Pray For MH370

Pray For MH370

UMRAH HOLISTIK SPIES (Spiritual,fizikal,intelektual,emosi dan sosial) banyak kelainan

Pengalaman ibadah umrah memberi impak yang berbeza kepada setiap ummat Islam yang diterima sebagai tetamu Allah. Pengalaman saya sendiri ketika faham falsafah dan konsep umrah,tawaf, sa'i, solat, munajat bahkan konsep mengabdikan diri kepada Allah melahirkan perbezaan yang amat besar daripada yang pengalaman yang lepas.


Kesedaran sentiasa bersama Allah di mana jua dan apa jua keadaan menimbulkan keseronokan dan kebahagiaan yang sangat menakjubkan.

Penyerahan tuntas kepada Allah membolehkan saya menaiki jabal Nur dan masuk ke gua Hira' tempat historik wahyu pertama turun kepada baginda Rasulullah.saw. Keadaan kedua kaki saya yang bengkak ketika sampai ke kaki jabal Nur menyebabkan saya terasa sangat sakit untuk berpijak. Lazimnya sebelum ini kes yang seperti ini,  saya selaku Doktor Perubatan akan menasihatkan pesakit saya untuk pulang ke rumah dan rehatkan kaki supaya cepat surut..Adalah tidak praktikal untuk kaki yang seperti itu menaiki gunung!

Namun saya telah nekad kerana mahu kaki saya menjejaki langkah-langkah yang telah dijejaki oleh Saidatina Khadijah ketika membawa bekalan makanan kepada Nabi s.a.w yang melalui persiapan spiritual di gua Hira'.

Lebih penting saya juga berdialog dengan kaki saya:" Kamu hanyalah alat fizikalku.Aku mahu pergi di tempat gua yang Nabi mendapat wahyu IQRA'...Engkau bawalah aku kesana."

Dengan menyebut kalimah Allah sepanjang anak tangga saya berjaya sampai ke puncak Jabal Nur....SAYA MERASAKAN KEBESARAN ALLAH......Saya melihat betapa tingginya jabal Nur.....di bawah sinaran bulan purnama yang menerangi alam.Saya tidak perlukan 'torch light' semasa mendaki. Setelah sampai di puncak saya melihat masjidil haram nun kecil di bawah sana.Saya mula faham nama Allah al Wasi' (  yang maha luas), saya mengintai jendela maksud ALLAH MAHA TINGGI.

Subhanallah! Kemudian kami harus turun sedikit ke bawah dan menyelitkan badan di antara batu-batu besar untuk sampai ke gua hira'.Alhamdulillah saya berjaya sampai ke tempat Nabi s.a.w beruzlah berbulan-bulan. Indahnya perasaan tidak boleh dibayangkan.Harumnya tempat ...tiada perbandingan. Nyamannya udara..hening malam pukul 2 pagi yang bersejerah itu.Nikmatnya luar biasa. Roti dua  keping yang dibawa saya tak makan kerana tidak rasa  lapar.
    Kucing yang menemani saya daripada kaki gunung datang baring manja di atas pangku saya setelah solat sunat. Semuanya indah.

Indah berada di tempat manusia paling agung pilihan Allah melakar sejarah. Istimewa diberikan kesempatan oleh Allah swt.berada di Raudhah tempat jasad Nabi s.a.w pada hari sebelumnya.Malam itu pula berada tempat Jibril diturunkan untuk mengajar manusia topik pertama dalam MANUAL HIDUP manusia yakni mengenai konsep ilmu yang syumul.

Mudah-mudahan Allah memberi kekuatan untuk sentiasa bersama memperjuangkan apa yang telah diperjuangkan utusanNya Nabi Muhammad s.a.w, Amin.






Comments :

0 comments to “UMRAH HOLISTIK SPIES (Spiritual,fizikal,intelektual,emosi dan sosial) banyak kelainan”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com