Pray For MH370

Pray For MH370

UMNO/BN TIDAK PERLU HORMATI UNDANG-UNDANG KERANA MEREKA KEBAL DAN TAK BERPERATURAN

Apa yang perlu UMNO/BN hormati undang-undang kerana mereka disokong dan didokong oleh para penggubal serta penguatkuasa undang-undang. Salahlaku mereka mudah dipadam dari lipatan sejarah kerana mereka penulis serta pemegang institusi penulisan sejarah. Maklumat salah laku mereka mudah dilupakan kerena mereka pemegang institusi penyebaran maklumat serta media.

Pendek kata mereka berkuasa. Jadi, ikut suka aku.

Krisis Perak : BN angkuh, tidak hormat undang-undang - Presiden PAS


PAS sangat kesal dengan kejadian kekerasan yang berlaku di luar perkarangan Dewan Undangan Negeri Perak (DUN) dan dalam Dewan tempat persidangan para Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada hari ini.


Demikian kata Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily melalui Setiausaha Politik, Dr Shamsuri.

"Pada kali ini, bukan sahaja para penyokong dan pimpinan parti dari Pakatan Rakyat yang ditangkap, tetapi beberapa ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat negeri Perak juga telah ditahan,"katanya.

Peristiwa yang berlaku ini adalah berpunca dari sikap angkuh para pimpinan BN yang tidak menghormati undang-undang,ujarnya.

BN juga ujar Presiden PAS bertindak dengan berselindung di sebalik lencana anggota keselamatan.

"PAS sekali-kali tidak akan menghormati kerajaan yang sememangnya tidak menunjukkan rasa hormat mereka kepada undang-undang dan perlembagaan negara," katanya.

Pagi tadi, beberapa pimpinan Pakatan Rakyat telah ditangkap polis semasa berada berhampiran di Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dun Perak.

Antara yang ditahan ialah, Ketua Pemuda PAS,Salahuddin Ayub; Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof; Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin; ahli Parlimen Sungai Siput, Dr S.Jayakumar dan beberapa Adun serta 30 orang awam.

wann/Wan Nordin dan Azamin Amin/harakahdaily

Comments :

0 comments to “UMNO/BN TIDAK PERLU HORMATI UNDANG-UNDANG KERANA MEREKA KEBAL DAN TAK BERPERATURAN”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com