Pray For MH370

Pray For MH370

KENYATAAN MEDIA EXCO PENDIDIKAN: PELAJAR SELANGOR DI MESIR



KENYATAAN MEDIA

FEBRUARI 1, 2011 (SELASA)

KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG ISU PELAJAR SELANGOR DI MESIR


Kerajaan Negeri Selangor begitu prihatin mengenai masalah pelajar-pelajar Negeri Selangor khasnya dan pelajar-pelajar Malaysia yang lain amnya yang sedang menuntut di Mesir.
Bersama-sama dengan Wisma Putra, Kerajaan Negeri sedang mengikuti perkembangan secara dekat bagi menentukan semua pelajar berada dalam keadaan selamat.

Saya bersama Y.B. Dr. Yunus bin Khairi telah mengadakan pertemuan dengan Wisma Putra pada pagi ini dan telah diberi penerangan mengenai kedudukan para pelajar di sana. Tindakan-tindakan sedang diambil bagi membawa pulang pelajar-pelajar tersebut ke tanah air.

Kerajaan Negeri melalui Lembaga Zakat Selangor akan menghantar peruntukan kewangan yang difikirkan mencukupi bagi menampung segala keperluan urusan harian para pelajar terutama dalam menghadapi saat-saat genting ini.

Pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bersama Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah menubuhkan Bilik Operasi yang yang beroperasi 24 jam untuk membolehkan ibubapa dan sanak saudara terutamanya mengetahui kedudukan mutakhir pelajar kita di Mesir.

Mereka yang ingin menghubungi Bilik Operasi ini bolehlah menghubungi talian seperti berikut bermula 8.30pagi esok)  03-55143439 Pertubuhan sukarela Briged Amal Selangor bersama Yayasan Amal Selangor telah diarah untuk menyediakan tenaga pembantu bagi membantu Bilik Gerakan yang beroperasi 24 jam itu.

Kerajaan Negeri telah mengarahkan semua masjid di negeri Selangor untuk mengadakan solat hajat mendoakan keselamatan seluruh rakyat negeri Selangor dan Malaysia amnya.

Pimpinan Negeri Selangor sentiasa mendoakan para pelajar Selangor dan seluruh rakyat Mesir berada dalam keadaan selamat dan memohon agar Allah S.W.T. sentiasa merahmati mereka.

Y.B. Dr. Hjh Halimah Ali
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor

Comments :

0 comments to “KENYATAAN MEDIA EXCO PENDIDIKAN: PELAJAR SELANGOR DI MESIR”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 months ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    11 months ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com