berlayar.

Wujud mekanisme mengelakkan perkara ini dari berlaku seperti "Bouy" yang diletakkan sepanjang laluan paip serta larangan berlabuh dan mejatuhkan sauh di tempat laluan paip berkenaan.

Ia berlaku juga kerana ketentuan Ilahi. SYABAS telah menghantar bekalan air menggunakan tangki selama dua bulan ke Pulau Ketam.

Selepas Pilihanraya 8 Mac lalu, penduduk Pulau Ketam bergelap, peralatan eletrik rosak,ikan tangkapan busuk, hotel tidak disinggahi pelancong kerana gelap dan panas,dan berbagai lagi kesusahan yang diketahui hanya mereka yang mengalaminya sahaja.

Sebabnya Set janakuasa (Gen Set) rosak dan perlu diganti. Berbulan lamanya baru TNB dapat stabilkan bekalan. Bekalan sejkejap ada sekejap tiada.

Setiap hari saya "menganggu" pihak berwajib dan berkenaan. lawatan demi lawatan ke Pulau Ketam.

Kenapa boleh berlaku kelewatan pembaikan dan pengantian dalam @ kes di atas Siapa nak dipersalahkan? Yang pasti penduduk Pulau Ketam apabila periuk nasi mereka terganggangu gugat mereka tenang dan bersabar. Mereka belum beriman lagi. Mereka tidak pula mengugut untuk mandi laut berbogel atau nak keluar dari jajahan Selangor.

SYABAS dan TNB merupakan organisasi SWASTA. Kenapa karenah birokrasi? Sebab perlu kelulusan Kementerian yang berpusat di PUTRAJAYA.Projek bernilai jutaan RM.

Adakah kerana wakil rakyar tak buat kerja atau Si Pulan pergi bercuti dan sebagainya.
Kesimpulannya,sama-sama kita fikirkan. Sekian terima kasih.Yang Berkhidmat kerana ALlah untuk agama, bangsa, negara dan tanahair. Sahabatmu Dalam Islam Halimah Ali.

Fia_rindui said...
on 

Salam Yb..saya mempunyai satu persoalan tentang agensi yang berlindung di bawah bidang portfolio Yb iaitu Yayasan Selangor.

Sebelum kerajaan PR menang lagi saya telahpun berurusan dengan Yayasan Selangor,yang mana saya adalah salah seorang peniaga yang menyewa di premis kelolaan Yayasan Selangor di Bukit Bintang.

Apa yang menjadi kemusykilan saya ialah sikap birokrasi yang ditunjukkan oleh pihak Yayasan Selangor dalam menguruskan kiosk perniagaan yang terdapat di sebelah bangunan Yayasan Selangor di Bukit Bintang.

Ketika ini saya berpeluang untuk berurusan terus dengan pihak Yayasan Selangor untuk memohon sebuah kiosk yang mana sebelum ini saya hanya menumpang dengan kawan oleh kerana kesukaran untuk mendapatkan kiosk tersebut secara bersendirian.

Setelah itu saya baru mengetahui bahawa kiosk perniagaan itu sedang diuruskan oleh Persatuan Kebajikan Sukan Kakitangan Yayasan Selangor.Persatuan itu bukan setakat mengendalikan kiosk,malah turut menguruskan beberapa lot perniagaan di bangunan tersebut.

Apa yang menjadi persoalan saya di sini ialah kenapa aset Yayasan Selangor yang berharga itu hanya terhad kepada Persatuan Kebajikan Kakitangan Yayasan Selangor sahaja dan tidak kepada kerajaan Selangor yang memiliki Yayasan Selangor.

Semua sedia maklum bahawa aset Yayasan Selangor adalah bukan milik Kakitangan Yayasan Selangor sahaja malah ianya adalah milik Rakyat Selangor.

Persoalan juga timbul apabila Persatuan kebajikan tersebut telah menyerahkan urusan penyewaan kepada sebuah syarikat yang bernama GREEN NETWORK,selain 3 lagi kiosk di sewa oleh syarikat WARISAN BORONG yang mana saya difahamkan merupakan syarikat yang bertanggungjawab membina kiosk yang diperbuat dari kayu jati itu.

Manakala satu lagi kiosk sedang disewa oleh saya melalui syarikat ilmuan 2000 enterprise.Untuk pengetahuan kedudukan saya masih lagi belum rasmi kerana masih lagi pada peringkat permohonan.

Bagaimana GREEN NETWORK ini boleh mengendalikan 5 buah kiosk dengan menyewakan kembali kiosk itu kepada pihak ketiga untuk mendapatkan keuntungan diatas angin.Apakah keistimewaan yang dimiliki oleh syarikat GREEN NETWORK hingga mendapat habuan yang begitu mudah dari Persatuan Kebajikan Yayasan Selangor...?

Adakah individu tertentu dalam Persatuan Kebajikan mempunyai sebarang kepentingan dalam GREEN NETWORK..?

Apa yang saya harapkan ialah ketelusan dalam mengembalikan semula hak rakyat Selangor dan bukan sekadar untuk kepentingan beberapa individu yang 'meragukan'.


'Ahli PAS yang perihatin'..

Dr Halimah Ali said...
on 

Terima kasih saudara. Saya akan bawa isu ini InsyaALlah di mesyuarat pada 9 Dis 2008. Mohon hubungi pejabat saya di talian 03-55192167 (D.L)sila beri maklumat penuh kepada Yn Hj Azmi, atau Cik Nurul atau Cik Wani atau terus berhubung dengan saya jika saya di Pejabat. Sekali lagi terima kasih. Salam.

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    1 year ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    2 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com