Pray For MH370

Pray For MH370

DENDA, PENJARA DAN SEBATAN DISEDIAKAN UNTUK RASUL MELAYU

Semoga hukuman untuk kes sebegini menjadi pengajaran kepada sesiapa yang cuba mewujudkan serta menyebar ajaran sesat yang bercanggah dengan tradisi keilmuan ajaran agama Islam.

'Rasul Melayu' dipenjara 10 tahun, 6 sebatan


Ketua ajaran sesat "Rasul Melayu", Abdul Kahar Ahmad hari ini dijatuhi hukuman penjara 10 tahun, denda RM16,500 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam selepas mengaku bersalah terhadap lima tuduhan pindaan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995.

Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad turut memerintahkan Abdul Kahar, 59, dihantar menjalani pemulihan di Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman di Hulu Yam Baharu pada enam bulan terakhir pelaksanaan hukuman penjara itu.

Mahkamah memerintahkan agar hukuman bagi kelima-lima kesalahan itu dijalankan secara berasingan berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 16 September lalu.

Abdul Kahar dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan enam kali sebatan bagi tuduhan di bawah Seksyen 7 iaitu menjelaskan doktrin palsu dengan menyatakan bahawa sembahyang hanya cukup sekadar mencegah daripada membuat perkara keji dan mungkar sahaja dan ibadah Haji sekarang ini adalah sia-sia dan merugikan.

Dia dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM4,500 atau setahun penjara bagi kesalahan mengisytiharkan diri sebagai Rasul Orang Melayu sedangkan pengisytiharan itu adalah palsu serta bertentangan dengan ajaran Islam, mengikut Seksyen 8 (a).

Tertuduh juga dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM4,500 atau setahun penjara bagi tuduhan di bawah Seksyen 10 iaitu mempersendakan dengan perkataan amalan yang berhubung dengan Agama Islam iaitu menyatakan: "Sekiranya ada orang yang berbuat mungkar barulah boleh solat, mencegah kemungkaran ini adalah rukun, mentaati Allah itu adalah sujud, tidak perlu tonggang tonggek dan membebel seorang-seorang."

Bagi tuduhan di bawah Seksyen 12 iaitu menghina pihak berkuasa agama dengan mengingkari dan melanggar arahan Mufti, Abdul Kahar dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM3,000 atau setahun penjara.

Dia dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM4,500 atau setahun penjara bagi tuduhan di bawah Seksyen 13 iaitu menyebarkan pendapat yang bertentangan dengan fatwa iaitu mengaku dirinya Rasul yang diutuskan oleh Allah untuk orang Melayu, menyatakan bahawa sembahyang lima waktu tidak wajib, memadai hanya melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran dan menyatakan bahawa ibadah Haji itu tidak perlu ditunaikan di Mekah serta boleh dikerjakan di mana-mana sahaja di bumi Allah.

Abdul Kahar yang tidak bekerja didapati melakukan kesemua kesalahan itu di sebuah rumah beralamat No.44, Jalan Bunga Ros, Kampung Kemensah, Ulu Klang, Ampang, Gombak, antara 19 Mei dan 23 Jun 2005.

Sejurus mahkamah menjatuhkan hukuman, Abdul Kahar yang berdiri di kandang tertuduh kelihatan tenang manakala anggota keluarganya yang turut hadir di mahkamah dilihat menangis teresak-esak sambil berpelukan.

Hakim Abu Zaky yang mengambil masa hampir dua jam membacakan penghakiman setebal 55 muka surat berkata, dalam menjatuhkan hukuman, mahkamah perlu melihat
kepada keseriusan kes seperti itu yang semakin berleluasa pada masa ini selain mengutamakan kepentingan awam.

Beliau berkata mahkamah juga perlu mempertimbangkan hukuman yang boleh mencegah dan memberi pengajaran bukan sahaja kepada tertuduh tetapi juga masyarakat Islam supaya tidak melakukan kesalahan yang serupa.

"Mengenai dakwaan tertuduh bahawa dia jahil dan tidak berpendidikan tinggi, mahkamah berpendapat tertuduh tidak seharusnya menyebarkan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam dan mahkamah percaya tertuduh adalah seorang dewasa yang waras dan boleh berfikir.

"Pada umur 59 tahun, tertuduh sepatutnya tunjukkan kematangannya, namun tindakan tertuduh amat sukar diterima oleh mahkamah lebih-lebih lagi tertuduh beragama Islam sejak lahir, mempunyai keluarga dan sepatutnya sebagai ketua keluarga kena jalankan tanggunjawab seperti memastikan keluarga tunaikan solat lima waktu, tetapi sebaliknya tertuduh telah persenda ajaran Islam dan isytihar diri sebagai Rasul Melayu," katanya.

Tindakan tertuduh bukan sahaja satu penghinaan kepada agama Islam tetapi juga kepada ajaran Nabi Muhammad S.A.W, katanya.

Mengenai pengakuan Abdul Kahar bahawa dia sudah bertaubat atas perbuatannya itu, beliau berpendapat tertuduh hanya menyatakan keinsafannya selepas ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah.

"Mahkamah juga berpendapat pihak pembelaan gagal mengemukakan bukti dokumen
akujanji (menyatakan bahawa dia telah insaf dan bertaubat) yang ditulis sendiri oleh tertuduh, lahir dari hati tertuduh sendiri dan tanpa paksaan dari mana-mana pihak," katanya.

Mengenai rayuan pihak pembelaan terhadap pelaksanaan hukuman sebat, Hakim Abu Zaky berkata sejak akhir-akhir ini sering timbul polemik dan kekeliruan di kalangan masyarakat yang menyamakan hukuman sebatan jenayah syariah sama dengan sebatan jenayah sivil.

"Sebatan syariah tidak zalim sama sekali kerana ia diibaratkan seperti denda yang dikenakan oleh seorang guru kepada muridnya dan ibu bapa kepada anak yang bertujuan untuk mengajar," katanya.

Beliau berharap tertuduh gunakan peluang di pusat pemulihan kelak untuk bertaubat, mendalami agama Islam dan perbaiki diri.

Pihak pendakwaan diwakili Ketua Pendakwa Syarie Selangor Abdul Shukor Abd Hamid dan Pegawai Pendakwa dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Muhamad Nazri Basrawi dan Zusyarafain Md Yusof manakala peguam syarie Norazmi Mohd Arif mewakili tertuduh. -
Bernama

Comments :

2 comments to “DENDA, PENJARA DAN SEBATAN DISEDIAKAN UNTUK RASUL MELAYU”
mAlonG Sufina said...
on 

PADAN MUKA KAU SETAAAAAANNNNN - skrip Hj Udo Omar dalam Filem Labu Labi

Nani said...
on 

Salam ukhwah,
Dijemput singgah ke blog saya,

http://banterasrasulpalsu.blogspot.com

Bersama kita menyokong blog ini yg dibuat khas utk muslimin dan muslimat di Malaysia. Tentang KETIDAK PRIHATINAN pihak berkuasa!!!

Dengan adanya blog ini juga dapatlah kita sedar MASIH ADA lagi anasir penyakit rasul palsu ini...

Allahuakbar!

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com