Pray For MH370

Pray For MH370
Showing posts with label RASUAH. Show all posts
Showing posts with label RASUAH. Show all posts

SEJAK BILA SPR FAHAM KONSEP "ADIL"

 “Saya hairan kerana TI-M (Transparency International - Malaysia) sedar dan faham bahawa tanggungjawab memantau dan membanteras apa-apa perbuatan rasuah termasuk rasuah politik dan rasuah semasa pilihan raya adalah di bawah bidang kuasa SPRM,” kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar (foto) dalam kenyataan SMS kepada The Malaysian Insider hari ini.

“Benar bahawa Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 ada seksyen-seksyen tentang rasuah, tapi apa-apa perbuatan rasuah atau aduan-aduan tentangnya SPR minta bantuan atau serah kepada tanggungjawab SPRM."

“Sama juga kalau perbuatan-perbuatan jenayah dan hal-hal keselamatan berhubung kait pilihan raya adalah di bawah bidang urusan polis,” katanya.


SPR: Tidak adil TI-M dakwa kami tak boleh diharap
Oleh G Manimaran

March 31, 2011

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan “tidak adil” bagi Transparency International Malaysia (TI-M) mendakwa pihaknya sebagai tidak boleh “diharap” sepenuhnya dalam memastikan proses pilihan raya negara ini dikendalikan dengan bebas dan adil.

Sambil melahirkan rasa hairan dengan kenyataan TI-M itu, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, beliau hairan kerana badan pemantau itu mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Beliau yang juga bekas setiausaha SPR berkata pihaknya menjalankan kedua-dua tugas menguruskan pilihan raya dan juga menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan.

“Saya hairan kerana TI-M sedar dan faham bahawa tanggungjawab memantau dan membanteras apa-apa perbuatan rasuah termasuk rasuah politik dan rasuah semasa pilihan raya adalah di bawah bidang kuasa SPRM,” kata beliau dalam kenyataan SMS kepada The Malaysian Insider hari ini.

Dalam kenyataannya semalam, TI-M mendakwa SPR tidak boleh “diharap” sepenuhnya dalam memastikan proses pilihan raya negara ini adalah bebas dan adil.

Presidennya Datuk Paul Low berkata, SPR telah gagal untuk memperlihatkan agensi itu adalah “bebas” dalam menjalankan fungsinya meskipun mereka dijamin autonomi di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Kita tidak boleh harap sepenuhnya pada SPR dalam menguatkuasakan undang-undang (pilihan raya), mereka kelihatan tidak bebas dalam tindakan mereka,” kata beliau.

Ini kerana menurut beliau, undang-undang pilihan raya sedia ada tidak dikuatkuasakan dengan sebaik mungkin dan banyak kesalahan pilihan raya tidak  dikenakan hukuman yang sewajarnya.

“SPR hanya menguruskan proses pilihan raya, bukannya menguatkuasakan (undang-undang),” kata Low semalam ketika negara bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya negeri Sarawak bulan depan.

Hari penamaan calon adalah 6 April manakala pengundian akan diadakan 16 April.

Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan tahun ini.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) secara konsisten menuduh SPR tidak menjalankan fungsinya dengan bebas dalam kebanyakan pilihan raya kecil, menyebabkan banyak aduan dikemukakan terhadap suruhanjaya tersebut.

Bagaimanapun SPR mempertahankan ia tidak memihak Barisan Nasional dan menolak dakwaan ia tidak bebas.

Dalam penjelasannya, Wan Ahmad juga berkata, SPR memang memandang serius dan berusaha untuk membanteras apa jua bentuk rasuah dalam pilihan raya, sebab itu suruhanjaya itu bekerjasama dengan SPRM dalam hal-hal berkenaan dan meminta mereka memantau apa jua aktiviti rasuah semasa pilihan raya.

“Benar bahawa Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 ada seksyen-seksyen tentang rasuah, tapi apa-apa perbuatan rasuah atau aduan-aduan tentangnya SPR minta bantuan atau serah kepada tanggungjawab SPRM.

“Sama juga kalau perbuatan-perbuatan jenayah dan hal-hal keselamatan berhubung kait pilihan raya adalah di bawah bidang urusan polis,” katanya.

Di bawah Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang, katanya, SPR merupakan badan yang menguruskan dan menjalankan  pilihan raya.

“Semua undang-undang penjalanan dan urusan pilihan raya SPR laksanakan dan kuat kuasakan.

“ Tentang penguatkuasaan hal-hal rasuah... SPRM merupakan agensi yang bertanggungjawab mengenainya. Jadi tidak tepat dan tak adil pihak TI membuat kenyataan seperti,” katanya lagi.

Read More “SEJAK BILA SPR FAHAM KONSEP "ADIL"”  »»

SELEWENG SAMPAI BILA

Sila lihat di bawah kenyataan seorang Menteri yang tidak dapat membezakan antara rasuah ketika berkempen untuk satu-satu pilihanraya dengan menunaikan janji manifesto setelah menang dalam pilihanraya berkenaan.

 Seorang lagi yang bertaraf Timbalan PM secara selamba menjawab "biasa lah tu" apabila ditanya tentang penggunaan dewan  serta premis sekolah untuk berkempen pilihanraya.

Nazri: Bantuan segera ketika p'raya bukan rasuah

"Kita dah berjanji kalau menang kita akan tunaikan (manifesto)...sebagai contoh bantuan mesin jahit, kalau kita tak bagi masa nak pilihan raya boleh segera bagi selepas pilihan raya, sama sahaja, adakah ini satu kesalahan?

"Kita juga tak boleh nak hentikan pemberian ini sebab kita akan bagi juga selepas itu (pilihan raya)," katanya ketika menjawab pertanyaan Ab Azizi Ab Kadir (PKR-Ketereh).


Pancing undi dalam acara rasmi kerajaan

BN sebagai parti pemerintah nampaknya akan memulakan kempen untuk pilihan raya umum ke-13 dengan menggunakan acara rasmi kerajaan untuk mendapatkan sokongan.

Sebagai contoh, dalam lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di beberapa kawasan terpilih di Selangor jelas menunjukkan usaha meraih sokongan bagi merampas kembali negeri itu daripada penguasaan Pakatan Rakyat.

"Ini matlamat BN di peringkat pusat dan negeri dan ia suatu pertempuran yang sengit kerana kita sedar tentunya pembangkang tidak akan mudah menyerah kalah," katanya.

Bagaimanapun , ketika ditanya dalam sidang media kemudiannya jika ianya sesuai untuk menyampaikan ucapan politik dalam dewan sekolah, Muhyiddin menjawab ianya adalah perkara "biasa".

"Ia tidak salah. Ia bukan masa kempen pilihan raya , dan ucapan saya ialah mengenai dasar kerajaan, dan kerajaan hari ini adalah BN," katanya.

Laporan selanjutnya di SINI dan SANA.

Read More “SELEWENG SAMPAI BILA”  »»

JENAYAH POLITIK BN YANG DIDEDAHKAN IBARAT "TIP OF ICEBERG"

Kenapa para pemimpin BN bermati-matian mengguna-
kan segala bentuk jentera kerajaan dan bukan kerajaan tanpa segan silu dan maruah bagi mempertahankan kedudukan mereka atau merampas kembali negeri-negeri yang diurustadbir oleh Pakatan Rakyat??????
Selain $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ untuk diri, keluarga serta kroni mereka, pemimpin BN cukup takut, kecut perut dan gerun jika salah laku, penyelewengan dan kesalahan mereka didedahkan. Kita lihat bagaimana kawan kita Khir Toyo yang dulu kebal tetapi kini................................................................................
Sebenarnya hanya segelintir pemimpin BN di bawa ke muka pengadilan, yang lain kekal bermaharajalela, ibarat fenomena "TIP OF ICEBERG"
Rasuah: Shariff Jajang diperintah bela diri

Mahkamah Sesyen di Klang hari ini memerintahkan bekas anggota exco kerajaan Selangor Datuk Mohd Shariff Jajang membela diri terhadap tuduhan rasuah berhubung satu permohonan tanah di Sepang 14 tahun lalu.

Hakim Yong Zarida Sazali membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan terdapat kes prima facie terhadap Mohd Shariff, 67, yang juga bekas ADUN kawasan Dengkil.

Mahkamah menetapkan 4, 6, 7 dan 8 April ini bagi Mohd Shariff membela diri.

Seramai 32 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula pada tahun 2004.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Zulkarnain Hassan dan Mohd Baharuddin Ahmad manakala Mohd Shariff (kiri) diwakili peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah, Badrul Munir Bukhari dan Amy Chong Boon Chin.

Terdahulu, Badrul Munir yang menyebut bagi pihak Muhammad Shafee, memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan memaklumkan kepada mahkamah secara bertulis sama ada Mohd Shariff akan memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi, memberi keterangan dari kandang tertuduh atau berdiam diri.

Mohd Shariff didakwa sebagai ADUN kawasan Dengkil (semasa kejadian) yang dilantik menjadi Anggota Jawatankuasa Tanah Daerah Sepang telah melakukan perbuatan rasuah iaitu mengambil bahagian dalam mesyuarat Jawatankuasa Tanah Daerah Sepang yang memperakukan permohonan Lesen Menduduki Sementara tanah seluas 1.2 hektar di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, kepada Institut Kemahiran Memandu Sepang Sdn Bhd (IKMAS), anak syarikat Konsortium Sepang Berhad (KSB) di mana beliau mempunyai kepentingan.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di bilik mesyuarat Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Sepang, Sepang, pada 16 Jun 1997.

Pada masa kejadian, Mohd Shariff serta isterinya Datin Patimah Isa dan dua anaknya, Shahrum dan Shahrin, memiliki sejumlah 1.36 peratus saham dalam KSB.

Mohd Shariff dilantik sebagai anggota exco kerajaan Selangor pada 1997 dan menjadi Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Penerangan dan Tanah Rizab Melayu.

- Bernama/Malaysiakini

Read More “JENAYAH POLITIK BN YANG DIDEDAHKAN IBARAT "TIP OF ICEBERG"”  »»

KHIR TOYO BERI PROJEK BERNILAI RM244 JUTA KEPADA SHAMSUDDIN


Syarikat Ditamas, Getrahome Sdn Bhd, Kanasutra Sdn Bhd dan Majulia Sdn Bhd adalah di antara syarikat milik Shamsuddin (foto kanan). Beliau kini bakal dihadapkan ke mahkamah bersama Dr Khir Toyo dalam kes rasuah dua lot tanah di mana Khir telah menerima daripada Shamsuddin tanah-tanah berkenaan pada harga RM3.5 juta sedangkan ia bernilai RM6 juta pada 2007.

Khir Toyo beri projek RM244 juta kepada tertuduh bersama kes rasuahnya

Dr Khir, 45, didakwa mendapatkan tanah tersebut bagi dirinya dan isteri, Zahrah Kechik (foto), 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di alamat No 8 & 10, Jalan Suara 7/1L di sini daripada Shamsuddin yang diketahui ada hubungan dengan kerja rasminya pada harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah tersebut telah dibeli oleh syarikat tersebut pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Selangor mendakwa Dr Mohd Khir Toyo pernah menganugerahkan lima tender secara langsung bernilai RM244 juta kepada pengarah Ditamas Shamsuddin Haryoni ketika beliau masih menerajui kerajaan negeri.

“Sebanyak lima projek runding terus telah diberikan kepada Majulia Sdn Bhd dengan nilai projek berbeza,” kata Faekah.

Projek-projek itu ialah pembinaan kuarters kakitangan kerajaan di Seksyen 16 Fasa 1 dengan nilai RM22,880,000, kuarters kakitangan kerajaan di Seksyen 16 fasa 2 dengan nilai RM61 juta, cadangan mereka bentuk, membina dan menyaipkan bangunan Perpustakaan Selangor Maju bernilai RM71,080,000, membina dan menyiapkan jalan dari Simpang B15/B11 Lama Daerah Sepang bernilai RM73,750,871.53 dan cadangan projek pembangunan sebuah stadium terbuka, sebuah pencawang elektrik, dua kebuk dan satu unit loji kumbahan atas sebahagian tapak Kompleks Sukan atas tanah kerajaan mukim Dengkil bernilai RM14,999,000.

“Sementara itu, dua lagi syarikat milik Shamsuddin iaitu Getrahome Sdn Bhd dan Kanasutra Sdn Bhd telah diberikan projek secara penswastaan,” jelas beliau.

Getrahome Sdn Bhd mendapat projek pembangunan perumahan dan perniagaan secara penswastaan atas tanah seluas 134.57 ekar mukim Dengkil, Daerah Sepang bernilai RM16 juta pada 2000 dan Kanasutra Sdn Bhd pula diberikan projek cadangan pembangunan perumahan dan perniagaan secara penswastaan atas tanah kerajaan lot 5395 dan 5396 Mukim Dengkil pada 2005 bernilai RM14 juta.

Laporan Shannon Teoh dari Malaysian Insider di {SINI }


Khir Toyo's land fraud trial to be held June 6-2
4

Read More “KHIR TOYO BERI PROJEK BERNILAI RM244 JUTA KEPADA SHAMSUDDIN”  »»

RASUAH BN ADA GAYA MUTU DAN KEUNGGULAN

Nilailah sendiri akan kebenaran dakwaan ini.


Rasuah PR lebih tidak bermoral

SHAH ALAM – Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menyifatkan kes rasuah yang berlaku di Selangor sekarang lebih tidak bermoral berbanding ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN).

Dr Khir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang berkata, mungkin berlaku penyelewengan atau rasuah ketika pentadbiran BN tetapi rasuah yang melibatkan pemimpin PR lebih menjijikkan apabila membabitkan habuan seks.

“Mungkin semasa BN memerintah dahulu terdapat beberapa kes rasuah, tetapi penyelewengan pemimpin PR pada hari ini lebih teruk dan tidak bermoral kerana sanggup menerima haseks sebagai habuan,” katanya.

Ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menggesa siasatan dilakukan ke atasnya, Dr Khir berkata, beliau pernah disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah malaysia (SPRM) tetapi terbukti beliau bersih.

“Saya pernah disiasat dan terpaksa isytiharkan semua harta saya. Namun tidak semua aduan yang dilaporkan benar atau boleh disabitkan kesalahan.

“SPRM menjalankan siasatan dengan baik sebelum sebarang pertuduhan atau hukuman dijatuhkan,” katanya.

Kelmarin, Abdul Khalid menggesa SPRM menyiasat penyalahgunaan peruntukan RM1.7 juta oleh Dr Khir berikutan penahanan setiausaha kerja kepada seorang Exco Kerajaan Negeri bagi membantu siasatan berhubung kes penyeludupan pasir.

Terdahulu, suspek bersama 33 individu ditahan kerana disyaki menawar dan menerima rasuah RM280,000 serta habuan seks bagi menjalankan aktiviti dan kes penyeludupan pasir ke negara jiran.

Dalam pada itu, Dr Khir turut menafikan bahawa SPRM cuba melindungi pihak kerajaan terutamanya pemimpin BN dan hanya menjalankan siasatan terhadap pihak pembangkang.

“Kalau SPRM cuba lindungi orang BN sahaja, adakah dia (Abdul Khalid) pernah disiasat berhubung kes rasuah yang dibuat terhadapnya.

“Sebelum ini ada juga wakil rakyat BN yang disiasat oleh SPRM misalnya seperti Ahli Parlimen Sabak Bernam. Ini menunjukkan BN juga tidak dilindungi oleh SPRM,” katanya.

sinarharianonline

Read More “RASUAH BN ADA GAYA MUTU DAN KEUNGGULAN”  »»

FIKRAH DR MAHATHIR TENTANG RASUAH

Cadangan Benarkan 60,000 Perwakilan Mengundi Bendung Rasuah Umno

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Cadangan pindaan perlembagaan Umno untuk membenarkan 60,000 perwakilan mengundi pada pemilihan parti itu berbanding 2,600 perwakilan yang diamalkan sekarang adalah cara terbaik bagi membendung amalan rasuah, kata mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sambil menyambut baik cadangan tersebut, beliau mengingatkan bahawa akhirnya anggota Umnolah yang perlu mengubah sikap mereka dengan tidak meneruskan amalan menerima dan memberi rasuah.

"Ini merupakan pindaan perlembagaan Umno untuk kali ketiga bagi mengelak amalan rasuah di kalangan ahli-ahli Umno tetapi kalau ahli-ahli Umno masih mengutamakan menerima rasuah sebanyak RM200, RM300 daripada mengutamakan parti, bangsa dan negara, apa pindaan pun tidak akan mendatangkan hasil," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Kursus Percambahan Minda dan Jati Diri anjuran Biro Penerangan Umno Bahagian Pandan, Selangor di Institut Latihan Memperkasa Umno (ILMU), Janda Baik, Pahang, hari ini.

"Walaupun membenarkan sebanyak 60,000 perwakilan untuk mengundi dalam pemilihan Umno, (memboleh) kita bebas daripada rasuah, akhirnya sikap kita itu yang lebih penting," tegas beliau.




"Jangan terima rasuah, itu adalah satu perkara besar, anda makan duit haram macam makan babi, bagi saya orang yang makan duit rasuah, dia beli apa pun ia jadi haram, kalau dia beli makan, dia macam makan babi," katanya.

Dr Mahathir menegaskan perkara ini ketika mengulas mengenai sistem kuota yang diamalkan Umno sekarang yang dikatakan menjadi punca kepada amalan rasuah yang berleluasa.

Draf pindaan perlembagaan Umno itu dijangka siap sebelum perhimpunan Agung Umno khas yang dijadual dari 13 hingga 16 Okt ini.

Ditanya mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, Kelantan Dr Mahathir berkata beliau lebih suka berusaha untuk memulihkan semula kredibiliti Umno di kalangan anggota dan juga penyokong parti yang bukan ahli parti Umno kerana mereka ini akan menentukan sama ada Umno akan menang atau kalah pada masa akan datang.

Sementara itu, Dr Mahathir turut meluahkan perasaan gembiranya kerana inilah kali pertama selama enam tahun sejak beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno, diberi peluang untuk bercakap terus dengan anggota Umno.

"Saya lebih senang cakap dengan orang Umno (di peringkat akar umbi) daripada orang atasan, akhirnya orang di peringkat akar umbi yang akan menentukan menang atau kalah," katanya.

-- BERNAMA

Read More “FIKRAH DR MAHATHIR TENTANG RASUAH”  »»

STADIUM BERUSIA SETAHUN DIBINA HARGA RM270 JUTA MENEMUI NASIB MALANG


Beginilah nasib malang menimpa. SPRM tak perlu susuh=susah macam kes kos baiki kereta Proton Perdana Exco Terenggganu tempoh hari. Ambil saja pendekatan" sudah suratan takdir nak buat cam na" Cerita selanjutnya di SINI.

Read More “STADIUM BERUSIA SETAHUN DIBINA HARGA RM270 JUTA MENEMUI NASIB MALANG”  »»

JABATAN PALING JAHAT AKAN MENJADI JAB PALING JUARA

Jabatan Paling Juara apa agaknya? Ikuti
wawasan KP JPJ Malaysia yang baru seperti yang dilaporkan oleh theStaronline.

Sementara itu,
Tan Sri Dato' Seri Megat Najmuddin (foto di atas)salah seorang anggota Lembaga Disiplin Umno dalam satu kertas kerja di sidang Kemuncak Anti Rasuah bertajuk:

"Tiada Tolak Ansur Bagi Rasuah"

anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) dan Transparency International Malaysia mencadangkan lima langkah membanteras rasuah

(1) mengenakan hukuman lebih berat terhadap pemberi dan penerima rasuah,

(11) gaji lebih baik untuk kakitangan awam,

(111) kurangkan birokrasi,

(1v) ketelusan dalam penajaan politik

(v) pendidikan yang memberi tumpuan kepada hakikat bahawa rasuah itu adalah satu dosa.

Jika terdapat kajian yang menganjurkan bahawa di sana mesti wujud pendidikan tentang bahaya rasuah kerana ia satu dosa, Kerajaan harus melihat kaedah bagaimana hendak menerapkan konsep "dosa" ke dalam hati sanubari- lubuk jiwa- minda otak penjawat awam serta rakyat biasa.

Setelah beberapa tahun konsep Islam Hadhari diperkenalkan, rakyat khususnya umat Islam semakin jauh sesat dari ajaran Islam yang sebenar. Marilah kita kembali kepada ajaran Islam yang syumul (lengkap), sempurna (tidak perlu tokok tambah) dan sesuai sepanjang zaman dan tempat.

Program bina insan, kursus BIRO TATANEGARA dan seumpamanya hendaklah dimuatkan dengan ajaran Islam yang asas, bukan diisi dengan modul membenci individu atau parti tertentu, membakar semangat kemelayuan yang mampu menghancurkan roh Islam dan iman para peserta kursus dan akhirnya rugi duniawi ukhrawi.

Posting penuh di SINI

Cleaning Up JPJ (foto Ketua Pengarah JPJ Dato Solah)

More Feedback Less Grafts

Positive Response From Industry Players and Public

When Gifts No Longer become Gifts: A guideline

Read More “JABATAN PALING JAHAT AKAN MENJADI JAB PALING JUARA”  »»

NAKHAIE DARI YADIM MULA AMAR MA'RUF NAHI MUNKAR

Setelah sekian lama membisu, Datuk Ust Nakhaei Ahmad YDP Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia membuat kenyataan yang keras untuk tidak berkompromi dengan rasuah serta politik wang.

Beliau telah mengutip amaran dari Al Quran tetang balasan kepada pemberi serta penerima rasuah, "quoting verses from the Quran, he said those who bribe and receive bribes will end up in hell".

Beliau telah menyebut:

"Corruption is the most immoral practice whether in politics, administration, business or in any field. It is like a cancer that will destroy the society and country and is against religion and humanity,"

Anda bandingkan laporan di bawah ini bersumber dari Bernama dengan sun2surf, cuba cari kelainan antara keduanya. Baru kita tahu.....


Corrupt politicians lose right to lead: Nakhaie



The Islamic Da'wah Foundation Malaysia has taken a swipe at politicians found guilty of graft, saying they have lost the right to hold public office or to lead the people.

"Leaders who are corrupt and compromise with such practices are not qualified to bear the people's mandate," its chairman Datuk Mohd Nakhaie Ahmad said in a statement today.

"Corruption should not be condoned and those who practice corruption are not qualified to lead the nation and be given the trust to defend the faith," he said.

Nakhaie said only leaders who are strong, clean, sincere and resolute in struggling for the nation are the ones qualified to lead the Malays in facing the country's challenges.

"Corruption is the most immoral practice whether in politics, administration, business or in any field. It is like a cancer that will destroy the society and country and is against religion and humanity," he said.

Quoting verses from the Quran, he said those who bribe and receive bribes will end up in hell.

Nakhaie said a nation and country that wants to succeed must fight corruption to the end and should not compromise.

"Where is the struggle (to succeed) now if those who support it is an organisation where corruption is rife?" he said.

Although Nakhaie did not mention any names in his statement, the fact that it comes in the wake of the Umno disciplinary board's decision to bar Malacca Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam from contesting the party's deputy president's post due to breach of ethics lends it context.

The decision on Mohd Ali had roused controversy over whether he should continue to be chief minister.

He said the Malay leadership should be strong and clean in championing the Malay rights and nationhood and in times like this they should understand more deeply the social contract which formed Malaysia

Karen Arukesamy/ SUN2SURF
-------------------------------------------------------------------------------------


Pemimpin Melayu Perlu Bersih Daripada Rasuah: Nakhaie


Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) meminta orang Melayu beriltizam memperkukuhkan perjuangan dan memperbaiki kepimpinan bangsa dengan membersihkannya daripada semua bentuk amalan tidak bermoral terutama rasuah.

Pengerusinya Datuk Mohd Nakhaie Ahmad berkata pembersihan itu perlu bagi melahirkan generasi yang kuat dan kembali mendokong perjuangan bangsa dengan ikhlas dan jujur.

"Pemimpin yang kuat, bersih, ikhlas dan beriltizam dengan perjuangan ini sahaja yang layak memimpin orang Melayu ketika berhadapan dengan cabaran besar seperti yang dihadapi negara sekarang.

"Orang yang mengamalkan rasuah tidak layak memimpin bangsa dan diberi amanah untuk membela negara," kata Nakhaie dalam satu kenyataan di sini Khamis.

Beliau berkata negara sedang berhadapan dengan cabaran besar bukan sahaja krisis kewangan global tetapi juga asas kenegaraan negara ini dipersoal dan cuba dirobekkan.

"Dalam keadaan mencabar seperti sekarang, kepimpinan Melayu mestilah kepimpinan yang kuat dan bersih dan tidak mengamalkan rasuah dan memahami secara mendalam kontrak sosial yang dipersetujui dengan bangsa lain di negara ini," katanya.

Nakhaie berkata ramai yang sudah lupa bahawa asas kenegaraan yang membentuk negara ini ialah keislaman dan kemelayuan dan acuan inilah yang menjadi teras kehidupan rakyat berbilang kaum.

Katanya walaupun mereka bebas menganut agama masing-masing tetapi mereka mesti menghormati teras kenegaraan seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara.

BERNAMA

Read More “NAKHAIE DARI YADIM MULA AMAR MA'RUF NAHI MUNKAR”  »»

BUDAYA POLITIK WANG (RASUAH) HIDUP KEMBALI

Dipaparkan keratan akhbar di sana sini perihal POLITIK WANG yang mengotori pemilihan pucuk pimpinan UMNO di peringkat cawangan, belum lagi di peringkat tertinggi. Minggu lepas, calon ketua bahagian Seremban ditahan BPR. UMNO bahagian Sungai Besar juga telah dipanggil BPR bagi memberi keterangan.

Menurut akhbar Sinar Harian bertarikh 5hb Ogos 2008, Ketua Pengarah BPR mengaku telah menerima beberapa aduan rasuah dan sedang menyiasat kes-kes berkenaan. Beliau disebut sebagai berkata bahawa BPR menerima maklumat yang betul dan bernas daripada orang ramai.



Read More “BUDAYA POLITIK WANG (RASUAH) HIDUP KEMBALI”  »»

KARENAH BIROKRASI PUNCA RASUAH

Karenah Birokrasi merupakan hanya satu faktor penyumbang kepada berlakunya rasuah. Perkara-perkara lain yang perlu diambil kira antara lain ialah kurang pemantauan atau audit dari pihak ketiga, kuasa penuh atau mutlak dalam meluluskan sesuatu perkhidmatan penting seperti lesen memandu dan pengesahan PUSPAKOM, kakitangan yang terlalu lama berkhidmat dalam satu-satu perkhidmatan, darjah kejujuran serta etika kakitangan dan budaya kerja satu-satu jabatan.

Kurangkan kerenah birokrasi bantu elak salah guna kuasa dan rasuah

Datuk Seri Syed Hamid Albar

Sumber Bernama/ Sinar Harian

Kerenah birokrasi dalam sistem penyampaian perlu dikurangkan bagi mengelak berlakunya salah guna kuasa dan rasuah yang membabitkan pekerja dalam perkhidmatan awam, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.
"Untuk mengelakkan berlakunya kes-kes yang melibatkan rasuah atau salah laku, cara yang terbaik ialah kita punya sistem penyampaian kurangkan birokrasinya," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen di sini semalam.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penahanan pegawai Imigresen oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) bagi membantu siasatan kes rasuah mempercepatkan proses pengeluaran visa pekerja asing.Syed Hamid berkata, kes itu masih dalam siasatan BPR dan terpulang kepada BPR untuk mengambil tindakan selanjutnya.


"Yang paling penting ialah rakyat hendak kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap kes-kes rasuah, oleh itu kita tidak patut ada rungutan terhadap tindakan yang diambil oleh BPR dan saya fikir untuk imej kerajaan adalah baik," katanya.

Ketika ditanya sama ada pelantikan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen akan lebih ketat, Syed Hamid berkata, perkara itu terpulang kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).


Pada minggu lepas, BPR menahan reman lapan orang termasuk Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Mohd Don bagi kes yang sama. Kes itu terbongkar berikutan aduan yang diterima BPR pada awal bulan ini yang mendakwa seorang ejen meminta bayaran RM350 daripada setiap pekerja asing untuk diberikan kepada pegawai kanan di Jabatan Imigresen.

Read More “KARENAH BIROKRASI PUNCA RASUAH”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    10 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    10 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com