Pray For MH370

Pray For MH370

CAKAP TAK SERUPA BIKIN


SIMULASI BAGAIMANA KETAM BERJALAN DI SINI


08 Mei, 2009 18:40 PM


PM Kesal Pembangkang Tak Hormati Undang-undang


KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau kesal dengan kekecohan yang timbul di Dewan Undangan Negeri Perak semalam disebabkan tindakan pembangkang yang tidak menghormati undang-undang.

Perdana Menteri berkata kekacauan dan keadaan tegang itu tidak sepatutnya berlaku kerana demokrasi di Malaysia diamalkan dengan cara yang menghormati tatasusila dan prinsip berasaskan kepada peraturan dan undang-undang.

"Kalau kita tak suka pada apa-apa pun, kita tak boleh menekan pendirian kita sehingga menafikan hak orang lain. Masing-masing ada hak, kerajaan ada hak, pembangkang ada hak.

"Tujuan kita mewujudkan peraturan dan undang-undang ialah untuk menentukan bahawa sistem demokrasi di Malaysia ini berjalan dengan lancar dan dengan tertib," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran pencapaian 10 tahun Muzium Kesenian Islam Malaysia di sini Khamis.

Majlis turut dihadiri bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Najib berkata jika peraturan dan undang-undang tidak dihormati maka akan berlakulah keadaan yang mirip kepada undang-undang rimba dalam negara ini.

"Dan ini, sudah tentu merupakan satu perkembangan yang amat tragik, yang amat memalukan kita dan merupakan satu proses yang memburukkan imej Malaysia sebagai sebuah yang tahu mengamalkan demokrasi yang matang," katanya.

Ditanya jika tindakan tiga anggota Dewan Undang Negeri (ADUN) itu meninggalkan barisan pembangkang untuk menjadi ADUN bebas mengikut undang-undang beliau berkata: "Apakah yang dimaksudkan dengan tidak berperlembagaan itu?"

Katanya menukar parti adalah perkara biasa dalam sistem demokrasi berparlimen dan ia pernah dilakukan oleh Winston Churchill (bekas Perdana Menteri Britain) dan terbaru di Amerika Syarikat, seorang senator parti Republican bertukar menjadi Democrat.

"Ianya tidak salah dan bukannya tidak berperlembagaan dan bukan tak sah.

Jangan lupa bahawa ada usaha untuk tubuhkan kerajaan pada 16 Sept yang lalu menggunakan prinsip dan kaedah yang sama, yakni, cuba memujuk 30 ahli Parlimen kita untuk menukar parti.

"Apakah itu bukannya sesuatu perbuatan yang boleh menimbulkan pertikaian. Jadi kalau kita anggap perkara itu boleh dilakukan, maka kenapa tidak tiga orang DUN itu menyokong Barisan Nasional," kata Najib.

Ditanya mengenai keengganan bekas Speaker DUN Perak V. Sivakumar mengosongkan kerusi selepas dilucutkan jawatan semalam, beliau berkata Sivakumar sepatutnya mengosongkan kerusi itu kerana beliau tidak lagi menjadi Speaker.

Kepada soalan lain, Najib berkata sebarang pembubaran DUN Perak dilakukan berdasarkan budi bicara Sultan Perak.

"Penentuan pilihan raya adalah budi bicara Sultan, itu hak mutlak Sultan, bukan kita boleh adakan pilihan raya sesuka hati. Kalau Tuanku kata tak perlu dibubarkan sebab kerajaan yang ada ini kerajaan yang boleh mentadbir, jadi tak perlulah pilihan raya.

"Jangan lupa kerajaan PAS dulu di Kelantan boleh bertahan dengan satu kelebihan kerusi. Kita ada tiga kerusi dan ini membolehkan kita mentadbir di Perak," kata Najib.

Beliau juga menjelaskan bahawa penahanan beberapa orang menjelang persidangan DUN itu adalah satu tindakan polis dan kerajaan tidak terlibat.

BERNAMA

Comments :

3 comments to “CAKAP TAK SERUPA BIKIN”
Anonymous said...
on 

Aku tidak mengerti!

Anonymous said...
on 

slm....kenape la kamu semua buat mcm nie...islam x suruh buat mcm nie...pun,parti pas perosak agama,,kononnya juang pas,ttp dalamnya penuh dengan kebathilan.....marahkan yahudi tp ambil cara yahudi sebagai panduan...islam setakat nama////akhir zaman3.....ramainya terkeliru.....

Unknown said...
on 

Saudara Anon kedua, tolong perkenalkan diri, tinggal contact detail boleh kitra berbincang.

Jika benar-benar mencari kebenaran, buat kajian, cari second opinion, berbincang dan membaca.

Setakat tengok TV3, baca utusan meloya, sampai bila nak jumpa kebenaran. Sekian terima kasih.

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com