Pray For MH370

Pray For MH370
Showing posts with label Dr Khir Toyo. Show all posts
Showing posts with label Dr Khir Toyo. Show all posts

KHIR TOYO BERI PROJEK BERNILAI RM244 JUTA KEPADA SHAMSUDDIN


Syarikat Ditamas, Getrahome Sdn Bhd, Kanasutra Sdn Bhd dan Majulia Sdn Bhd adalah di antara syarikat milik Shamsuddin (foto kanan). Beliau kini bakal dihadapkan ke mahkamah bersama Dr Khir Toyo dalam kes rasuah dua lot tanah di mana Khir telah menerima daripada Shamsuddin tanah-tanah berkenaan pada harga RM3.5 juta sedangkan ia bernilai RM6 juta pada 2007.

Khir Toyo beri projek RM244 juta kepada tertuduh bersama kes rasuahnya

Dr Khir, 45, didakwa mendapatkan tanah tersebut bagi dirinya dan isteri, Zahrah Kechik (foto), 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di alamat No 8 & 10, Jalan Suara 7/1L di sini daripada Shamsuddin yang diketahui ada hubungan dengan kerja rasminya pada harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah tersebut telah dibeli oleh syarikat tersebut pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Selangor mendakwa Dr Mohd Khir Toyo pernah menganugerahkan lima tender secara langsung bernilai RM244 juta kepada pengarah Ditamas Shamsuddin Haryoni ketika beliau masih menerajui kerajaan negeri.

“Sebanyak lima projek runding terus telah diberikan kepada Majulia Sdn Bhd dengan nilai projek berbeza,” kata Faekah.

Projek-projek itu ialah pembinaan kuarters kakitangan kerajaan di Seksyen 16 Fasa 1 dengan nilai RM22,880,000, kuarters kakitangan kerajaan di Seksyen 16 fasa 2 dengan nilai RM61 juta, cadangan mereka bentuk, membina dan menyaipkan bangunan Perpustakaan Selangor Maju bernilai RM71,080,000, membina dan menyiapkan jalan dari Simpang B15/B11 Lama Daerah Sepang bernilai RM73,750,871.53 dan cadangan projek pembangunan sebuah stadium terbuka, sebuah pencawang elektrik, dua kebuk dan satu unit loji kumbahan atas sebahagian tapak Kompleks Sukan atas tanah kerajaan mukim Dengkil bernilai RM14,999,000.

“Sementara itu, dua lagi syarikat milik Shamsuddin iaitu Getrahome Sdn Bhd dan Kanasutra Sdn Bhd telah diberikan projek secara penswastaan,” jelas beliau.

Getrahome Sdn Bhd mendapat projek pembangunan perumahan dan perniagaan secara penswastaan atas tanah seluas 134.57 ekar mukim Dengkil, Daerah Sepang bernilai RM16 juta pada 2000 dan Kanasutra Sdn Bhd pula diberikan projek cadangan pembangunan perumahan dan perniagaan secara penswastaan atas tanah kerajaan lot 5395 dan 5396 Mukim Dengkil pada 2005 bernilai RM14 juta.

Laporan Shannon Teoh dari Malaysian Insider di {SINI }


Khir Toyo's land fraud trial to be held June 6-2
4

Read More “KHIR TOYO BERI PROJEK BERNILAI RM244 JUTA KEPADA SHAMSUDDIN”  »»

KHIR TOYO NAFI TARIK JANGGUT SAARI


Khir dakwa ada pakatan burukkannya menjelang pemilihan

SHAH ALAM: Calon Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, hari ini mendakwa wujud pakatan sulit membabitkan 'orang dalam Umno' bagi memburukkannya menjelang pemilihan parti hujung bulan ini.

Beliau berkata, 'orang dalam' itu bersekongkol dengan pemimpin pembangkang untuk menyerang peribadinya semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula Selasa lalu.

Bercakap kepada pemberita di sini, Khir berkata, kebanyakan dakwaan terhadap beliau seperti isu pembelian hartanah di Mekah pada 2007 dan kononnya wang anak syarikat kerajaan negeri digunakan bagi membeli sebuah kereta bernilai RM500,000 bagi kegunaan isterinya, Datin Seri Zaharah Kechik, hanya dibangkitkan dalam sidang dewan.

"Kenapa terus serang dalam Dewan. Kalau ada yang tak betul, lapor terus kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)," katanya.

Khir berkata, kos penerbangannya ke luar negara dari tahun 2000 sehingga sekarang yang mencecah RM360,000 turut dibangkitkan dalam sidang dewan, tetapi perjalanan itu, katanya, dibuat bagi menarik pelaburan asing bernilai RM50 bilion ke Selangor dalam tempoh itu.

Bekas menteri besar itu juga menafikan laporan sebuah portal berita kononnya beliau menarik janggut Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang, Saari Sungib dari PAS di luar sidang dewan semalam.

Katanya, beliau hanya menyentuh janggut Saari 'sebagai tanda penghormatan kepada seseorang dalam Islam'. - Bernama

Read More “KHIR TOYO NAFI TARIK JANGGUT SAARI”  »»

REAKSI KHIR TOYO, HISHAMUDDIN DAN REEZAL MERICAN INSIDEN DI PARLIMEN


Hishammuddin bermadah " kemarahan pemuda UMNO adalah akibat provokasi berulang kali oleh Karpal yang menghina Pemuda dengan memberi gelaran seperti "celaka", "gangster" dan "mafia" di samping tidak menghormati institusi raja-raja."
Apabila ditanya sama ada Pemuda Umno akan meminta maaf di atas kejadian itu, Hishammuddin berkata isu itu tidak timbul langsung.

Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo pula berkata Pemuda Umno merasa kecewa dengan tindakan Karpal kerana sebagai seorang yang sudah lanjut usia, beliau sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada golongan muda.

Reezal Merican berkata Karpal tidak sepatutnya berselindung di sebalik undang-undang atau kekebalan sebagai wakil rakyat untuk menuduh dan menghina Pemuda Umno.

Ulasan saya: Hishamuddin ada point.Cuma pada OKU agak kurang sesuai. Tempat pula di Bangunan Parlimen yang sepatutnya dikawal ketat oleh pihak keselamatan. Bagaimana boleh tembus? Ada duit teh atau kopi ke? Lu piki'aq sendiri.

Untuk Mohamad Khir Toyo, anda pulak bagaimana?

Buat Reezal, Pemuda berselindung di belakang Sultan, amacam.


Tindakan Pemuda Kerana Terlalu Marah, Kata Hishammuddin


Tindakan sekumpulan anggota Pemuda Umno yang menemui dan menuntut Pengerusi DAP Karpal Singh memohon maaf kerana menggunakan perkataan "celaka" terhadap mereka di Parlimen semalam adalah akibat kemarahan yang tidak dapat dibendung, kata Ketua Pergerakan Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Katanya kemarahan mereka adalah akibat provokasi berulang kali oleh Karpal yang menghina Pemuda dengan memberi gelaran seperti "celaka", "gangster" dan "mafia" di samping tidak menghormati institusi raja-raja.

"Apa yang berlaku semalam membuktikan (apa yang boleh berlaku) bila emosi kemarahan tak dapat dibendung, dan dalam keadaan seperti itu lebih mudah untuk membakar semangat supaya semuanya huru hara, daripada membendung keadaan," katanya kepada kepada pemberita selepas mendengar ucapan bertajuk "Belia untuk Keamanan Dunia" oleh Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah di Persidangan Belia Antarabangsa mengenai Keganasan di sini.

Semalam perkarangan bangunan Parlimen kecoh apabila sekumpulan Pemuda Umno berhimpun untuk menuntut anggota Parlimen Bukit Gelugor itu memohon maaf kerana menggunakan perkataan "celaka" terhadap mereka pada satu perbahasan persidangan Dewan Rakyat, keadaan bertambah kecoh apabila beberapa orang Anggota Parlimen masuk campur, membawa kepada insiden tolak menolak sesama mereka.

Hishammuddin berkata beliau sudah menghubungi Pemuda Umno yang terlibat dan mereka akan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak Keistimewaan Parlimen.

"Saluran tertentu sedia ada dan saya ikut sistem dalam hal ini. Pemuda yang terlibat sudah saya hubungi dan mereka akan bertanggungjawab di atas tindakan mereka itu," katanya dan menambah beliau sendiri sanggup bersama-sama mereka jika perlu, walau pun sekiranya perkara itu terpaksa dibawa ke mahkamah.

Apabila ditanya sama ada Pemuda Umno akan meminta maaf di atas kejadian itu, Hishammuddin berkata isu itu tidak timbul langsung.

'Pernahkah Kita Maki Dia Singh Celaka', Exco Pemuda Umno

"Pernah kita maki dia Singh celaka. Bayangkan bagaimana orang Singh rasa Singh celaka."

Itulah kata-kata anggota exco Pemuda Umno Datuk Reezal Merican Naina Merican bagi melahirkan rasa terguris hati dan marah anggota pergerakan itu terhadap Pengerusi DAP Karpal Singh yang semalam menyifatkan Pemuda Umno sebagai "celaka".

Selain menggunakan perkataan itu semasa satu perbahasan pada persidangan Dewan Rakyat, Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu juga menuduh Pemuda Umno bertanggungjawab mengirim dua butir peluru ke kediamannya di Pulau Pinang baru-baru ini.

Reezal Merican berkata Karpal tidak sepatutnya berselindung di sebalik undang-undang atau kekebalan sebagai wakil rakyat untuk menuduh dan menghina Pemuda Umno.

Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo pula berkata Pemuda Umno merasa kecewa dengan tindakan Karpal kerana sebagai seorang yang sudah lanjut usia, beliau sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada golongan muda.

"Tetapi sejak kebelakangan ini Karpal menunjukkan contoh yang kurang baik dan menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia," katanya.

BERNAMA

Read More “REAKSI KHIR TOYO, HISHAMUDDIN DAN REEZAL MERICAN INSIDEN DI PARLIMEN”  »»

PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI: DR M KELUAR EZAM MASUK

Pada tanggal 19hb Mei 2008 yang lalu Tun Dr Mahathir Mohamad mantan Perdana Menteri dan Presiden UMNO selama 22 tahun mengisytiharkan dirinya keluar dari parti UMNO. Walaupun umur beliau telah menjangkau lebih lapan puluh tahun (lahir pada 20 Disember 1925)
namun Tun masih cergas, cerdas, tajam pemikiran dan pandangan serta berpandangan jauh, menjangkau 2020. Apapun, keluarnya beliau dari UMNO adalah keluar yang bersyarat, bukan selama-lamanya (jika panjang umur). Ia merupakan 'keluar parti" protes tanda tak setuju. Dulu semasa beliau menjadi PM, ada anggota dewan rakyat yang keluar dewan sebagai protes. Selepas itu anggota yang telah keluar dewan masuk balik semula. Agaknya beginilah tindakan Tun masakini.
Sebagai pengganti Tun Dr M yang keluar UMNO, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kemasukan Ezam, bekas ketua GERAK dan lain-lain jawatan ke dalam UMNO pada 28hb Mei 2008 yang lalu. Alasan Ezam untuk pulang ke pangkuan UMNO ialah kerana ia berpuas hati dengan pembaharuan yang dijanjikan oleh Datuk Seri Abdullah, Perdana Menteri Malaysia.

Kemasukan Ezam ke dalam UMNO mencetuskan pelbagai spekulasi, namun Dato' Seri Dr Khir Toyo, ketua pembangkang Selangor, mantan Menteri Besar tidak mempersoalkan keikhlasan Ezam sedikitpun kerana pada pendapat DR Khir, Ezam masuk semula ke dalam UMNO tanpa syarat, tanpa desakan dan tiada paksaan.

Dipanjangkan umur, sama-sama kita ikuti perkembangan kedua-dua tokoh iaitu Ezam dan Dr M.

Read More “PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI: DR M KELUAR EZAM MASUK”  »»

BAGET SELANGOR 2008 DIBENTANG OLEH DR KHIR TOYO


Bagi mengetahui lebih lanjut baget yang telah dibentangkan oleh kerajaan UMNO/BN di bawah pimpinan Dr Khir Toyo pada November 2007 sila tonton video di link di atas. Saudara akan dapat menilai sendiri ke mana wang diperolehi dan akan dibelanjakan pada tahun 2008. Kini sudah masuk bulan Jun 2008 dan peruntukan kewangan kian mengecil dek kerana telah banyak digunakan oleh wakil rakyat BN dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

Dari itu Saudara harus bersabar jika sesetengah janji pilihanraya belum boleh ditunaikan lagi kerana tiada peruntukan secukupnya walaupun kerajaan PR mengamalkan perbelanjaan berhemah. Sebagai contoh, setiap seorang Exco BN menggunakan dana sekurang-kurangnya RM15,000/= untuk rumah mereka pada setiapbulan. Setiap ADUN BN telah menghabiskan peruntukan setengah juta setiap seorang bagi dua bulan pertama 2008.

Kini apa yang tinggal adalah saki baki untuk meneruskan belanja mengurus bagi enam bulan akan datang Insya ALlah.

Read More “BAGET SELANGOR 2008 DIBENTANG OLEH DR KHIR TOYO”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    10 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    10 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com