Pray For MH370

Pray For MH370
Showing posts with label rasuah politik. politik wang. Show all posts
Showing posts with label rasuah politik. politik wang. Show all posts

SEJAK BILA SPR FAHAM KONSEP "ADIL"

 “Saya hairan kerana TI-M (Transparency International - Malaysia) sedar dan faham bahawa tanggungjawab memantau dan membanteras apa-apa perbuatan rasuah termasuk rasuah politik dan rasuah semasa pilihan raya adalah di bawah bidang kuasa SPRM,” kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar (foto) dalam kenyataan SMS kepada The Malaysian Insider hari ini.

“Benar bahawa Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 ada seksyen-seksyen tentang rasuah, tapi apa-apa perbuatan rasuah atau aduan-aduan tentangnya SPR minta bantuan atau serah kepada tanggungjawab SPRM."

“Sama juga kalau perbuatan-perbuatan jenayah dan hal-hal keselamatan berhubung kait pilihan raya adalah di bawah bidang urusan polis,” katanya.


SPR: Tidak adil TI-M dakwa kami tak boleh diharap
Oleh G Manimaran

March 31, 2011

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan “tidak adil” bagi Transparency International Malaysia (TI-M) mendakwa pihaknya sebagai tidak boleh “diharap” sepenuhnya dalam memastikan proses pilihan raya negara ini dikendalikan dengan bebas dan adil.

Sambil melahirkan rasa hairan dengan kenyataan TI-M itu, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, beliau hairan kerana badan pemantau itu mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Beliau yang juga bekas setiausaha SPR berkata pihaknya menjalankan kedua-dua tugas menguruskan pilihan raya dan juga menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan.

“Saya hairan kerana TI-M sedar dan faham bahawa tanggungjawab memantau dan membanteras apa-apa perbuatan rasuah termasuk rasuah politik dan rasuah semasa pilihan raya adalah di bawah bidang kuasa SPRM,” kata beliau dalam kenyataan SMS kepada The Malaysian Insider hari ini.

Dalam kenyataannya semalam, TI-M mendakwa SPR tidak boleh “diharap” sepenuhnya dalam memastikan proses pilihan raya negara ini adalah bebas dan adil.

Presidennya Datuk Paul Low berkata, SPR telah gagal untuk memperlihatkan agensi itu adalah “bebas” dalam menjalankan fungsinya meskipun mereka dijamin autonomi di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Kita tidak boleh harap sepenuhnya pada SPR dalam menguatkuasakan undang-undang (pilihan raya), mereka kelihatan tidak bebas dalam tindakan mereka,” kata beliau.

Ini kerana menurut beliau, undang-undang pilihan raya sedia ada tidak dikuatkuasakan dengan sebaik mungkin dan banyak kesalahan pilihan raya tidak  dikenakan hukuman yang sewajarnya.

“SPR hanya menguruskan proses pilihan raya, bukannya menguatkuasakan (undang-undang),” kata Low semalam ketika negara bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya negeri Sarawak bulan depan.

Hari penamaan calon adalah 6 April manakala pengundian akan diadakan 16 April.

Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan tahun ini.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) secara konsisten menuduh SPR tidak menjalankan fungsinya dengan bebas dalam kebanyakan pilihan raya kecil, menyebabkan banyak aduan dikemukakan terhadap suruhanjaya tersebut.

Bagaimanapun SPR mempertahankan ia tidak memihak Barisan Nasional dan menolak dakwaan ia tidak bebas.

Dalam penjelasannya, Wan Ahmad juga berkata, SPR memang memandang serius dan berusaha untuk membanteras apa jua bentuk rasuah dalam pilihan raya, sebab itu suruhanjaya itu bekerjasama dengan SPRM dalam hal-hal berkenaan dan meminta mereka memantau apa jua aktiviti rasuah semasa pilihan raya.

“Benar bahawa Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 ada seksyen-seksyen tentang rasuah, tapi apa-apa perbuatan rasuah atau aduan-aduan tentangnya SPR minta bantuan atau serah kepada tanggungjawab SPRM.

“Sama juga kalau perbuatan-perbuatan jenayah dan hal-hal keselamatan berhubung kait pilihan raya adalah di bawah bidang urusan polis,” katanya.

Di bawah Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang, katanya, SPR merupakan badan yang menguruskan dan menjalankan  pilihan raya.

“Semua undang-undang penjalanan dan urusan pilihan raya SPR laksanakan dan kuat kuasakan.

“ Tentang penguatkuasaan hal-hal rasuah... SPRM merupakan agensi yang bertanggungjawab mengenainya. Jadi tidak tepat dan tak adil pihak TI membuat kenyataan seperti,” katanya lagi.

Read More “SEJAK BILA SPR FAHAM KONSEP "ADIL"”  »»

SELEWENG SAMPAI BILA

Sila lihat di bawah kenyataan seorang Menteri yang tidak dapat membezakan antara rasuah ketika berkempen untuk satu-satu pilihanraya dengan menunaikan janji manifesto setelah menang dalam pilihanraya berkenaan.

 Seorang lagi yang bertaraf Timbalan PM secara selamba menjawab "biasa lah tu" apabila ditanya tentang penggunaan dewan  serta premis sekolah untuk berkempen pilihanraya.

Nazri: Bantuan segera ketika p'raya bukan rasuah

"Kita dah berjanji kalau menang kita akan tunaikan (manifesto)...sebagai contoh bantuan mesin jahit, kalau kita tak bagi masa nak pilihan raya boleh segera bagi selepas pilihan raya, sama sahaja, adakah ini satu kesalahan?

"Kita juga tak boleh nak hentikan pemberian ini sebab kita akan bagi juga selepas itu (pilihan raya)," katanya ketika menjawab pertanyaan Ab Azizi Ab Kadir (PKR-Ketereh).


Pancing undi dalam acara rasmi kerajaan

BN sebagai parti pemerintah nampaknya akan memulakan kempen untuk pilihan raya umum ke-13 dengan menggunakan acara rasmi kerajaan untuk mendapatkan sokongan.

Sebagai contoh, dalam lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di beberapa kawasan terpilih di Selangor jelas menunjukkan usaha meraih sokongan bagi merampas kembali negeri itu daripada penguasaan Pakatan Rakyat.

"Ini matlamat BN di peringkat pusat dan negeri dan ia suatu pertempuran yang sengit kerana kita sedar tentunya pembangkang tidak akan mudah menyerah kalah," katanya.

Bagaimanapun , ketika ditanya dalam sidang media kemudiannya jika ianya sesuai untuk menyampaikan ucapan politik dalam dewan sekolah, Muhyiddin menjawab ianya adalah perkara "biasa".

"Ia tidak salah. Ia bukan masa kempen pilihan raya , dan ucapan saya ialah mengenai dasar kerajaan, dan kerajaan hari ini adalah BN," katanya.

Laporan selanjutnya di SINI dan SANA.

Read More “SELEWENG SAMPAI BILA”  »»

MENTERI PERTAHANAN LANGGAR AKTA KESALAHAN PILIHANRAYA



PAS ada bukti BN kempen dalam kem tentera

KUALA LUMPUR, 8 Okt: Dewan Pemuda PAS (DPP) Pusat akan membuat laporan kepada tiga pihak termasuk polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) berhubung satu bukti terbaru rasuah politik BN kepada pihak tentera dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Bagan Pinang.


Ketuanya, Ustaz Nasrudin Hassan hari ini membuat satu pendedahan esklusif berhubung tindakan Menteri Pertahanan Dato' Seri Zahid Hamidi dan Menteri Besar Negeri Sembilan Dato' Seri Utama Mohamad Hassan yang menjanjikan pelbagai projek pembangunan kepada tentera jika mereka mengundi Barisan Nasional.

Antaranya kerajaan akan menambah prasarana dalam kem dengan membina kolam renang dan gelanggang futsal serta menyediakan kemudahan internet tanpa wayar. Beliau juga menawarkan bantuan pendidikan kepada anak-anak tentera yang akan melanjutkan pelajaran ke menara gading jika mereka mengundi BN.

Manakala Mohamad Hassan pula menawarkan peruntukan bernilai RM100,000 untuk menaiktaraf surau di institut berkenaan didakwa untuk memberi kemudahan kepada anggota tentera untuk melakukan solat Jumaat di kem berkenaan tanpa perlu berjalan jauh keluar dari kem.

Menurut satu sumber dalaman PAS, kedua-dua pemimpin BN itu masuk berkempen kepada tentera di Institut Kejuruteraan Darat (IJED) Kem Kampung Sawah di Port Dickson pada jam 10 pagi 6 Oktober lalu.

Program yang dinamakan Perjumpaan Hari Raya itu melibatkan 847 orang tentera yang akan mengundi secara pos di Bagan Pinang.

Pada sidang media di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut pagi tadi, rakaman 15 minit ucapan Zahid dan Mohamad Hassan turut diperdengar kepada wakil media.

Nasrudin berkata, pihaknya amat kesal dengan sikap tidak beretika pemimpin BN itu yang terus menerus menyalahguna kedudukan mereka dalam kerajaan untuk berkempen memenangkan calon mereka.

Perbuatan itu juga tegasnya merupakan satu kesalahan pilihan raya dan melanggar peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan raya 1954 (Nota: Seksyen 10) (AKP).

Sehubungan itu, beliau berkata, laporan berkenaan perlu dibuat untuk membolehkan PAS membatalkan keputusan pilihan raya sekiranya kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional 11 Oktober ini.

Hazayani Zakaria/harakahdaily

Read More “MENTERI PERTAHANAN LANGGAR AKTA KESALAHAN PILIHANRAYA”  »»

BEG HITAM YANG TIBA BERSAMA TIMB PRESIDEN UMNO MILIKI CIRI-CIRI KOTAK HITAM


Beg Hitam bawa baju persalinan Timb Perdana Menteri didatangkan khas dengan helikopter, disamping heli yang membawa Muhyidin Yassin sendiri.

Sila tonton Video Khas yang dirakamkan oleh seorang Hamba ALlah kelmarin.




Read More “BEG HITAM YANG TIBA BERSAMA TIMB PRESIDEN UMNO MILIKI CIRI-CIRI KOTAK HITAM”  »»

FIKRAH DR MAHATHIR TENTANG RASUAH

Cadangan Benarkan 60,000 Perwakilan Mengundi Bendung Rasuah Umno

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Cadangan pindaan perlembagaan Umno untuk membenarkan 60,000 perwakilan mengundi pada pemilihan parti itu berbanding 2,600 perwakilan yang diamalkan sekarang adalah cara terbaik bagi membendung amalan rasuah, kata mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sambil menyambut baik cadangan tersebut, beliau mengingatkan bahawa akhirnya anggota Umnolah yang perlu mengubah sikap mereka dengan tidak meneruskan amalan menerima dan memberi rasuah.

"Ini merupakan pindaan perlembagaan Umno untuk kali ketiga bagi mengelak amalan rasuah di kalangan ahli-ahli Umno tetapi kalau ahli-ahli Umno masih mengutamakan menerima rasuah sebanyak RM200, RM300 daripada mengutamakan parti, bangsa dan negara, apa pindaan pun tidak akan mendatangkan hasil," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Kursus Percambahan Minda dan Jati Diri anjuran Biro Penerangan Umno Bahagian Pandan, Selangor di Institut Latihan Memperkasa Umno (ILMU), Janda Baik, Pahang, hari ini.

"Walaupun membenarkan sebanyak 60,000 perwakilan untuk mengundi dalam pemilihan Umno, (memboleh) kita bebas daripada rasuah, akhirnya sikap kita itu yang lebih penting," tegas beliau.




"Jangan terima rasuah, itu adalah satu perkara besar, anda makan duit haram macam makan babi, bagi saya orang yang makan duit rasuah, dia beli apa pun ia jadi haram, kalau dia beli makan, dia macam makan babi," katanya.

Dr Mahathir menegaskan perkara ini ketika mengulas mengenai sistem kuota yang diamalkan Umno sekarang yang dikatakan menjadi punca kepada amalan rasuah yang berleluasa.

Draf pindaan perlembagaan Umno itu dijangka siap sebelum perhimpunan Agung Umno khas yang dijadual dari 13 hingga 16 Okt ini.

Ditanya mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, Kelantan Dr Mahathir berkata beliau lebih suka berusaha untuk memulihkan semula kredibiliti Umno di kalangan anggota dan juga penyokong parti yang bukan ahli parti Umno kerana mereka ini akan menentukan sama ada Umno akan menang atau kalah pada masa akan datang.

Sementara itu, Dr Mahathir turut meluahkan perasaan gembiranya kerana inilah kali pertama selama enam tahun sejak beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno, diberi peluang untuk bercakap terus dengan anggota Umno.

"Saya lebih senang cakap dengan orang Umno (di peringkat akar umbi) daripada orang atasan, akhirnya orang di peringkat akar umbi yang akan menentukan menang atau kalah," katanya.

-- BERNAMA

Read More “FIKRAH DR MAHATHIR TENTANG RASUAH”  »»

UST DAUD IRAQI BUAT PENJELASAN ISU POLITIK WANG DALAM PAS

Kita diingatkan supaya berpegang teguh pada tali ALlah, jangan berpecah belah dan jika datang suatu berita dari golongan fasik maka hendaklah diperiksa dengan teliti. Kita juga disarankan agar bersiap siaga dengan perancangan jahat musuh serta diingatkan agar menambahkan lagi darjah ketakwaan kita pada setiap masa.


Isu politik wang hanya mainan media

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Muhammad Daud Iraqi menafikan membuat kenyataan wujudnya politik wang dalam PAS menjelang Muktamar Tahunan PAS Pusat Jun ini.

Apa yang pasti, kenyataan beliau hanya berbentuk nasihat serta peringatan agar tidak berlaku kejadian seumpama itu dalam PAS.

Menurutnya, pihak media sengaja membuat laporan yang menggambarkan seolah-olah wujud politik sogokan dalam PAS.

"Saya tidak buat kenyataan. Saya tidak pernah membuat kenyataan bahawa ada sogokan wang. Cuma saya telah menasihatkan kawan-kawan dalam (Dewan) Ulama jangan jadi ada (sogokan) seperti bagi baju atau bagi apa-apa dalam masa pemilihan menjelang Muktamar Tahunan PAS akan datang," jelasnya ketika merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Terengganu di Dewan Darul Bayan Pinang Merah, Paka, Dungun baru-baru ini.

Menurutnya, aktiviti kurang sihat itu amat tidak wajar diamalkan terutama dalam kepimpinan Ulama PAS yang berteraskan Islam.

Katanya, ulama juga adalah tonggak, contoh dan teladan kepada rakyat.

"Kita minta jika ada hentikan dan jika tidak ada tinggalkanlah. Ulama ini merupakan tonggak, contoh dan teladan kepada rakyat," ujarnya.

Sehubungan itu, Ustaz Muhammad menjelaskan pihaknya tidak menerima sebarang bentuk laporan atau aduan tentang wujudnya gejala tersebut.

"Laporan atau aduan tidak ada cuma laporan surat khabar (media) tulis macam itu. Saya hanya beri peringatan sahaja dan saya tidak buat kenyataan akhbar seperti orang lain," jelasnya terhadap kekeliruan yang timbul.

Beliau yang menarik diri daripada mempertahankan jawatan Ketua Ulama PAS Pusat menjelaskan bahawa dasar Kepimpinan Ulama yang diperjuangkan PAS wajar diteruskan.

Hadir sama pada majlis tersebut Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri, Yahya Ali dan Ketua Dewan Ulama PAS negeri, Dato' Husin Awang.

mks/Khairul Azlam Mohamad/harakahdaily

Read More “UST DAUD IRAQI BUAT PENJELASAN ISU POLITIK WANG DALAM PAS”  »»

JABATAN PALING JAHAT AKAN MENJADI JAB PALING JUARA

Jabatan Paling Juara apa agaknya? Ikuti
wawasan KP JPJ Malaysia yang baru seperti yang dilaporkan oleh theStaronline.

Sementara itu,
Tan Sri Dato' Seri Megat Najmuddin (foto di atas)salah seorang anggota Lembaga Disiplin Umno dalam satu kertas kerja di sidang Kemuncak Anti Rasuah bertajuk:

"Tiada Tolak Ansur Bagi Rasuah"

anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) dan Transparency International Malaysia mencadangkan lima langkah membanteras rasuah

(1) mengenakan hukuman lebih berat terhadap pemberi dan penerima rasuah,

(11) gaji lebih baik untuk kakitangan awam,

(111) kurangkan birokrasi,

(1v) ketelusan dalam penajaan politik

(v) pendidikan yang memberi tumpuan kepada hakikat bahawa rasuah itu adalah satu dosa.

Jika terdapat kajian yang menganjurkan bahawa di sana mesti wujud pendidikan tentang bahaya rasuah kerana ia satu dosa, Kerajaan harus melihat kaedah bagaimana hendak menerapkan konsep "dosa" ke dalam hati sanubari- lubuk jiwa- minda otak penjawat awam serta rakyat biasa.

Setelah beberapa tahun konsep Islam Hadhari diperkenalkan, rakyat khususnya umat Islam semakin jauh sesat dari ajaran Islam yang sebenar. Marilah kita kembali kepada ajaran Islam yang syumul (lengkap), sempurna (tidak perlu tokok tambah) dan sesuai sepanjang zaman dan tempat.

Program bina insan, kursus BIRO TATANEGARA dan seumpamanya hendaklah dimuatkan dengan ajaran Islam yang asas, bukan diisi dengan modul membenci individu atau parti tertentu, membakar semangat kemelayuan yang mampu menghancurkan roh Islam dan iman para peserta kursus dan akhirnya rugi duniawi ukhrawi.

Posting penuh di SINI

Cleaning Up JPJ (foto Ketua Pengarah JPJ Dato Solah)

More Feedback Less Grafts

Positive Response From Industry Players and Public

When Gifts No Longer become Gifts: A guideline

Read More “JABATAN PALING JAHAT AKAN MENJADI JAB PALING JUARA”  »»

BERAPA DUIT DEPA BERI AMBIK, PANGKAH MESTI PAKATAN RAKYAT

Hanya pihak yang banyak duit sahaja mampu melakukan rasuah politik dengan menyogok wang.

Hanya pihak yang telah sebati dengan
amalan politik wang sahaja yang tahu, mahu dan mampu mengulangi amalan politik wang dalam pilihanraya.

Hanya pemimpin yang telah terbiasa melakukan rasuah politik sahaja yang suka menggunakan wang sebagai habuan untuk meraih undi dan sokongan.

Read More “BERAPA DUIT DEPA BERI AMBIK, PANGKAH MESTI PAKATAN RAKYAT”  »»

RASUAH POLITIK PATUT BAHAN KAJIAN A.S.L.I

1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Bernard Dompok berkata kerajaan tidak mempunyai alasan untuk menafikan gejala rasuah memandangkan semua kejayaan rancangan dan strategi pembangunan negara bergantung kepada tahap profesionalisme dalam sistem penyampaiannya.

2. Dompok berkata Indeks Pembayar Rasuah 2008 oleh Transparency International mendedahkan bahawa ahli perniagaan Malaysia percaya bahawa syarikat mereka terbabit dalam amalan rasuah dengan 42 peratus mengakui memberi suapan kepada pegawai tinggi kerajaan.


3.
Tahap rasuah di kalangan pegawai awam peringkat bawahan di Malaysia adalah rendah iaitu 38 peratus lebih rendah berbanding kadar 45 peratus di rantau Asia Pasifik. Bagaimana dengan pegawai atasan ?


4. Laporan Bank Dunia mengenai kesan bahaya rasuah ke atas ekonomi menyebut anggaran "kebocoran wang" akibat rasuah adalah lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) global atau bersamaan RM2.6 trilion.

5. Bagaimana dengan statistik rasuah politik atau politik wang di kalangan Ahli Politik di negara kita terutama menjelang Pilihanraya umum atau kecil?

Kerajaan Tidak Nafi Wujud Gejala Rasuah, Kata Dompok


Malaysia tidak menafikan wujudnya masalah rasuah dalam pengertian yang sebenar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Bernard Dompok.

Katanya jika ia berada dalam keadaan penafian, kerajaan mungkin tidak menubuhkan organisasi seperi Institut Integriti Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dompok berkata kerajaan tidak mempunyai alasan untuk menafikan gejala rasuah memandangkan semua kejayaan rancangan dan strategi pembangunan negara bergantung kepada tahap profesionalisme dalam sistem penyampaiannya.

"Jika gejala rasuah merebak dalam sistem, maka sasaran pembangunan tidak dapat dicapai berikutan wang yang hilang menerusi amalan itu dapat digunakan untuk tujuan membina bagi melaksanakan senarai panjang projek infrastruktur yang dinantikan oleh rakyat khususnya penduduk kawasan pedalaman," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Pencegahan Rasuah Malaysia, anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) di sini hari ini.

Pada sidang media selepas ucapannya, Dompok berkata ketika kerajaan dan SPRM memberi tumpuan kepada masalah rasuah dalam urusan pentadbiran kerajaan dan juga sektor swasta, parti politik yang besar juga harus mengambil inisiatif bagi membanteras rasuah di organisasi masing-masing.

"Bagi parti politik berkenaan, mereka sendiri seharus memulakan usaha memerangi masalah ini. Sebaik sahaja parti besar mempunyai pendirian dalam hal ini, maka pihak lain akan turut menjejak langkah tersebut," katanya.

Beliau merujuk kepada ucapan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung UMNO yang berakhir Sabtu lepas yang menyatakan parti itu serius dalam membanteras rasuah.

"Saya berpendapat pandangan itu harus dipuji kerana sejak kebelakangan ini politik wang menjadi bahan berita panas dalam media kerana pemilihan UMNO. Apa yang penting ialah kepimpinan negara tidak menafikan masalah itu," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Dompok berkata SPRM perlu profesional dalam melaksanakan tanggungjawab mereka tanpa mengeluarkan kenyataan atau membuat ulasan terhadap kes-kes tertentu.

"SPRM baru sahaja ditubuhkan dan berikan mereka peluang dan masa," katanya.

Katanya ramai sinis memberi pandangan bahawa SPRM hanya merupakan "struktur lama dalam pakej baru" tetapi tanggapan ini adalah salah kerana SPRM mempunyai lebih banyak kuasa berbanding Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebelum ini.

Menurutnya, Laporan Bank Dunia mengenai kesan bahaya rasuah ke atas ekonomi menyebut anggaran "kebocoran wang" akibat rasuah adalah lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) global atau bersamaan RM2.6 trilion.

"Oleh itu, laporan itu membuktikan bahawa amalan rasuah merupakan fenomena global dan tidak sesuatu yang pelik kepada Malaysia," katanya.

Dompok berkata Indeks Pembayar Rasuah 2008 oleh Transparency International mendedahkan bahawa ahli perniagaan Malaysia percaya bahawa syarikat mereka terbabit dalam amalan rasuah dengan 42 peratus mengakui memberi suapan kepada pegawai tinggi kerajaan.

"Oleh itu penting bahawa usaha memerangi rasuah harus membabitkan sektor swasta. Jika sektor swasta terus membiarkan amalan ini, maka sukar dan mengambil masa untuk membanteras usaha ini," katanya.

Dompok berkata beliau dimaklumkan bahawa tahap rasuah di kalangan pegawai awam peringkat bawahan di Malaysia adalah rendah iaitu 38 peratus lebih rendah berbanding kadar 45 peratus di rantau Asia Pasifik.

"Ketika angka ini lebih rendah di rantau ini, ia juga membimbangkan.

"Salah satu kesan negatif ialah kumpulan kakitangan bawahan dan golongan miskin tidak mampu membayar untuk mempercepatkan sesuatu urusan sehingga menyebabkan mereka tidak menerima perkhidmatan yang sepatutnya diterima sebagai warga negara ini," katanya.

BERNAMA

Read More “RASUAH POLITIK PATUT BAHAN KAJIAN A.S.L.I”  »»

MAHATHIR TUKAR FIKIRAN DAN PENDIRIAN LAGI

Pada 19 Mei 2008, Dr Mahathir isytihar keluar UMNO. Hari ini tanggal 28 Mac 2009 beliau menyatakan hasrat untuk masuk semula UMNO, persoalannya bila. Menurut beliau, itu bergantung kepada beberapa perkembangan dalam UMNO sendiri.

Beliau akhirnya menghadiri persidangan tengahari tadi kerana pemilihan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden memberi harapan kepada beliau untuk UMNO berubah.


Dr Mahathir Akan Sertai Semula Umno


Mantan Perdana Menteri dan Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau akan kembali menyertai Umno.

Katanya, beliau akan mengumumkan tarikh itu pada satu masa yang sesuai 'selepas beberapa perkembangan'.

"Saya kena isi borang, lambat sikit. Saya akan beritahu kemudian. Saya sedang menunggu beberapa perkembangan," katanya kepada pemberita selepas hadir mengikuti hari terakhir Perhimpunan Agung Umno 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Pada 19 Mei tahun lepas, Dr Mahathir dalam satu ceramah di Alor Star mengisytiharkan dirinya keluar dari Umno kerana hilang keyakinan terhadap parti itu.

Dr Mahathir dilihat memasuki Dewan Merdeka bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada pukul 12.30 tengah hari sewaktu ucapan penggulungan oleh Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kehadiran beliau disambut tepukan gemuruh oleh para perwakilan yang turut berdiri untuk memberikan penghormatan.

Dr Mahathir juga kelihatan menganggukkan kepala bagaikan bersetuju apabila Muhyiddin meluahkan harapan untuk melihat bekas Perdana Menteri itu kembali menyertai Umno secara rasmi.

Muhyiddin juga berkata kedatangan Dr Mahathir seolah-olah mengiktiraf barisan kepimpinan Umno yang baru dengan disambut tepukan gemuruh para perwakilan.

Dr Mahathir kemudian turun ke pentas utama dan bersalam-salaman dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno dan kemudian menjulang tangan bersama-sama Abdullah, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Muhyiddin.

Sementara itu, ketika ditanya mengapa beliau menghadiri persidangan berkenaan selepas memutuskan untuk tidak berbuat demikian, Dr Mahathir berkata pemilihan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden telah memberi keyakinan kepadanya bahawa perubahan yang diharapkan akan berlaku.

"Pasal itu, pemilihan Muhyiddin meyakinkan saya ada perubahan," katanya.

Beliau juga tidak menolak bahawa barisan kepimpinan baru Umno memberi gambaran baik bahawa parti itu akan berubah ke tahap yang lebih cemerlang berbanding sebelum ini.

"Saya ingat ada harapan baik untuk masa depan," katanya.

Dr Mahathir menerusi laman blognya, CheDet.com, sebelum ini menyatakan bahawa beliau tidak akan menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2008 kerana berpendapat bahawa Pemuda UMNO secara langsung dan terbuka merestui politik rasuah.

"Inilah sebab-sebabnya saya tidak hadir. Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah," katanya di dalam blog itu.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata Umno harus berjuang untuk rakyat dan bukannya untuk orang tertentu di dalam parti jika ia mahu kembali kukuh dan diterima semula.

"Tanpa rakyat, Umno tidak boleh menang. Pengukuhan Umno serta penerimaannya oleh rakyat terpulang kepada perjalanan masa hadapannya. Apakah ia betul-betul berjuang untuk rakyat atau untuk orang tertentu," katanya.

Dr Mahathir turut bersetuju dengan saranan supaya sistem kuota dihapuskan bagi pemilihan Umno dan digantikan dengan sistem satu anggota.

Namun, katanya, apa yang lebih penting adalah supaya anggota-anggota Umno tidak mengamalkan politik wang.

"Kalau boleh diadakan di mana semua pihak boleh membuat pilihan, itu memang baik. Tapi apa sistem yang kita buat, kalau tukar 10 kali pun, kalau ahli-ahli Umno lebih utamakan wang untuk diri sendiri, Umno akan hancur," katanya.

Ditanya mengenai peralihan kuasa daripada Abdullah kepada Najib, Dr Mahathir berkata: "Peralihan ini berkaitan Presiden Umno, yang lagi satu (peralihan) berkenaan dengan Perdana Menteri. Itu saya harap akan dilakukan."

Dr Mahathir juga menafikan bahawa beliau akan dilantik sebagai penasihat kerajaan bagi menghadapi cabaran mendatang.

"Kalau tanya pendapat, bolehlah. Macam Pak Lah jugak, dia kata dia boleh beri pendapat, saya pun boleh beri pendapat saja," katanya.

Ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan barisan kepimpinan Umno yang baru, Mahathir berkata: "Ada yang tak menyenangkan hati juga...."

Sementara itu, anak lelaki ketiga Dr Mahathir, Datuk Mukhriz berharap bapanya akan kembali semula menyertai Umno secepat mungkin setelah meninggalkan parti itu sejak Mei tahun lepas.

"Itu yang kita nanti-nantikan. Memang ayah saya sebelum ini telah berjanji bahawa pada hari Datuk Seri Najib mengambil alih presiden parti, maka beliau akan menyerah borang untuk menjadi ahli.

"Alhamdullilah itu (Najib menjadi presiden) telah menjadi kenyataan. Jadi kita rasa begitu senang hati dengan perkembangan terbaru ini.(Bagaimanapun) saya tidak pengaruhi ayah saya untuk berbuat demikian," katanya kepada pemberita selepas berakhirnya perhimpunan agung Umno 2008 di sini.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula menyifatkan kehadiran Dr Mahathir pada hari terakhir perhimpunan itu sebagai satu kelebihan dan keterbukaan Umno yang tidak ada pada parti pembangkang.

"Saya rasa begitu terharu kerana Umno ada caranya sendiri dan hari ini jelas dari segi keramatnya Umno, dengan izin Allah, merapatkan barisan kita, bukan sahaja barisan-barisan baru tetapi dari segi kehadiran Tun Mahathir sendiri yang tergerak untuk bersama-sama dengan kita hari ini.

"Inilah kelebihan yang ada pada Umno dan saya sebagai Naib Presiden baru dilantik, saya tengok asas-asasnya telah pun dibina.

Sekarang ini terserah kepada pemimpin-pemimpin yang telah diamanahkan ini untuk menjalankan tugas," katanya.

BERNAMA

Read More “MAHATHIR TUKAR FIKIRAN DAN PENDIRIAN LAGI”  »»

UNDI POPULAR BARISAN NASIONAL PADA PRU 12 HANYA 50 PERATUS


PADA Pemilihan jawatan Ketua Pemuda UMNO hari ini, slogan digunakan Khairy ialah "Setiakawan" berbanding slogan "Pemuda Berani" bagi Mohamad Khir dan "Berani Berubah" untuk Mukhriz.


Dengan 51 peratus undi popular, Umno dan BN dianggap berada dalam keadaan seperti "telur di hujung tanduk" dengan perkiraan jika satu peratus undi memihak kepada pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) nanti.

"Rakyat mahukan perubahan. Mereka mahukan pemimpin yang ada integriti dan tidak korup. Keputusan pemilihan esok akan menguji sama ada perwakilan memahami mesej itu," kata penganalisis politik Prof Madya Dr Ahmad Nidzamuddin Sulaiman.

Pemilihan Ketua Pemuda Umno Titik Mula Transformasi Parti



Hari ini 25 Mac 2009, 791 perwakilan Pemuda Umno akan memilih barisan kepimpinan baru termasuk Ketua pergerakan itu yang dianggap komponen kritikal dalam transformasi Umno untuk kekal relevan.

Pemilihan kali ini bukan sekadar menguji kematangan perwakilan, sebaliknya akan menguji sejauh mana kesedaran mereka terhadap mesej yang disampaikan rakyat pada pilihan raya umum ke-12 (PRU12) 8 Mac tahun lepas.

"Rakyat mahukan perubahan. Mereka mahukan pemimpin yang ada integriti dan tidak korup. Keputusan pemilihan esok akan menguji sama ada perwakilan memahami mesej itu," kata penganalisis politik Prof Madya Dr Ahmad Nidzamuddin Sulaiman kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Selasa.

Pemilihan Ketua Pemuda Umno dilihat amat penting kerana sebahagian besar daripada 4.9 juta pengundi muda dilihat beralih arah kepada pembangkang pada pilihan raya umum lepas menyebabkan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi Umno gagal mengekalkan majoriti dua pertiga.

Dengan 51 peratus undi popular, Umno dan BN dianggap berada dalam keadaan seperti "telur di hujung tanduk" dengan perkiraan jika satu peratus undi memihak kepada pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) nanti.

"Pemilihan kali ini menentukan hidup mati Umno. Pada PRU13 nanti akan ada lebih kurang 1.5 juta orang muda mengundi iaitu tambahan dari dulu," kata calon Ketua Pemuda Umno yang juga Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir.

Ketiga-tiga calon Ketua Pemuda Umno, Mukhriz, 44, Anggota Majlis Tertinggi (MT) Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, 43, dan Anggota Parlimen Rembau yang juga Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, 33, menyatakan tentang perubahan dalam Umno perlu bermula dengan Pemuda.

Mukhriz menekankan kepentingan Pemuda Umno menjadi suara pendesak dalam dan luar kerajaan dan mengubah peranannya seperti NGO, manakala Mohamad Khir mahu Pemuda menjadi suara rakyat dan bukannya suara kerajaan.

"Jika kita gagal menjadi suara rakyat pengundi akan beralih kepada pembangkang," kata Mohamad Khir yang mendapat 62 pencalonan, di belakang Mukhriz dengan 74 pencalonan dan diikuti Khairy dengan 52 pencalonan.

Khairy sebelum ini berkata perubahan merakyatkan Pemuda Umno amat penting dengan penekanan untuk menjana ekonomi di peringkat akar umbi bagi kepentingan golongan muda perlu dibuat.

"Antara tugas Pemuda adalah untuk memudahkan generasi muda mendapat akses kepada kemudahan dan peluang ekonomi yang disediakan kerajaan," katanya mempertaruh slogan "Setiakawan" berbanding slogan "Pemuda Berani" Mohamad Khir dan "Berani Berubah" Mukhriz.

Seorang perwakilan dari Perak yang ditemui Bernama pada perhimpunan agung parti itu berkata persaingan jawatan Ketua Pemuda Umno kali ini amat sengit dengan 10 peratus pengundi "kelabu" daripada 791 perwakilan dijangka menjadi penentu.

"Nisbahnya 30-30-30 bagi setiap calon. Sepuluh peratus akan jadi penentu. Tiada pihak yang boleh mendabik dada yang mereka kini di depan," katanya yang enggan dikenali sambil menolak politik wang mempunyai pengaruh besar pada pemilihan kali ini.

Jika faktor pengalaman menjadi ukuran, Mohamad Khir dilihat mempunyai kelebihan berbanding Mukhriz dan Khairy, namun kedua-dua calon itu juga dilihat mempunyai kelebihan tersendiri.

Khairy dilihat mempunyai kelebihan jika faktor umur menjadi sandaran dan dilihat mampu mendekati generasi muda manakala Mukhriz pula dilihat sebagai pemimpin yang lantang bersuara dengan pendekatan berbeza.

Pada 17 Mac lepas, Lembaga Disiplin Umno memutuskan Khairy bersalah di bawah Artikel 10.1 Etika Parti melibatkan politik wang tetapi diberikan amaran dan dibenarkan bertanding, dan ini sedikit sebanyak mempengaruhi pemilihan itu.

Persoalannya di sini adakah suara akar umbi menjadi pertimbangan pada pemilihan kali ini? Adakah perwakilan ini memikirkan tentang aspirasi parti dan masa depan negara atau faktor-faktor lain sebagai penentu?

"Kita tak boleh salahkan perwakilan jika mereka tidak ikut suara akar umbi. Ini kerana perwakilan lebih mengenali calon secara peribadi. Mereka tahu sejauh mana kemampuan setiap calon," kata Mohamad Khir.

Namun bagi penganalisis politik, apa yang lebih penting, perwakilan perlu memilih pemimpin yang boleh melakukan perubahan seiring dengan perkembangan zaman selain menangkis persepsi negatif bahawa Umno parti tiada integriti.

"Pemimpin dipilih perlu ada kemampuan untuk membawa perubahan mengikut kehendak semasa. Umno perlu bekerja bukannya untuk pembangunan fizikal seperti 52 tahun lepas tetapi pembangunan 'intangible', good governance dan integriti," katanya yang enggan dikenali.

Pemilihan Pemuda Umno dijadual bermula pukul 11 pagi esok di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan keputusannya dijangka diumumkan pada malam hari yang sama.


Oleh Syed Azwan Syed Ali/ BERNAMA

Read More “UNDI POPULAR BARISAN NASIONAL PADA PRU 12 HANYA 50 PERATUS”  »»

AMANAT, KATA HIKMAH DAN BERNAS MENJELANG PRK 036 UNTUK YANG MAHU BERUBAH



















Mantan Presiden UMNO yang keluar parti mengeluarkan amanat:

1.“Dalam keadaan sekarang, dalam keadaan Umno dan Kerajaan dipimpin oleh Datuk Seri Abdullah tidak mungkin orang bukan daripada parti Umno dan orang Cina dan India akan beri kemenangan kepada calon Umno atau Barisan Nasional. Bahkan ahli-ahli Umno yang kecewa dengan pimpinan Dato Seri Abdullah pun tidak akan undi Umno dan Barisan Nasional."
2.“Jika Umno pimpinan Datuk Seri Najib ingin diterima dan disokong oleh rakyat sebagai pengundi, ingin memperolehi kemenangan dalam Pilihanraya Umum ke 13 maka rasuah dalam parti hendaklah dihapuskan. Usaha ini bukanlah mudah tetapi suka atau tidak suka Najib dan pasukannya perlu berusaha sedaya upaya."

3."Jika Umno pimpinan Datuk Seri Najib ingin diterima dan disokong oleh rakyat sebagai pengundi, ingin memperolehi kemenangan dalam Pilihanraya Umum ke 13 maka rasuah dalam parti hendaklah dihapuskan. Usaha ini bukanlah mudah tetapi suka atau tidak suka Najib dan pasukannya perlu berusaha sedaya upaya."

4.“Samada Barisan Nasional menang atau kalah kerajaan Terengganu tak akan berubah. Pada pandangan saya Pas atau Umno pada waktu ini sama sahaja.”


5."Umno pula tak tahu pilih calon. Yang dipilih ialah bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Jelas pilihan calon Umno tidak memperdulikan sentimen rakyat. Dan calon ini pula terkenal sebagai seorang yang sombong, tidak tahu beramah mesra dengan orang.
"

6.“Dalam pilihan raya kecil ini pengundi Kuala Terengganu berhadapan dengan dilema. Pas pun bukan pilihan yang baik, Umno pun bukan pilihan yang baik. Telan mati Mak, luah mati Pak. Mungkin calon bebas akan dapat undi yang lebih dari sepatutnya.”


7.“Jika tidak, pengundi akan undi siapa sahaja yang menyogok wang kepada mereka dan ini termasuk parti lawan. Umno dan BN mungkin tidak akan dapat memerintah negara ini lagi. Kita sekarang sedang diberi ‘preview’ jenis pemerintahan yang akan didirikan oleh parti-parti lawan.”


Kata-kata hikmah President-elect UMNO 2009
:

1. “Kalau salam, tengok muka. Sebab itu saya ingatkan calon kita supaya kalau bersalam bukan hanya di depan pintu, tetapi kalau ada orang dalam rumah dan di dapur, salam semua. Biar pun dia kena salam sehingga 200,000 orang, asalkan kita menang. Ini bukan adab orang bandar, orang elit tetapi adab orang kampung. Itu cara kita berkempen."

2.“Jangan berlagak naik kereta mewah dan jangan berlebihan. Pegang kepada satu prinsip bahawa kita hamba kepada rakyat, itulah anak kunci kepada kejayaan BN. Saya minta pemimpin yang turun padang supaya mesra rakyat”.


3."Saya nak tanya, siapa buat dua masjid setiap tahun, siapa yang bagi wang ehsan pada rakyat, siapa buat ICT di masjid-masjid, siapa buat macam-macam program tadika Islam JQAF, siapa jadi juara keputusan UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) lapan tahun berturut turut, siapa buat lebuh raya, siapa buat universiti Darul Iman."

4."Kita tidak mahu jadi seperti sesetengah negara yang takut untuk menyanggah kuasa besar kerana terima bantuan dari negara-negara besar. Di Malaysia kita menongkah arus, tambah peruntukan untuk projek-projek kerajaan dalam keadaan rakyat di negara besar terpaksa menganggur kerana krisis ekonomi."


5."Jadi saya nak nyatakan kedua-dua program ini, iaitu pagi tadi saya lancar pengundian Projek Kecil Projek Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS) daerah Kuala Terengganu Tahun 2009 serta bantuan kepada sekolah agama bantuan kerajaan merupakan sebahagian daripada projek rancangan fiskal,"




Kata-kata bernas Ketua Pergerakan Wanita UMNO

1."Satu pun laporan saya tak terima pasal orang tak suka muka Wan Ahmad Farid. Tu saya pun hairan, bila kita turun ke bawah tak ada orang bercakap. Ini orang bercakap di kedai-kedai kopi rasanya, yang saja ditanamkan idea ni persepsi ni."

2."Jadi ingin saya tegaskan tak usahlah dibangkit cerita calon, calon tak senyum ke calon muka sombong ke, calon muka garang ke, kita bukan nak pilih calon ratu cantik, bukan nak pilih calon ala Shah Rukh Khan, bukan nak pilih jejaka idaman, kita nak pilih calon yang boleh bekerja."

3."Pada penilaian BN, calon kita boleh diamanahkan untuk bertugas dan berkhidmat untuk orang Kuala Terengganu. Kita yakin dia boleh bekerja, kalau tak tauke dia ialah BN, kerajaan negeri dan kerajaan pusat... kalau dia tak bekerja pucuk pimpinan kitalah yang akan ambil tindakan."

4."Pengundi nak benda-benda macam ni lah, dia nak rumah dia dibela, jalan diturap. Sebab walau macam mana senyum meleret pun pembangkang, tak juga buat, macam mana cantik wajah pembangkang dan mesranya mereka masih tak boleh buat jalan ni, tak boleh nak betulkan longkang ni sebab kerajaan negeri adalah kerajaan BN dan kerajaan pusat adalah kerajaan BN."


Dikutip di SINI , diceduk SINI

Sumber di SINI , Rujuk di SINI

Read More “AMANAT, KATA HIKMAH DAN BERNAS MENJELANG PRK 036 UNTUK YANG MAHU BERUBAH”  »»

BAKAL KETUA PEMUDA MESTI NGAM DENGAN PRESIDEN


Awal-awal lagi sudah ada satu macam prasysrat bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan isyarat ini telahpun dinyalakan sebelum berlangsungnya Perhimpunan Agung pada Mac 2009. Bermulalah budaya bodek membodek setelah budaya politik wang diteruskan. Tiada kesudahannya.

Ketua Pemuda mesti serasi dengan Presiden
Berita Harian
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno yang bakal dipilih pada Mac depan mesti sentiasa serasi dengan Presiden Umno dan mengelak daripada bertelagah dengan kepemimpinan tertinggi parti.

Penolong Setiausaha Pemuda Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata pertelagahan dan ketidakserasian Ketua Pemuda baru dengan kepemimpinan tertinggi bukan pendirian bijak yang perlu diambil ketika ini.

"Ketua Pemuda baru mesti boleh bekerjasama dengan Presiden kerana dalam keadaan sekarang Umno begitu tercabar dalam pelbagai aspek. Beliau perlu mengelak daripada sentiasa bertelagah dengan kepemimpinan, ini bukan masa yang sesuai," katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen, semalam.

Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud diminta mengulas saingan Ketua dan Naib Ketua Pemuda Umno selepas 188 Pemuda bahagian mengadakan persidangan perwakilan masing-masing.

Dalam saingan jawatan Ketua Pemuda Umno, Ahli Exco, Datuk Mukhriz Mahathir mendahului dengan 74 pencalonan, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (52), manakala bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo (62).

Read More “BAKAL KETUA PEMUDA MESTI NGAM DENGAN PRESIDEN”  »»

RASUAH POLITIK BELI UNDI DENGAN WANG RINGGIT

Rais yang jelek dengan gejala politik wang dalam parti, semalam secara sinis mencadangkan semua jawatan tertinggi parti dipertandingkan secara tender dengan pembida tertinggi dipilih sebagai pemenang.

Tun Musa berkata, generasi kini merupakan orang terpelajar yang boleh berfikir dan tidak mahu lagi menerima amalan rasuah serta mendambakan akauntabiliti serta kredibiliti yang baik pada seorang pemimpin.


“Kini kebanyakan masyarakat, orang terpelajar yang tidak mahu amalan rasuah, apa juga yang diperkatakan oleh pemimpin-pemimpin jika pemimpin tersebut tidak ada kredibiliti, maka apa jua yang diperkatakan pemimpin itu tidak mahu mereka terima" menurut Tun Musa Hitam.

"I feel embarrassed to see that other (Barisan Nasional) component parties like MCA and Gerakan actually have less such problems to worry about" lamented T. Ahmad Rithauddeen .



*Sukar kemuka bukti gejala minta imbuhan


*Membanteras gejala politik wang dalam Umno


*Umno disciplinary chief: Money politics worsening
.

*
"Penyakit tua" perlu dirawat

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
Membanteras gejala politik wang dalam Umno

Oleh Abdul Rahman Sulaiman
rahmansulaiman@yahoo.com
Berita harian
Datuk Rahman Sulaiman ialah bekas Ketua Pengarang Bernama


Perwakilan kena bijak pilih pemimpin yang meletakkan perjuangan parti atasi kepentingan peribadi.

POLITIK wang atau rasuah politik, satu fenomena negatif yang melanda Umno sejak beberapa tahun lalu, nampaknya begitu sukar untuk dibendung walaupun pelbagai usaha dilakukan parti itu untuk menghapus atau sekurang-kurangnya membendung gejala terbabit.

Ini menyebabkan banyak pihak, terutama pemimpin parti yang tidak berduit atau yang cuba bertanding secara bersih berasa kecewa dan tawar hati untuk meneruskan cita-cita mereka bertanding merebut sebarang jawatan dalam parti.

Pada musim pemilihan parti sekarang, gejala itu dikatakan amat berleluasa tetapi sukar dikesan kerana mereka yang mengamalkannya menjadi lebih bijak dan licik. Sama ada ini benar atau tidak, hanya mereka yang terbabit saja tahu.

Apa pun, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden tetapi masih belum mendapat kelayakan dari segi jumlah pencalonan, nyata tidak dapat menyembunyikan kekecewaan apabila menyarankan semua jawatan tertinggi parti dipertandingkan secara tender.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, wang yang digunakan untuk mendapatkan jawatan itu boleh digunakan oleh parti untuk apa juga tujuan yang difikirkan perlu. Suara sinis Rais itu sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru.

Bekas Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno, Allahyarham Tun Ghafar Baba pernah membuat saranan serupa ketika hayatnya. Namun perkara sama tetap berulang setiap kali Umno menghadapi pemilihan sama ada pada peringkat cawangan, bahagian atau Majlis Tertinggi.

Untuk memperbetulkan perspektif masing-masing, mungkin ada baiknya ahli Umno menyemak kembali kenyataan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, ketika mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya selepas mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) baru-baru ini.

Abdullah menyatakan hasrat untuk melihat perpaduan dalam Umno terus kukuh dan keharmonian dalam BN kekal dipelihara kerana BN yang kuat dan berpadu adalah penting untuk membolehkan negara menghadapi cabaran masa depan sebagai sebuah negara maju dengan keharmonian dan keadilan dinikmati semua.

"Saya mahu menyerahkan kepada pengganti saya sebuah Malaysia yang mampu menghadapi cabaran ekonomi global yang berbahaya, sebuah Malaysia milik golongan kaya dan miskin, golongan muda dan tua serta sebuah Malaysia kepunyaan penghuni kota dan desa, bukan Malaysia yang dipisahkan oleh utara dengan selatan dan bukan juga yang dipisahkan oleh agama, tetapi Malaysia yang berpadu dan harmoni.

"Kini bukan masanya untuk bertelagah atas perhitungan politik sempit, sebaliknya ini adalah masa untuk mengeratkan perpaduan dan bekerjasama untuk mencapai sesuatu yang lebih besar," katanya.

Itulah antara lain amanat Abdullah yang boleh disifatkan sebagai amanat terakhir sebelum anggota Umno dan parti komponen lain memilih kepemimpinan baru masing-masing yang akan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13, kira-kira empat tahun lagi.

Memang dipersetujui ramai pemerhati dan penganalisis politik bahawa selepas berdepan prestasi terburuk dalam sejarah pada pilihan raya umum lalu, Umno dan BN khususnya perlu membuat pembaharuan menyeluruh untuk memenangi semula keyakinan pengundi dan dengan itu kekal memerintah negara bagi mencapai matlamat Wawasan 2020.

Kalau pembaharuan dan langkah pemulihan ini gagal dilaksanakan, ramai pihak yakin bahawa parti gabungan itu akan menjadi parti pembangkang dalam Kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.

Bagi Umno, tidak ada masa yang lebih sesuai untuk memulakan pembaharuan ini selain sekarang ketika parti sedang dalam proses memilih kepemimpinan mereka pada peringkat bahagian dan Pusat. Untuk itu mereka perlu memilih pemimpin yang benar-benar layak, berwibawa dan mampu membuat pembaharuan yang diharapkan tanpa mengira sama ada mereka ada memberikan sebarang 'habuan' atau tidak.

Sebaliknya, adalah lebih baik mereka yang memberikan habuan itu ditolak mentah-mentah sebagai pengajaran supaya mereka tidak lagi mengulangi tabiat buruk itu pada masa depan.

Bagaimanapun, satu pertanyaan yang sentiasa berlegar dalam pemikiran orang ramai kini ialah apakah ahli Umno benar-benar memanfaatkan peluang keemasan yang terbuka sekarang untuk memulakan perubahan dan pembaharuan yang diharapkan itu?

Kini beberapa minggu berlalu selepas Abdullah meluahkan hasrat beliau, ramai masih tertanya-tanya sama ada ia benar-benar difahami, dihayati serta diterjemahkan dalam bentuk tindakan oleh ahli dan pemimpin Umno yang kini sibuk mengadakan Persidangan Perwakilan Bahagian masing-masing sebagai persediaan menjelang Perhimpunan Agung dan pemilihan parti Mac depan.

Namun, berdasarkan kepada perkembangan sekarang, ingatan Perdana Menteri itu seolah-olah langsung tidak dihiraukan. Sebagai contoh, keghairahan merebut jawatan utama dalam parti, menarik minat luar biasa bukan hanya di kalangan pemimpin malah ahli parti.

Di sesetengah bahagian, lebih 40 calon bertanding merebut tujuh anggota perwakilan yang dipilih atau apa yang dirujuk sebagai Kumpulan 7 atau G7 di kalangan ahli parti. Kenapa ini berlaku? Adalah sesuatu yang sudah menjadi rahsia umum bahawa setiap kali ada pertandingan, anggota G7 boleh mengharapkan pelbagai bentuk habuan daripada calon yang bertanding.

Minat luar biasa untuk dipilih sebagai anggota G7 tahun ini muncul kerana ramai ahli menjangkakan bahawa semua jawatan, termasuk Presiden akan dipertandingkan berikutan pengunduran Abdullah. Fenomena ini yang muncul setiap kali Umno menghadapi musim pemilihan harus dibanteras habis-habisan jika parti itu benar-benar serius untuk menghapuskan rasuah politik.

Ahli parti tidak boleh semata-mata mengharapkan unit pemantau parti untuk melaksanakan tugas itu kerana mereka tidak mungkin mampu berbuat demikian secara berkesan memandangkan kepada jumlah ahli parti yang ramai di samping mesyuarat perwakilan bahagian yang dilangsungkan hampir serentak.

Sebaliknya, ahli parti sendiri harus jujur kepada diri sendiri dan mengikis amalan lama dalam membuat pilihan pemimpin yang lazimnya berdasarkan kepada siapa yang lebih banyak 'berbudi' kepada mereka walaupun kewibawaan calon yang banyak 'berbudi' itu mungkin boleh dipertikaikan.

Inilah satu perubahan yang boleh dimulakan oleh ahli parti terutama mereka yang dipilih sebagai anggota perwakilan, sekurang-kurangnya untuk pemilihan kali ini yang akan berlangsung ketika parti berada pada saat paling kritikal dalam sejarah 62 tahunnya.

Ahli parti pasti lebih arif mengenai kriteria yang perlu diutamakan dalam membuat pemilihan pemimpin kerana perkara ini sudah banyak dibincangkan sama ada melalui pelbagai tulisan dalam media atau ucapan oleh pemimpin parti sendiri.

Rasanya adalah memadai kalau dikatakan bahawa dalam mana-mana organisasi politik pun, wujud sekurang-kurangnya dua jenis pemimpin. Pertama yang mengutamakan kepentingan perjuangan melebihi kepentingan lain dan kedua yang mengutamakan kepentingan peribadi daripada kepentingan lain.

Jadi, pandai-pandailah mengenal pasti antara dua jenis pemimpin ini. Jika mereka ingin melihat parti terus berkuasa untuk mempertahankan hak dan memelihara maruah mereka, pilihlah calon kategori pertama. Sebaliknya jika mahu mengorbankan masa depan anak cucu dan negara, tepuk dada dan tanyalah selera.

Belanja yang dikeluarkan untuk mendapat kuasa dianggap sebagai modal perniagaan. Apabila kuasa sudah diperoleh, ia akan diguna atau disalahgunakan bukan saja untuk mengaut balik modal yang sudah dikeluarkan, malah untuk memperoleh 'margin keuntungan' tertentu seperti dalam perniagaan.

Dengan itu kitaran ganas rasuah tidak akan terhenti tetapi akan lebih berleluasa. Sebaliknya, mereka yang mementingkan perjuangan akan sanggup mengorbankan masa dan wang ringgit sendiri untuk memenuhi idealisme masing-masing.

Dengan kata lain, perwakilan yang terbabit dalam Persidangan Perwakilan Umno Bahagian sekarang cuma ada dua alternatif, mengundi untuk politik perjuangan atau politik komersial.

Datuk Rahman Sulaiman ialah bekas Ketua Pengarang Bernama.

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
Sukar kemuka bukti gejala minta imbuhan
Berita harian
KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata sukar untuk beliau membuat laporan mengenai salah laku pihak yang memintanya memberi imbuhan bagi mendapatkan sokongan pada pemilihan jawatan tertinggi Umno pada Mac depan berikutan kesukaran untuk mengemukakan bukti.

Katanya, sistem pembuktian terlalu rumit dan pihak yang membuat angkara amat licik memanipulasi sistem itu sehingga menjadikannya sukar dibuktikan di mahkamah walaupun perkara itu berlaku secara berleluasa.

"Ini soal masa depan Umno yang kelam jika tidak serius menangani masalah ini. Jika Umno tidak mahu berubah, saya khuatir rakyat akan mengambil keputusan untuk mengubahnya.

"Saya rela untuk tidak dapat pencalonan daripada melakukan perbuatan yang menyalahi etika seperti itu. Saya pegang pada prinsip sekurang-kurangnya saya dapat memberi peringatan kepada parti," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataannya yang mendakwa ada pihak meminta memberi habuan bagi mendapatkan pencalonan bagi jawatan Naib Presiden Umno yang ditandinginya ketika ini.

Sementara itu di PUTRAJAYA, Rais yang jelek dengan gejala politik wang dalam parti, semalam secara sinis mencadangkan semua jawatan tertinggi parti dipertandingkan secara tender dengan pembida tertinggi dipilih sebagai pemenang.

Beliau yang masih belum melepasi kuota 20 pencalonan, berkata wang bidaan untuk semua jawatan itu pula boleh digunakan parti untuk tujuan lain yang difikirkan perlu.

"Sesiapa yang mempunyai banyak duit bolehlah membuat bidaan. Maka kita dalam Umno akan jadi bahan ketawa masyarakat umum," katanya yang juga Menteri Luar selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama Ketua Perwakilan Negara dari rantau Amerika dan Caribbean di sini, semalam.
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> ‘Penyakit tua’ perlu dirawat
sinarharian /-BERNAMA
KUALA LUMPUR - Generasi muda diperlukan bagi membantu memulihkan semula penyakit tua UMNO yang kini sudah menginjak usia 61 tahun, kata bekas Timbalan Presiden UMNO Tun Musa Hitam.

“Penyakit tua ini tidak boleh diperbaiki oleh orang tua-tua, jadi maksud saya mereka yang hendak bertanding pada pemilihan UMNO Mac depan, yang ingin memegang jawatan-jawatan tertinggi haruslah terdiri daripada golongan muda yang mempunyai idea-idea yang baru,” katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Biarpun ramai yang beranggapan untuk memulihkan UMNO, kombinasi antara generasi tua dan muda merupakan satu tindakan yang bijak, namun Musa berpendapat dalam keadaan UMNO yang sudah berusia 61 tahun adalah lebih baik generasi muda mengambil alih.

“Kalau kita lihat dalam senarai peringkat tertinggi, kita melihat calon Presiden dan Timbalan Presiden, yang senior menjadi pilihan, tetapi jawatan lebih bawah daripada itu saya lebih suka golongan muda yang mengambil bahagian,” katanya.

Musa berkata, UMNO harus sedar bahawa sokongan rakyat terhadap parti itu kini telah menurun berikutan isu-isu yang ada kaitan dengan persepsi rakyat.

“Persepsi rakyat ialah UMNO begitu lama berkuasa dan pada pendapat mereka dari hasil pilihan raya Mac lalu, ada kelemahan-kelemahan yang begitu serius yang UMNO tidak dapat mengatasinya termasuk isu rasuah dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata, generasi kini merupakan orang terpelajar yang boleh berfikir dan tidak mahu lagi menerima amalan rasuah serta mendambakan akauntabiliti serta kredibiliti yang baik pada seorang pemimpin.

“Kini kebanyakan masyarakat, orang terpelajar yang tidak mahu amalan rasuah, apa juga yang diperkatakan oleh pemimpin-pemimpin jika pemimpin tersebut tidak ada kredibiliti, maka apa jua yang diperkatakan pemimpin itu tidak mahu mereka terima,” katanya.

Sementara itu, Musa yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri turut mengulas mengenai proses pemilihan pemimpin yang sedang berjalan.

Setakat ini, tiada seorang pun calon yang hendak bertanding dengan jelas menyebut bahawa sekiranya dipilih maka pemimpin itu akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menangani kesan akibat krisis ekonomi dunia, jelasnya.

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Umno disciplinary chief: Money politics worsening
sun2surf
KUALA LUMPUR (Oct 23, 2008) : Umno disciplinary board chairman Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail said today money politics has worsened to such an extent that it has become difficult to eradicate.

"I feel embarrassed to see that other (Barisan Nasional) component parties like MCA and Gerakan actually have less such problems to worry about," he said.

Urging members to adopt honesty to curb the menace, Ahmad Rithauddeen said the culture of money politics was around 20 years ago when he first joined the party.

"The members are happy when there are more contestants participating in the party election as they will have the opportunity to make more money," he told a press conference at the party's headquarters today.

Ahmad Rithauddeen admitted the board is having difficulty gathering information for its investigation because complainants are afraid to come forward.

"It is difficult for us to get complaints from members because they are paid to shut up. We will not disclose the identity of the whistle blowers as we must get rid of the money politics, which is like a cancer destroying the party and the country," he said.

To a question, Ahmad Rithauddeen said he believes the long campaigning period (for the party election, which has been deferred to March) may encourage money politics.

Asked whether the disciplinary board will act on the statement by Umno Supreme Council member Datuk Seri Dr Rais Yatim that some divisions actually asked for "donations" from the candidates in exchange for support in the party election, Ahmad Rithauddeen said the board cannot act simply based on statements as there was no official complaint lodged.

On the proposal by Rais, who is vying for the vice-president's post, to have an open tender format for the party's top post so that those with the highest bid can be the leaders, Ahmad Rithauddeen said he did not think such a proposal can work "we must choose good leaders who are really can lead the country and there is no provision in the party constitution to allow open tender for top posts.

"I do not know whether he (Rais) was joking and how serious he was in proposing this idea but there is no way we should do it via open tender," he added.

The party's supreme council had postponed its December party election to March to ensure a smooth transition of power from party president Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi to his deputy Datuk Seri Najib Razak.

Ahmad Rithauddeen also announced that two party members, Isang Rawai of Kota Marudu and Shamsuddin Dawam of Ledang division had violated the party laws and will be recommended to the supreme council to have their membership terminated.

"Isang was found guilty as he contested in the last general election as an independent candidate and Shamsuddin was found guilty as he had contested in the general election under PAS's flag, which we deemed as dishonesty to the party and unacceptable," he said.

The disciplinary board had also issued warnings to Datuk Ishak Ismail of Seremban division; Datuk Mustaffar Kamal Abdul Hamid and Datuk Abdullah Abu Bakar of Raub division; Datuk Suhaili Abdul Rahman, Datuk Yunus Kurus and Alias Hussin of Labuan division as they violated the party constitution and the members' code of ethics.

Read More “RASUAH POLITIK BELI UNDI DENGAN WANG RINGGIT”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    10 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    10 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com