Pray For MH370

Pray For MH370

TAKZIAH DIUCAPKAN KEPADA KELUARGA MANGSA TANAH RUNTUH

Pada 11 Dis 1993, seperti hari ini yang juga jatuh pada hari Sabtu, satu blok kondominium di projek Highlands Tower tumbang seperti susunan kad, menimbusi 48 orang hidup-hidup. Beberapa hari yang lepas satu tragedi tanah runtuh berlaku di Ulu Yam. Runtuhan tanah di Jalan Semantan hanya merosakkan kenderaan, tiada nyawa terkorban. Kini ia berlaku di Bukit Antarabangsa kira-kira satu kilometer dari tapak tragedi kondominium Highlands Tower.

Empat Terkorban, Seorang Masih Terperangkap Dalam Tanah Runtuh Di Bukit Antarabangsa


KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Kejadian tanah runtuh di kawasan Bukit Antarabangsa, Hulu Klang dekat sini telah mengorbankan empat orang manakala seorang lagi mangsa dipercayai masih terperangkap dalam rumah-rumah yang tertimbus itu.

Kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu telah menimbuskan 14 buah banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama.

Jumlah korban itu disahkan Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.

Mangsa yang terkorban dikenali sebagai Shaiful Khas Datuk Shahrudin, 20, Dr N. Yogeswari, 40 dan Eng Yee Peng, 30.

Khalid berkata pasukan mencari dan menyelamat sedang mengenal pasti kedudukan seorang lagi mangsa, iaitu seorang lelaki, yang dipercayai masih terperangkap.

"Ada rumah yang roboh sepenuhnya dan ada hanya sebahagian roboh," katanya yang berada di tempat kejadian.

Sabtu petang, pasukan mencari dan menyelamat mula menggunakan jengkaut untuk mengesan mangsa yang tertimbus itu memandangkan kejadian telah berlaku lebih 12 jam.

Khalid berkata pasukan mencari dan menyelamat akan menggunakan kepakaran untuk memastikan mangsa tertimbus tidak tercedera apabila jengkaut digunakan.

Operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan selama 24 jam tanpa henti walaupun hujan.

"Tetapi jika hujan terlalu lebat hingga membahayakan pasukan mencari dan menyelamat, operasi akan dihentikan sementara waktu," katanya.

Beliau berkata terdapat 14 pasukan penyelamat di lokasi dan mereka akan turut membuat dua laluan alternatif supaya penghuni yang tinggal di kawasan berhampiran boleh keluar.

"Mereka yang diarahkan pindah dari kawasan kejadian akan ditempatkan di pusat sementara di Sekolah Kebangsaan Hulu Klang. Mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah mendapat pengesahan Ikram (Institut Kerja Raya Malaysia) jika kawasan itu selamat," katanya.

Khalid berkata masalah yang dihadapi sekarang adalah keadaan tanah yang masih bergerak dan tidak stabil apabila usaha mengorek tanah dijalankan. Kawasan runtuhan itu meliputi empat hektar dengan lingkungan satu kilometer meliputi kawasan sekitarnya, katanya.

Sebelum itu, beliau melaporkan 93 orang mangsa kejadian tanah runtuh itu berjaya menyelamatkan diri.

Khalid berkata polis telah menasihati antara 3,000 dan 5,000 penduduk di situ agar meninggalkan rumah mereka, yang kebanyakannya berupa apartmen.

Pegawai Perhubungan Awam Hospital Kuala Lumpur (HKL) Zaiton Abu Bakar berkata 14 mangsa mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di hospital itu.

Mangsa yang mengalami kecederaan menerima rawatan awal di surau Addinniah di Bukit Antarabangsa sebelum dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan susulan dengan menggunakan tidak kurang daripada 12 ambulans.

Banglo yang tertimbus itu melibatkan lapan unit banglo di Taman Bukit Utama dan enam unit di Taman Bukit Mewah, demikian menurut jurucakap bomba dan penyelamat yang berada di tempat kejadian.

Salah sebuah banglo terlibat ialah milik Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab.

Mohamed Thajudeen sekeluarga bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri.

Menurut bomba dan penyelamat, tanah runtuh itu dipercayai berpunca daripada pergerakan air bawah tanah.

Pihak tentera, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Bomba dan Penyelamat dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sedang giat menjalankan kerja menyelamat.

Kejadian tanah runtuh itu mengakibatkan jalan utama ke kawasan perumahan terbabit terputus dan beratus-ratus orang terperangkap di Bukit Antarabangsa.

Mereka yang terperangkap dan juga pasukan penyelamat terpaksa menggunakan Jalan Wangsa 9 sebagai jalan alternatif memandangkan jalan utama ke kawasan itu tidak dapat dilalui.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Antarabangsa Mohamed Azmin Ali yang melawat tempat kejadian berkata pergerakan tanah masih berlaku dan bekalan elektrik di beberapa kawasan perumahan di Bukit Antarabangsa terputus.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut melawat tempat kejadian.

Tanah runtuh itu berlaku kira-kira 1.5km dari tempat berlaku runtuhan tiga blok 12 tingkat apartmen Highland Towers pada 11 Dis 1993, mengorbankan 48 orang.

Tanah runtuh di Bukit Antarabangsa juga yang ketiga berlaku di Lembah Klang dalam masa seminggu.

Pada 30 Nov, dua beradik Noratirah Roslan, 16, dan Nurul Intan Sarina, 9, terbunuh dalam kejadian runtuhan tanah yang menimpa banglo kediaman mereka di Ulu Yam Perdana, Gombak.

Khamis lepas, tanah runtuh di Jalan Semantan meranapkan dinding konkrit kawasan meletak kenderaan yang terletak antara dua bangunan, mengakibatkan enam kereta tertimbus selain merosakkan lima lagi kenderaan.

Kesemua kejadian tanah runtuh ini dipercayai berpunca daripada pergerakan air bawah tanah, dan keadaan itu diburukkan lagi oleh hujan lebat sejak beberapa minggu lepas.

Comments :

0 comments to “TAKZIAH DIUCAPKAN KEPADA KELUARGA MANGSA TANAH RUNTUH”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com