Sakit yang nikmat.
Apabila kita sentiasa sihat, kita lupa kita berpotensi untuk jatuh sakit. Kita boleh leka dengan tubuh badan yang sentiasa cergas dan sihat dan boleh berfungsi dengan direktif diri untuk berbuat apa sahaja. Kekadang kita lupa jasad yang bergerak secara cekap itu bukan kita punya secara mutlak....Ada yang punya. Kita lupa had penggunaan badan itu. Kita tidak buat servis berkala untuk pastikan ia berfungsi secara optima dan mampan.
Justeru Allah beri peringatan. Peringatan bahawasanya jasad itu ada hadnya. Ada keperluannya. Ada S.O.P.nya. Ada rehatnya. Tujuan jasad kita dihidap penyakit adalah 'warning' kepada tuan punya badan untuk sentiasa beringat. Keperluan asasnya seperti makanan seimbang telah dipenuhikah? Tekanan untuk siapkan kerja, tekanan untuk'perform', tekanan memenuhi keperluan dan permintaan insan lain sedikit sebanyak akan menganggu sistem daya tahan badan. Ianya akan terjelma dengan tanda-tanda penyakit menjelma. Demam, batuk, selsema, sakit badan, sakit kepala boleh menjadi simptom biasa sebagai sistem penggara bahawa jasad itu perlu berehat, makan-minum perlu lebih teratur.
Makhluk mikrob seperti bakteria dan virus yang halus juga mudah menyerang manusia yang beribu-ribu kali lebih besar daripadanya, lebih kompleks daripada sistem hidupnya apabila daya tahan manusia ini telah terjejas. Apatah lagi kalau memang sudah ada penyakit kronik seperti kencing manis dsb.
Maka, wajarlah kita sebagai insan biasa bersyukur kepada Allah yang Maha Bijaksana yang telah mengatur sistem hidup kita dengan cantik dan terbaik. Sedikit kesakitan, kurang sihat adalah nikmat yang harus kita syukuri agar gaya hidup kita di audit agar selari dengan skop penciptaannya.
Terima kasih Allah kerana memberi peluang kami mengerti falsafah hidup ini.
Maha Besar Kuasa Mu.
SAKIT YANG NIKMAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Comments :
Post a Comment