Pray For MH370

Pray For MH370

SURATAN TAKDIR ILAHI JUA, SELEPAS 41 TAHUN BARU MENJADI RAJA

Pada tahun 1773 Kerajaan Negeri Sembilan telah ditubuhkan oleh Raja Melewar yang berasal dari Minangkabau Sumatera. Orang Minangkabau mula tinggal di Negeri Sembilan semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Adat Perpatih diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang di Pagar Ruyung , Tanah Tinggi Padang Sumatera pada kurun yang ke 17. Sistem perlantikan Yam Tuan Besar dimulai dengan Anak Buah - Buapak- Lembaga - Undang - Yam Tuan Besar.

Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir hanya berusia 18 tahun ketika ayahanda baginda mangkat. Tampuk pemerintahan telah diserahkan kepada bapa saudara baginda, Almarhum Tuanku Jaafar yang ditakdirkan menjadi Yang DiPertuan Agong Malaysia kesepuluh.

Masa berlalu, pelbagai peristiwa berlaku, tempoh percubaan dan ujian untuk insan-insan tertentu, maka apa yang telah tertulis di Azali dizahirkan maka setelah 41 tahun, pada usia 60 tahun, Tuanku Muhriz dimasyhurkan sebagai Yang Di Pertuan Besar (Yam Tuan) Negeri Sembilan ke-11.

Benarlah maksud Firman ALlah dalam surah Ali Imran: 26 yang bermaksud

"Katakanlah: Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan

kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan engkau cabut kerajaan

dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau

kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan

Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala

sesuatu
."

Pemerintah Negeri Sembilan

1. Raja Melewar (1773-1795) ( jemputan)

2. Yam Tuan Hitam (1795-1808)(jemputan)

3. Yam Tuan Lenggang ( 1808-1824) (jemputan)

4. Raja Radin (1824-1861) (anak lelaki)

5. Yang di-Pertuan Imam (1861-1869) (abang)

6. Yam Tuan Antah (1872-1888) (anak lelaki Raja Radin)

7. Tuanku Muhammad Shah ibni Almarhum Tuanku Antah(1888-1933) (anak lelaki)

8. Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad (1933-1960) (anak lelaki)

9. Tuanku Munawir ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman (1960-1967) (anak lelaki)

10.Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman (1967-2008) (abang)

11.Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir (1948- )

Catatan Husin Lempoyang tentang kerabat Diraja Negeri Sembilan di SINI

Comments :

0 comments to “SURATAN TAKDIR ILAHI JUA, SELEPAS 41 TAHUN BARU MENJADI RAJA”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    1 year ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    1 year ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com