aYAT cINTA Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed:
" BN dan Umno Kelantan khususnya bersikap terbuka dan sememangnya tidak mahu perbezaan dan perjuangan politik menjadi pemisah yang memecahkan umat Islam dan orang Melayu."
Namun " POLITIK WANG, SUAPAN, UGUTAN, PENINDASAN, MENGANAKTIRIKAN KELANTAN, TIKAM BELAKANG" tetap budaya KAMI. Konsep FERDERALISMEpun belum begitu nak faham.
Umno Kelantan Sambut Kesediaan Nik Aziz Lupa Sengketa Politik Lama
KOTA BAHARU, 25 Julai (Bernama) -- Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed senada dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu melupakan sengketa politik lama antara kerajaan negeri pimpinan PAS dengan kerajaan pusat di bawah Barisan Nasional (BN).
Menurut beliau, BN dan Umno Kelantan khususnya bersikap terbuka dan sememangnya tidak mahu perbezaan dan perjuangan politik menjadi pemisah yang memecahkan umat Islam dan orang Melayu.
Mengakui perjuangan politik Umno dan PAS mempunyai perbezaan, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata dalam masa yang sama kedua-dua pihak masih mempunyai persamaan.
"Kita semua beragama Islam dan Melayu, tak perlu lagi ada pandangan yang memisahkan. Dalam hal yang ada persamaan itu tak ada sebab kenapa kita tak boleh bersepakat...tetapi seperti yang saya kata, harus ada kesungguhan dan keikhlasan," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan Umno Kelantan di Bangunan Umno Negeri, di sini, Sabtu.
Beliau diminta mengulas kenyataan Nik Aziz yang bersedia untuk berbaik-baik dan melupakan sengketa politik kerajaan negeri di bawah PAS dengan kerajaan pusat dalam usaha menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam.
Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata kerajaan negeri tidak pernah pun menganggap kerajaan pusat sebagai musuh, tetapi hanya sebagai lawan dalam mempertahankan perjuangan ideologi politik masing-masing.
Kenyataan itu dibuat susulan usahasama kerajaan pusat dan negeri untuk menganjurkan Kelantan Fiesta 2009 di Kuala Lumpur tidak lama lagi.
Kedua-duanya, Mustapa dan Nik Aziz hadir pada majlis pra-pelancaran program itu di Kuala Lumpur semalam.
Dalam perkembangan lain, Mustapa berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno akan merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kota Baharu pada 1 Ogos ini.
Di SEREMBAN, Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim menyifatkan saranan Nik Aziz itu satu petanda cukup baik.
"Ini satu petanda yang sangat baik, yang sangat-sangat saya alu-alukan. Sebagai generasi muda saya berdoa dan berharap agar tidak ada pihak yang akan mengambil kesempatan untuk melaga-lagakan pendirian yang telah dinyatakan oleh Datuk Nik Aziz.
"Saya harap ahli Pas keseluruhannya akan terus memberi sokongan kepada kenyataan tersebut tanpa dipengaruhi oleh pihak-pihak yang lain.
"Dan saya memberi jaminan bahawa kita dalam Pemuda Umno akan bersungguh-sungguh untuk menjayakan hasrat yang dinyatakan oleh Datuk Nik Aziz," katanya kepada pemberita mengulas kenyataan MB Kelantan itu hari ini.
Sebelum itu, Razali merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Bahagian Seremban 2009.
Namun begitu, Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan menekankan bahawa kerjasama di antara dua kerajaan ini sahaja tidak memadai dan adalah lebih baik dan wajar jika parti Umno dan Pas dapat juga mengadakan kerjasama yang sebelum ini terhenti.
-- BERNAMA
RAKYAT KELANTAN DITINDAS SERTA DINAFIKAN HAK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Comments :
Post a Comment