Pray For MH370

Pray For MH370

TAK SALAHKAN SISTEM TETAPI TANGAN YANG MENCORAK SISTEM

Manusia yang mencipta sistem undi melalui pos dan sudah barang tentu kelemahan serta ruang untuk dimanipulasi sentiasa wujud dalam sistem berkenaan.

Buku Daftar Pemilih ialah senarai butiran daftar pengundi yang layak membuang undi bagi satu Unit Daerah Mengundi (UDM) dalam satu pilihanraya yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.

Kandungan buku Daftar Pemilih ini mudah amat mudah dimanipulasi dan ditukarganti isi kandungannya.

Sebagai contoh, pada PRU ke 12, di UDM Sg Bertih Utara dalam kawasan DUN Selat Klang N45, bertempat di Sekolah Agama Hisamuddin Jalan Sungai Bertih, Klang Polling Agent PAS diberi buku Daftar Pemilih set A semetara Polling Agent BN mendapat set buku Daftar pemilih yang berlainan.

Ini bermakna, hanya petugas parti yang berilmu, sentiasa berwaspada dan perihatin sahaja yang mampu mengesan "penipuan" seperti ini. Siapa yang mengeluarkan dua set Buku Daftar Pemilih, satu untuk pembangkang dan satu lagi untuk parti yang memerintah di tempat mengundi yang sama, jikalau tidak SPR sendiri?

Bukankah SPR seharusnya sebuah badan bebas, telus dan berintegriti? Wajarkah Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof membuat kenyataan seprti yang dilaporkan oleh Utusan?

Jangan salahkan sistem – SPR

PORT DICKSON 8 Okt. – Parti-parti pembangkang tidak wajar menyalahkan sistem sekiranya sebahagian besar rakyat tidak memihak kepada mereka dalam pilihan raya yang disertai.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, mereka harus sedar bahawa parti pemerintah turut mengalami situasi yang sama tetapi tidak pernah menuduh ia berpunca daripada proses pilihan raya.

Sehubungan itu beliau mahu pihak pakatan pembangkang lebih adil dan rasional tanpa membuat sebarang tuduhan melulu kerana SPR sedaya upaya berusaha memastikan pilihan raya yang dijalankan telus dan bebas.

‘‘Jangan salahkan sistem sekiranya mereka tidak mendapat sokongan rakyat. Parti pemerintah sendiri pernah berhadapan dengan masalah yang sama tetapi mereka tidak pula menyalahkan sistem.

‘‘Saya ingin tegaskan di sini sistem yang kita gunakan ini telus, bebas dan adil. Oleh itu mereka tidak perlu bimbang kerana tahap ketelusannya adalah amat tinggi malah kita sentiasa menambah baik sistem sedia ada bagi menjamin kredibiliti sistem pilihan raya yang dijalankan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas meninjau proses undi Pos di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini hari ini.

Turut bersama beliau ialah Pegawai Pengurus Pilihan Kecil DUN Bagan Pinang, Abdul Wahab Shamsuddin serta pegawai-pegawai kanan SPR yang lain.

Sebanyak 4,602 layak sebagai pengundi pos melibatkan 4,571 anggota tentera dan 31 anggota polis.

Sementara itu Abdul Aziz berkata, dalam pertemuannya dengan wakil Pas semalam, beliau telah berbincang dan bertukar-tukar pendapat selain menjelaskan setiap isu yang timbul pada Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang khususnya mengenai daftar pemilih.

Beliau berkata, mereka yang hadir telah dimaklumkan bahawa daftar pemilih yang digunakan dijamin bersih dan bebas daripada sebarang pertindihan seperti mana yang didakwa oleh Pas sebelum ini.

Ujarnya, SPR tidak pernah mengabaikan perkara itu malah sentiasa memastikan ia dikemaskini melalui kerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Kementerian Pertahanan dan Polis Diraja Malaysia.

‘‘Saya secara peribadi berusaha untuk memantapkan lagi perjalanan pilihan raya kita kerana saya berpegang pada konsep keadilan. Saya cuba memenuhi setiap tuntutan yang dibuat oleh parti-parti politik dengan tujuan ketelusan.

‘‘Namun begitu saya akui saya mungkin tidak dapat memenuhi kehendak semua pihak tetapi apa yang penting saya akan memastikan kredibiliti pilihan raya kita terpelihara,” katanya lagi.

Berhubung pertindihan nama pemilih seperti mana yang didakwa, beliau berkata, isu itu tidak timbul langsung kerana SPR telah memastikan nama yang tersenarai dalam senarai pemilih untuk pilihan raya kecil itu bersih khususnya melibatkan bekas angkatan tentera.

‘‘Tidak timbul untuk mendapat injunksi mahkamah dan sebagainya kerana daftar pemilih yang kita gunakan adalah sah dan dijamin bebas daripada nama pengundi tentera yang telah bersara,” katanya lagi.

Sementara itu beliau meminta Badan Bebas Pemantauan Pilihan Raya Malaysia (Mafrel) supaya menghantar segera laporan setiap pilihan raya kecil yang telah dipantau selama ini.

‘‘Setakat ini Mafrel tidak pernah menghantar laporan kepada kami selepas mereka membuat pemantauan. Saya minta Mafrel segera menghantar laporan supaya kita dapat melihat cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh mereka.

‘‘Mereka tidak perlu menulis panjang cukup sekadar menyatakan cadangan-cadangan yang boleh membawa kebaikan kepada urusan pilihan raya di negara kita,” tambahnya.

utusanonline

Comments :

0 comments to “TAK SALAHKAN SISTEM TETAPI TANGAN YANG MENCORAK SISTEM”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com