Adalah sangat tidak wajar sekiranya masa depan pelajar digadaikan demi kepentingan dan kelangsungan politik.Guru tidak perlu dibebankan dengan pergelutan antara parti politik kerana mereka akan didesak untuk melakukan sesuatu yang bukanlah terbaik bahkan menghabiskan masa,tenaga dan menghilangkan tumpuan guru dan pelajar kerana sang menteri mahu berpolitik atau orang politik mahu tunjuk taring.Mengugutkan guru yang tidak mahu menyebelah parti politik politikus adalah cara yang paling lemah dan tidak bertamadun kerana menggunakan kuasa dengan taktik menakut-bakutkan.
Para guru harus bangkit sebulat suara supaya tidak mudah untuk diperkotak katikkan kerana para guru harus dihormati dan diberi kebebasan memilih mana-mana parti politik yang dia mahu.
Barulah namanya keadilan dan bertamadun. Tidak perlu guna taktik lapuk mengugut atau terus ambil tindakan 24jam hantar guru jauh daripada tempat asal kerana menongkah arus politik.
Comments :
Post a Comment