Pray For MH370

Pray For MH370

MELAKAR IMPIAN 2016



 PERUTUSAN TAHUN 2016

Banyak peristiwa berlalu pada tahun 2015. Ada yang manis. Ada yang pahit. Ada yang mendebarkan. Ada yang  merungsingkan. Ada yang membingungkan.
Ada peristiwa melibatkan peribadi kita. Ada yang berkaitan dengan ahli keluarga, kawan rapat, sanak saudara. Ada yang berlaku di tempat punca rezeki. Ada yang dalam kejiranan. Ada yang dalam kampung. Sudah pasti kejadian atau insiden yang berskala lebih besar berlaku dalam negeri dan negara dan seterusnya di luar Malaysia.
Orang besar- besar perlu memikir tentang perkara yang besar-besar seperti isu ekonomi, kestabilan politik, ketenteraman, jenayah , wabak dan sebagainya. Tetapi semua orang perlu memikirkan tentang perjalanan hidup diri sendiri samada watak kecil mahupun watak besar. Asalkan bernama insan, semua harus mengambil masa secara sedar untuk mengauditkan pencapaian hidupnya terkini. Menganalisa kejayaan dan kegagalan semua aspek hidupnya terutama sekali yang menjadi tunggak keinsanannya. Setelah puas diteliti,seharusnya kita bertindak jujur mengakui kelemahan lampau. Bukan menafi. Itupun kalau betul ianya kelemahan atau kesilapan atau kegagalan bukan sekadar rasa rendah jati diri atau inferioriti kompleks.
Seusai analisa diri, kita harus merancang masa hadapan. Bermula tarikh ini, apa yang kita mahu capai apabila tamat riwayat hidup kelak. Apa kejayaan yang MESTI kita rangkul dalam baki masa hidup yang masih ada. Jujur pada diri. Jangan ambil jalan pintas.
Rancang untuk capai bahagia dunia.
Rancang untuk bahagia di akhirat!
Rancang untuk diri sendiri.
Rancang juga untuk keluarga
Rancang untuk masyarakat sendiri.
Rancang untuk masyarakat sejagat.
Rancang untuk kampung/taman.
Rancang untuk negeri dan negara.
Contoh, adakah anda sudah daftarkan diri anda sebagai pengundi yang sah? Adakah anda peka  isu-isu yang berlaku di sekeliling anda yang boleh menggugatkan masa depan anda dan keluarga anda? Kegawatan ekonomi sangat membimbangkan. Nilai Ringgit merudum menyebabkan harga barang import akan naik berlipat kali ganda. Kos pembangunan akan meningkat. Bahkan kos balik kampung, kos pergi umrah dan haji juga menerima padah. Cukai GST melibatkan semua orang termasuk si miskin, OKU, gelandangan bahkan yang sakit menunggu maut!!
Persoalannya, kenapa perlu GST. Apakah yang boleh dilakukan untuk mengatasi keperluan GST yang membaham semua golongan ini? Siapa patut ambil tahu? Siapa yang perlu bertindak? Di manakah peranan kita sebagai rakyat?!
Nama negara tercemar kerana rasuah. Kenapa? Apa isu sebenarnya di sebalik hiruk pikuk 1MDB, RM 2.6 billion dsb?! Apa yang perlu kita lakukan sebagai rakyat yang sedar tentang tanggungjawab? Kenapa ia boleh berlaku? Sampai bila mahu biarkan ia berlaku?
ISU LEBIH PARAH
Semua orang akan setuju masalah ekonomi adalah sangat penting dan isu utama masyarakat.  Tetapi isu besar yang berpotensi untuk menimbul masalah major dalam masyarakat dalam negara kita sekarang ini adalah keruntuhan nilai keinsanan. Kemusnahan sistem pegangan kepada agama,  kebobrokan sistem sosial , ketandusan kemuliaan akhlak dan politiking melampau yang mencetuskan suasana yang tidak produktif , saling syak wasangka, menimbul kebencian dan dendam kesumat yang boleh menghala kepada keadaan tidak harmoni dan menambah parah situasi yang sudah hampir menjunam ke dasar laut.’ Rock bottom’
KITA MESTI BERMULA DI SINI.
Kita mesti bermula dengan KITA sendiri.
Kita mesti berniat MAHU jadi orang yang lebih efektif, produktif, kontributif dan sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan diri kita setiap masa.
TAHUN 2016 MESTI LEBIH BAIK DARIPADA TAHUN 2015
Bukan tahunnya tetapi diri kita manusia yang mesti lebih meningkat daripada segi kualiti dan nilai diri.
Saya menyeru semua warga DUN SELAT KLANG untuk bersama-sama berganding bahu membangunkan Selat Klang hingga tercapai tahap baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur, kawasan yang makmur, sejahtera dan diampuni serta diberkati oleh Allah swt.
Saya impikan warga Selat Klang yang terdiri dari orang yang baik, berbudi bahasa, berakhlak mulia, rajin, bertimbang rasa, penyayang,pencinta ilmu, peduli alam sekitar dan berjiwa besar yang boleh menjadi model kepada masyarakat lain insya Allah.
Mari kita corakkan tahun 2016 dengan corak yang penuh makna.
YB Dr Hjh Halimah Ali
ADUN Selat Klang
Merangkap
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Selangor
1 Januari 2016

Comments :

0 comments to “MELAKAR IMPIAN 2016”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com