2016
Ramai manusia teruja bila datang tahun baharu.
Ada yang ber'shopping' sakan. Maka, orang 'business' ambil peluang mengadakan jualan murah atau 'sales' sempena tahun baharu. Ada yang bercuti panjang dengan keluarga. Ahli keluarga menjadi seronok. Ramai juga yang pergi makan angin. Bagus juga.
Ramai yang 'biasa biasa' sahaja. Selain mendengar, membaca dan menulis perubahan tahun ke tahun yang baharu, mereka meneruskan hidup seperti biasa. Tiada perubahan!
Ramai remaja yang tertarik dengan keriuhan yang dicipta manusia barat menyambut tahun baharu masehi. Pelbagai acara berbentuk hiburan bercirikan hedonisme. Menunggu detik jarum saat jam bertukar menunjuk pukul 12 malam.
Yang malangnya selepas itu, ada remaja belia yang berduyun duyun keluar rumah malam itu konon untuk menyambut tahun baharu masehi, mengambil kesempatan untuk meraikan melampau sehingga mudah terjebak dalam gejala dadah, mabuk dan zina.Bermulalah komplikasi kompleks yang melibatkan remaja mengandung, HIV, Hepatitis B dan sebagainya.
Keruntuhan moral di kalangan remaja bertambah teruk dan sukar dibendung oleh ibubapa dewasa ini.
Justeru, konsep tahun baharu.Konsep sikap baharu, budaya baharu, konsep kejayaan perlu merujuk kepada kompas. Kalau tiada kompas kehidupan tiada bererti bertukar tahun. Hanya menandakan semakin lama semakin tua, semakin lemah, semakin berpenyakit.
Apakah yang baharu yang mahu dilakarkan....supaya kejayaan dunia boleh dicapai, kejayaan akhirat misi hakiki.
1. Apa yang baharu tentang tahap keimanan dan ketakwaan kita. Bagaimana mahu tingkatkan?(SPIRITUAL)
2. Apa yang baharu tentang kekuatan/kesihatan jasad kita serta kemudahan fizikal hidup kita(physical)
3. Apa yang baharu tentang tahap ilmu dan kemahiran kita? Kemampuan menyelesaikan masalah kita bertambah?(INTELEK)
4. Apa yang baharu tentang daya emosi kita? Semakin stabil? Semakin sabar?(EMOSI)
5.Apa yang baharu tentang kualiti hubungan kita dengan insan lain(keluarga/ahli masyarakat/rakan sekerja/bos/lawan/kawan)? dengan haiwan ciptaan Allah? dengan alam sekitar?(pencemaran/pembuangan sampah) (SOSIAL)
Ini adalah elemen yang bolehlah diakronimkan sebagai S.P.I.E.S.
Ada kemahuan baharukah untuk memperkayakan daya S.P.I.E.S kita?
Sudah diperbaharukah misi kehidupan kita?
Bottomline, kita nak capai apa?
Akhirnya kita nak ke mana?
Ya Allah tuntunlah kami ke jalan yang Engkau redhai.
Kurniakan kami kekuatan dan kebijaksanaan mempertingkatkan iman dan takwa kami serta amal soleh kami. Aamiin.
Comments :
Post a Comment