Pray For MH370

Pray For MH370

Penamaan Calon Parlimen Kapar serta DUN Selat Klang, Meru & Sementa

KLANG: Pilihan raya umum ke-13 bagi Parlimen Kapar menyaksikan pertembungan enam penjuru apabila tiga dari Bebas dan Berjasa turut meletakkan calon mereka masing-masing.

Manakala bagi peringkat DUN, Sementa berlaku pertembungan tiga penjuru antara calon PKR, BN dan DAP.

Bagi Dun Meru, Sungai Pinang dan Selat Klang melibatkan pertandingan satu lawan satu.

Parlimen Kapar
yang ditandingi oleh PKR melalui calonnya G. Manivannan a/l Gowindasamy akan menentang Sakthivel a/l Alagappa (BN), tiga dari Bebas dan seorang dari Berjasa.

N43 Sementa
, Dr Daroyah Alwi (PKR) menentang Md Ghazali Md Amin (BN) dan seorang dari Bebas.

Sementara itu, N42 Meru, Dr Abd Rani Osman (PAS) menentang Sukiman Ahmad (BN), manakala, N44 Sungai Pinang, Teng Chan Khim (DAP)  akan menentang Lee Siew Chee (BN) dan N45 Selat Kelang, Halimah Ali (PAS) akan bertembung dengan Faisal Yahya (BN).

Sebelum ini, Parlimen Kapar dan tiga Dun dimenangi oleh Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum Ke-12 (PRU12) kecuali Dun Sementa yang dimenangi tanpa bertanding oleh Barisan Nasional (BN).

Kesemua calon-calon Pakatan Rakyat yang bertanding tiba di Pusat Penamaan calon di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah / Tanah Klang pada jam 845 pagi dan memasuki dewan pada jam 9 pagi setelah mendapat kebenaran dari Pegawai Pengurus Pilihanraya Parlimen Kawasan Kapar, Datuk Bakhtiar Husin.

Calon-calon Pakatan Rakyat menyerahkan borang pencalonan pada jam 915 pagi.

Mereka yang diiringi hampir seribu orang penyokong telah berkumpul di Padang Chetty sebelum berarak ke Pusat Penamaan Calon di Pejabat Daerah / Tanah Klang.

Calon Parlimen Kapar dan keempat-empat calon Dun serta penyokong telah berada di padang sejak awal pagi lagi, walaupun pagi tadi hujan tapi itu tidak mematahkan semangat para penyokong untuk berhimpun.

Pegawai Pengurus Pilihanraya Parlimen Kawasan Kapar, Datuk Bakhtiar Husin membuat pengumuman pengesahan pencalonan pada jam 11 pagi.-Muhammad Faizal/Syazwani Mazlan/harakahdaily

Comments :

0 comments to “Penamaan Calon Parlimen Kapar serta DUN Selat Klang, Meru & Sementa”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com