Pray For MH370

Pray For MH370

Semoga Nur Amirah Atirah selamat

Pilunya hati seorang ibu tiada siapa yang boleh menduga. Sudah 4 hari Nur Amirah Atirah hilang. Tempat terakhirnya di rumah ibu angkat ayahnya di Bandar Sultan Sulaiman yang tidak jauh daripada rumah ibubapanya. Pukul 10 malam. Kemudian si ayah mendapat panggilannya pagi ke esokannya.Hanya dapat bercakap beberapa detik. Di gudang katanya. Kemudian ibu saudaranya mendapat panggilan Amirah.Sempat dirakam selama 3 minit. Dalam ketakutan.Mahu balik, katanya berkali kali.Dia di bawa van putih katanya. Menghala ke Johor?! Suaranya Panik! Ibu saudaranya juga serabut, menyuruhnya bersabar tetapi dia gusar .Dia tidak tahu apa yang perlu dibuatnya lagi dalam susasana anak saudaranya dalam bahaya dan memerlukan bantuannya.
Laporan Polis telah dibuat. Keluarga ini masih menunggu....hari demi hari. Telefon si ayah tidak mahu berhenti berdering. Ada sahaja yang mahu bertanya.. Ada yang menenangkan....banyak juga yang menambah risau dan serabut....Ada yang mahu membantu. Ada yang mendoakan.

Apa pun, paling minima yang kita sebagai ahli masyarakat yang cakna dan ambil peduli tentang hal ehwal orang lain ialah JANGAN TAMBAH SEDIH DAN KESUSAHAN kepada keluarga yang menerima ujian berat ini. Jangan menghukum, jangan mengungkit atau membuat spekulasi yang boleh menghiriskan hati mereka.
 Kita panjatkan doa agar Amirah selamat daripada kerja durjana. Semoga iman Amirah dipelihara oleh Allah swt, diberi kekuatan menempuh waktu getir dan diberi jalan untuk meloloskan diri daripada golongan fasiq.
YB Dr Hjh Halimah Ali bersama Sukarelawan AMALNITA Selat Klang  bersama Unit Khas Sementa mengambil masa mendengar luahan hati ibu dan bapa Amirah serta memberi kata kata semangat untuk mereka terus berjuang menunggu ke pulangan Amirah. Dr Halimah juga mengingatkan agar beristghfar dan sentiasa berpaut dan berharap kepada Allah swt penentu segala galanya.
 Sudah 4 hari si ibu tak sampai hati nak masak untuk 3 orang adik Amirah kerana terngiang-ngiang suara Amirah,'Ibu masak apa?'....

Itulah pengalaman pahit yang sedang dilalui seorang ibu.Semoga pengajaran ini untuk kita semua manfaat. Syukrilah apa yang SEDANG kita nikmati.....TIADA APA yang kita punya....semuanya milik Allah...

Wallahu 'alam

Comments :

0 comments to “Semoga Nur Amirah Atirah selamat”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com