Pray For MH370

Pray For MH370

PERTEMUAN MEJABULAT PAS - DAP SELANGOR AMAT BERMAKNA

Dua laporan mengenai pertemuaan Dewan Harian PAS Selangor dan DAP dipetik dari Harakahdaily dan Bernama.

*PAS dan DAP Selangor janji rapatkan hubungan (harakahdaily)

*PAS Dan DAP Setuju Jaga Imej Pakatan (Bernama)

PAS dan DAP Selangor janji rapatkan hubungan

SHAH ALAM, 7 Okt: PAS dan DAP Selangor berjaya merapatkan hubungan dan persefahaman antara mereka dalam pertemuan mejabulat hari dan akan menganjurkan lagi majlis serupa dengan melibatkan PKR pula selepas ini.

Mereka juga mencapai lima kata sepakat selepas perbincangan hampir tiga jam ini dan berazam akan mempastikan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang ada akan kekal sampai bila-bila.

Kelima-lima keputusan itu adalah:

1) Berusaha mengelakkan percanggahan pendapat antara mereka.

2) Mempastikan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang ada kekal sampai bila-bila.

3) Pertahankan kerajaan yang ada dari angkara anasir pemecahbelah perpaduan antara mereka.

4) Menyedari bahawa ada banyak ruang kerjasama antara mereka dan yakin dengan semangat setiakawan semuanya akan berjaya diselesaikan.

5) Pertemuan sebegini akan diadakan lagi selepas ini dan melibatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang turut menjadi komponen Pakatan rakyat.

PAS dan DAP Selangor memulakan mesyuarat meja bulat mereka di sebuah hotel dekat Shah Alam mulai jam 2 petang tadi.

Mesyuarat ini dihadiri oleh pemimpin kanan dari kedua-dua parti dalam Pakatan Rakyat itu untuk menyelesaikan perbezaan pendapat yang sering berlaku antara mereka khasnya di dalam media.

Delegasi PAS dipimpin oleh Pesuruhjayanya, Datuk Dr Hassan Ali manakala DAP dipimpin oleh Teresa Kok.

Turut menyertai mesyuarat ini adalah para timbalan pesuruhjaya PAS Selangor (Dr Osman Bin Hj Sabran, Iskandar Samad dan Dr Che Rosli Bin Che Mat), Setiausaha Perhubungan (Khairudin Othman), Ketua Penerangan (Roslan Shahir) dan Bendahari (Hj Ahmad Yusof Bin Ludin) PAS Selangor.

Turut serta Ketua Ulama, Pemuda dan Muslimat.

Di pihak DAP pula, selain Teresa Kok adalah Ronie Liu, Ean Yong Hian Wah dan beberapa orang lain lagi.

Menurut mereka, sidang akhbar akan diadakan jam 4 petang.

Bagi beliau, kerajaan PR Selangor adalah satu kerajaan baru setelah kerajaan yang lanjut usianya iaitu kerajaan BN berjaya ditelentangkan.

"Orang baru, berdarah muda, penuh dan kaya dengan idea dan pandangan. Kerana itu ia nampak berkocak, tetapi kocakkan itu tidaklah sehingga menumpahkan muatan yang telah sama kita perjuangkan dengan darah dan airmata," tulisnya.

Perjumpaan hari Rabu ini (hari ini) cuba untuk melihat dan mengenal pasti saluran dan rangkaian persamaan yang ada pada kedua-dua parti, tulisnya.

"Saya yakin usaha 7 Oktober ini akan membuahkan hasil yang baik sekaligus memadamkan api persengketaan yang cuba dibakaroleh pihak-pihak tertentu," tulisnya lagi.

Hazayani Zakaria gambar Shukri Mohamad/harakahdaily
====================================================================================

PAS Dan DAP Setuju Jaga Imej Pakatan


SHAH ALAM, 7 Okt (Bernama) -- PAS Selangor dan DAP telah bersetuju mengadakan lebih banyak rundingan bagi menyelesaikan isu-isu semasa yang menimbulkan rasa kurang senang antara semasa mereka demi semangat kata sepakat dalam politik.

Pesuruhjaya PAS Negeri Datuk Dr Hassan Mohamed Ali berkata kedua-dua pihak itu percaya bahawa bantahan secara terbuka terhadap sebarang keputusan kerajaan negeri akan hanya menjejaskan imej Pakatan secara keseluruhan.

"Kita akan menggunakan saluran yang betul untuk mendapatkan maklum balas dari semua pihak berkenaan khususnya PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenai isu-isu tertentu dan tidak membuat kritikan secara terbuka," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri pertemuan dengan pemimpin tertinggi PAS Selangor dan DAP di sini Rabu.

Pertemuan itu dilihat sebagai langkah memulihkan hubungan antara pemimpin PAS dan DAP di Selangor selepas kedua-dua pihak saling mengkritik terhadap pelbagai isu.

Hassan berkata isu-isu dan kritikan terhadap penjualan minuman alkohol di Selangor dan tata cara siasatan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) telah diselesaikan secara baik selepas beliau menghadiri beberapa mesyuarat tertutup.

BERNAMA

Comments :

0 comments to “PERTEMUAN MEJABULAT PAS - DAP SELANGOR AMAT BERMAKNA”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com