
Khir dakwa ada pakatan burukkannya menjelang pemilihan
SHAH ALAM: Calon Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, hari ini mendakwa wujud pakatan sulit membabitkan 'orang dalam Umno' bagi memburukkannya menjelang pemilihan parti hujung bulan ini.
Beliau berkata, 'orang dalam' itu bersekongkol dengan pemimpin pembangkang untuk menyerang peribadinya semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula Selasa lalu.
Bercakap kepada pemberita di sini, Khir berkata, kebanyakan dakwaan terhadap beliau seperti isu pembelian hartanah di Mekah pada 2007 dan kononnya wang anak syarikat kerajaan negeri digunakan bagi membeli sebuah kereta bernilai RM500,000 bagi kegunaan isterinya, Datin Seri Zaharah Kechik, hanya dibangkitkan dalam sidang dewan.
"Kenapa terus serang dalam Dewan. Kalau ada yang tak betul, lapor terus kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)," katanya.
Khir berkata, kos penerbangannya ke luar negara dari tahun 2000 sehingga sekarang yang mencecah RM360,000 turut dibangkitkan dalam sidang dewan, tetapi perjalanan itu, katanya, dibuat bagi menarik pelaburan asing bernilai RM50 bilion ke Selangor dalam tempoh itu.
Bekas menteri besar itu juga menafikan laporan sebuah portal berita kononnya beliau menarik janggut Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang, Saari Sungib dari PAS di luar sidang dewan semalam.
Katanya, beliau hanya menyentuh janggut Saari 'sebagai tanda penghormatan kepada seseorang dalam Islam'. - Bernama
KHIR TOYO NAFI TARIK JANGGUT SAARI
KENYATAAN MEDIA YAB DATO' MB SELANGOR ISU AIR
Keputusan SPAN menafikan hak Kerajaan Negeri Selangor dalam pelaksanan penstrukturan semula industri air sangat dikesali. Klik pada imej untuk memudahkan proses membaca.

The Selangor government has accused National Water Services Commission (SPAN) chief executive officer Datuk Teo Yen Hua of pandering to the interests of four private concessionaires in the dispute over the restructuring exercise in the state.
Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim said Teo’s move to negotiate directly with the four concession companies was inconsistent with the federal government’s decision on Jan 16 last year, allowing the state government, through Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB), to take over the operation and maintenance of water assets from the concessionaires in a joint exercise.
“It would subsequently enter into a sale and leaseback of the water assets from Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB). The state had made all efforts to ensure the restructuring exercise is completed in a manner that benefits the people of Selangor and Kuala Lumpur,” he told a press conference in the parliament lobby yesterday.
Khalid said the state government questions SPAN’s decision on a matter that falls under the jurisdiction of the Energy, Water and Communications Ministry and “we believe this is inconsistent with the Water Services Industry Act”.
“It is also not consistent with the provisions of Section 191(4) of the Act that require the concession companies to negotiate with both the federal and state government,” he said.
On Wednesday, Teo announced that SPAN could no longer afford any further delay as the water tariff increase of 31% was supposed to come into force on Jan 1 but was delayed as the federal government had given Selangor up to Feb 14 to negotiate and acquire the assets of the concession companies and there has been no response from the state.
The concessionaires are Puncak Niaga Holdings Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas) and Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH).
Khalid said: “Instead of supporting the state government’s initiative to buy back these water concessions in the interest of the people with a fair and reasonable offer, Teo appears to be pandering to the interests of private concessionaires.”
The state government believed SPAN’s decision will have deep negative implications on the people.
Khalid said the state government assures that it will protect public interest through all available means and ensure the people are provided with affordable and treated water.
ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI BANTU MELAYU CEPAT KAYA
Hairan bin Ajaib. Tak masuk akal. Kita tuan tanah. Beri "surat kuasa" pada rakan kongsi untuk usaha tanah. Kita hanya dapat 30% jika untung. Kalau rugi tak tahu berapa peratus kena bayar. Mungkin 100%. Hebat betul rakan-rakan kongsi anak syarikat kerajaan Negeri Selangor bawah BN. Agak-agak siapalah punya syarikat-syarikat tersebut. Ayuh cepat kita pergi ke SSM buat "search" profil syarikat.
Projek usaha sama anak syarikat kerajaan negeri berdepan risiko tinggi
![]() | OLEH ROSLAN BIAN Agenda Selangor SHAH ALAM, Khamis 22 Mei: Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini diberitahu, beberapa projek usaha sama anak syarikat kerajaan negeri ketika pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu, walaupun tidak rugi tetapi berdepan risiko tinggi. Memberi istilah “dipawahkan”, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, projek-projek itu mungkin tidak siap atau terbengkalai manakala kerajaan terpaksa membayar pampasan atau ganti rugi kepada pembeli projek. Katanya, beliau hairan mengapa anak syarikat seperti Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) memberi ‘surat kuasa’ kepada syarikat yang terbabit dengan usaha sama itu selain menerima tawaran pegangan sebanyak 30 peratus sahaja. |
“PNSB yang beri ‘tanah pawah’ ini seluas 12,007 ekar dengan 62 projek usaha sama membabitkan nilai pembangunan lebih RM35 billion tetapi kerajaan hanya dapat RM1.2 billion sahaja,” katanya.
Abdul Khalid berkata demikian ketika menjawab soalan Amirudin Sahari (PKR-Batu Caves) pada sesi soal jawab di Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor ke 12, di sini, hari ini.
Sehubungan itu, katanya satu badan bebas membabitkan mereka yang pakar dalam bidang pembangunan hartanah akan dibentuk bagi mengkaji semua projek-projek usaha sama anak syarikat kerajaan negeri.
Selain PNSB, anak syarikat kerajaan negeri lain yang terbabit projek usaha sama adalah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).
Menurut Abdul Khalid, berdasarkan penelitian beliau, projek-projek ini sepatutnya dibuat sendiri anak-anak syarikat kerana lebih menguntungkan berbanding ‘dipawahkan’ kepada syarikat lain melalui usaha sama.
“Usaha sama ini walaupun tidak rugi tetapi dapat risiko yang tinggi dan hasil tidak menentu,” katanya.
Katanya, beliau sudah meminta semua anak syarikat tidak membuat usaha sama lagi sehingga usaha yang ada diselesaikan.
“Kita juga akan teliti semua perjanjian usaha sama yang ada bagi memastikan ianya sah selain menilainya semula supaya memberi lebih keuntungan kepada kerajaan negeri,” katanya. Read More “ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI BANTU MELAYU CEPAT KAYA” »»



