Tahniah Tan Sri Mohammad. Buang yang keruh ambil yang jernih. Lupakan kisah lama dan lihat ke hadapan bagaimana Tan Sri dapat membantu PAS. Amalan soleh dan perkara yang baik dapat menghapuskan dosa dan maksiat kepada Khaliq.
Mat Taib: 'Saya kena sokong parti ada pendirian'
Menurut Ust Hadi, pengisytiharan Muhammad dilakukan selepas penamaan calon bagi melahirkan keikhlasan bahawa mereka yang menyertai PAS bukan untuk menjadi calon.
"Muhammad sudah bersama kami setahun yang lalu, dan sengaja (isytihar masuk PAS) dibuat selepas penamaan calon. Kerana kita tidak dapat menguasai media dengan sepenuhnya.
"PAS mengalu-alukan penyertaan Tan Sri. Ini adalah sokongan dan dokongan yang sangat kuat yang pernah memimpin Umno di peringkat pusat dan kerajaan negeri," katanya. maklumat lanjut di SINI .
Muhammad, 65, yang turut dikenali dengan panggilan Mat Taib merasakan sudah tiba masanya perubahan dilakukan agar pembangunan dinamik negara ini "mempunyai roh."
Katanya, beliau melihat Pas sebagai satu-satunya parti yang mampu membawa kesedaran tersebut. Pas juga dilihat mempunyai pendirian untuk melaksanakan Islam secara menyeluruh.
“Selama saya menjadi menteri besar dan aktivis Umno, memang benar negara kita maju. Tetapi, sudah sampai masanya pengisian pembangunan ini ada rohnya. Laporan penuh di SINI.
masuk pas ke,pkr ke dap ke yang salah yang rasuah tetap kena hukum.