10.6.11
PANGSAPURI SRI PERANTAU
PELABUHAN KLANG
KELAB ASNAF DAN ALUMNI ASNAF MAHASISWA KUIS sebagai urusetia dan Lembaga Zakat Selangor penaja telah memulakan bakti siswa di sini.
Seramai 80 orang siswa-siswi KUIS yang dari golongan asnaf fakir miskin dan sedang dibiayai pengajian mereka di KUIS oleh LEMBAGA ZAKAT SELANGOR, bersama 40 keluarga angkat.
Kerajaan Selangor sangat menggalakkan program pengupayaan siswa-siswi, bakal modal insan terdekat yang mahu dibentuk secara holistik dan tidak hanya berputar dalam pengajaran dalam dewan kuliyah semata-mata.
Program yang membawa mahasiswa terus ke pangkuan masyarakat memang patut menjadi latihan utama bagi melatih mereka untuk memposisi diri ke dalam masyarakat ketika sudah tamat pengajian nanti.Pembangunan skil/kemahiran bermasyakrakat adalah lebih tepat dipelajari daripada pengalaman daripada berteori dan melalui kesilapan waktu era kritikal di hari muka a[pabila mereka dibebani dengan keluarga baru yang mereka bina..
Asimilasi ke dalam keluarga angkat adalah satu perkara yang sangat mencabar dan memerlukan kemampuan berkomunikasi dan berinteraksi dengan berkesan serta sikap toleransi yang tinggi.
Bergaul dengan keluarga asnaf fakir miskin menuntut siswa-siswi ini ke alam sejarah mereka.Tujuan LZS menaja program seprti ini ialah bagi menyedarkan mahasiswa yang sedang dibantu pengajiannya itu agar sentiasa beringat tentang tanggungjawab mereka dan juga memberi peluang kepada mereka untuk menyumbang balik kepada golongan yang dhaif ini khusus kepada anak-anak mereka.
Program 3 hari 2malam ini telah dirasmikan oleh YB Dr Hjh Halimah Ali, EXCO Pendidikan-Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Kerajaan Selangor.
Turut hadir Pegawai HEP KUIS, Pegawai Pembangunan Asnaf Lembaga Zakat Selangor.
Comments :
Post a Comment