Pray For MH370

Pray For MH370
Showing posts with label anti lompat. Show all posts
Showing posts with label anti lompat. Show all posts

KHIR TOYO NAFI TARIK JANGGUT SAARI


Khir dakwa ada pakatan burukkannya menjelang pemilihan

SHAH ALAM: Calon Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, hari ini mendakwa wujud pakatan sulit membabitkan 'orang dalam Umno' bagi memburukkannya menjelang pemilihan parti hujung bulan ini.

Beliau berkata, 'orang dalam' itu bersekongkol dengan pemimpin pembangkang untuk menyerang peribadinya semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula Selasa lalu.

Bercakap kepada pemberita di sini, Khir berkata, kebanyakan dakwaan terhadap beliau seperti isu pembelian hartanah di Mekah pada 2007 dan kononnya wang anak syarikat kerajaan negeri digunakan bagi membeli sebuah kereta bernilai RM500,000 bagi kegunaan isterinya, Datin Seri Zaharah Kechik, hanya dibangkitkan dalam sidang dewan.

"Kenapa terus serang dalam Dewan. Kalau ada yang tak betul, lapor terus kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)," katanya.

Khir berkata, kos penerbangannya ke luar negara dari tahun 2000 sehingga sekarang yang mencecah RM360,000 turut dibangkitkan dalam sidang dewan, tetapi perjalanan itu, katanya, dibuat bagi menarik pelaburan asing bernilai RM50 bilion ke Selangor dalam tempoh itu.

Bekas menteri besar itu juga menafikan laporan sebuah portal berita kononnya beliau menarik janggut Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang, Saari Sungib dari PAS di luar sidang dewan semalam.

Katanya, beliau hanya menyentuh janggut Saari 'sebagai tanda penghormatan kepada seseorang dalam Islam'. - Bernama

Read More “KHIR TOYO NAFI TARIK JANGGUT SAARI”  »»

MELOMPAT BAGAIKAN KATAK TIDAK WUJUD DI LEMBAH KLANG HANYA DI LEMBAH BERNAM DAN KINTA


Katak, sejenis makhluk yang boleh hidup dua alam atau bersifat amphibian memang dijadikan ALlah sangat istimewa, antara lain ia berfungsi mengekalkan keseimbangan ekosistem di tasik, lombong, parit dan di mana jua tempat yang terdapat takungan atau tadahan air.

Kitaran hidup dan juga jaringan makanan katak memang unik, sesuai dengan kejadian DNAnya. Katak dikatakan telah mendiami bumi berjuta tahun dan mampu menyesuaikan diri dalam banyak keadaan. Bukan setakat mampu melompat malah katak juga boleh terbang. TAPI INGAT, sepandai-pandai tupai (katak terbang) akhirnya jatuh ke tanah (air) juga.

Video Si Katak



Isu wakil rakyat sama ada dari kalangan Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri yang secara tiba-tiba (dalam jangka masa seminggu dua) mengisytiharkan keluar parti A dan masuk parti B atau keluar parti C dan menjadi wakil rakyat bebas dibahasakan sebagai melompat parti. Perbuatan mereka keluar parti yang telah mengendorse, membenarkan penggunaan logo parti berkenaan serta memberi segala bentuk bantuan kepada mereka semasa pilihanraya dari aspek pertugas pilihanraya, dana, kepakaran dan sebagainya diqiyaskan sebagai " melompat ".

Agaknya perkataan melompat digunakan kerana "pentas" atau platform (wadah) diperlukan sebagai "springboard" bagi tujuan tuas (leverage) dalam mencapai lompatan yang lebih jauh atau tinggi. Jadi melompat dari parti A ke B ialah tindakan mengunakan tiket serta sumber parti A pada peringkat permulaan untuk melakukan lonjakan atau lompatan ke parti B setelah beroleh kejayaan disebabkan pertolongan parti A. Wakil rakyat bebas jarang disebut sebagai melompat jika ia memilih untuk bernaung atau menjadi ahli parti D setelah memenangi pilihanraya. Bermoral atau sebaliknya perbuatan melompat parti telah banyak dibancangakan.


Sila klik pada imej untuk dibesarkan.



















Bertempat di kediaman YAB Dato' Menteri Besar Selangor di Shah Alam, berlangsungnya satu majlis pertemuan bagi mengukuhkan pemuafakatan di kalangan Ahli Parlimen dan ADUN Pakatan Rakyat di Selangor pada malam 12hb Feb 2009.












Sebelum ini, sebenarnya telah diadakan beberapa majlis seperti Majlis Makan Malam & Bengkel Mini Pakatan Rakyat yang telah diadakan di De palma Hotel Ampang pada 25/11/08.

Adun Kulim, Pelabuhan Klang tidak lompat - Azmin Ali

Naib Presiden Parti KeADILan Rakyat (KeADILan), Mohamed Azmin Ali menafikan dua Ahli Dewan Undangan Negerinya (Adun) daripada Kulim Lim Soo Nee dan Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah telah keluar daripada pakatan itu dan menyertai Barisan Nasional(BN).

Beliau berkata spekulasi bahawa Lim akan melompat parti adalah mainan politik pihak-pihak tertentu kerana perbuatan Lim menegur Menteri Besar Kedah Dato' Seri Azizan Abdul Razak memang tidak menjadi masalah di dalam Pakatan Rakyat untuk kebaikan negeri tetapi telah di salah anggap oleh pihak lain sebagai satu pergeseran dan mungkin Lim akan melompat keluar parti.

"Kita kena berhati-hati sebab itu kita nasihatkan Ahli Parlimen dan Adun pastikan mereka teruskan khidmat mereka untuk rakyat kerana kita tidak ada wang, kita tidak ada sogok, kita tidak ada culik orang, kita tak ugut orang,"katanya yang dipetik daripada sebuah akhbar online.

Azmin berkata Adun dan anggota Parlimen KeADILan ada prinsip dan maruah yang akan mereka pertahankan tetapi beliau mendakwa Adun Bukit Selambau V. Arumugam yang meletakkan jawatannya sebagai wakil rakyat kawasan itu disebabkan tidak tahan dengan tekanan dan ugutan dari Umno dan BN.

Sebelum ini dalam satu sidang media Badrul Hisham menafikan yang beliau akan keluar KeADILan untuk menyertai BN sedangkan beliau masih menyokong kepimpinan Penasihatnya, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, khabar angin yang disebarkan oleh pihak-pihak tertentu itu merupakan helah mereka bagi menimbulkan kekeliruan dalam Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

"Saya masih menjalankan tugas sebagai Adun Pelabuhan Klang seperti biasa. Komitmen saya masih teguh dan tidak berbelah bagi kepada Parti Keadilan Rakyat dan kepimpinan Pakatan Rakyat keseluruhannya khususnya di negeri Selangor," katanya.

Azm/ Harakahdaily

Laporan Lompat parti dari sun2surf dan SINI

Read More “MELOMPAT BAGAIKAN KATAK TIDAK WUJUD DI LEMBAH KLANG HANYA DI LEMBAH BERNAM DAN KINTA”  »»

KERIS MELOMPAT MENIKAM TUAN

Keris makan tuan

Oleh Wan Hamidi Hamid

Isu wakil rakyat melompat parti agak melucukan bagi penonton politik, menggembirakan bagi parti yang menerima anggota baru itu dan amat memilukan bagi parti yang ditinggalkan wakil berkenaan.

Penonton politik sering melihat drama di mana jika yang melompat itu dari parti A, maka parti itu akan bising dengan soal maruah, kesetiaan dan pengkhianatan terhadap mandat rakyat. Malah mahu digubal undang-undang anti lompat. Sebaliknya, parti B yang menerima wakil rakyat melompat itu menganggapnya sebagai hak dan kebebasan dalam amalan demokrasi.

Suatu ketika dahulu, yang menentang undang-undang anti-lompat adalah Umno dan Barisan Nasional. Kini yang menjadi juara anti-lompat adalah Umno dan BN, khususnya selepas pilihan raya umum Mac 8 tahun lalu kerana ada ura-ura beberapa Ahli Parlimen BN mahu menyeberang ke sebelah Pakatan Rakyat.

Tetapi adakah mereka ini jujur mahu menjamin dan mempertahankan mandat rakyat?

Sedangkan 25 tahun lalu sudah ada usaha serius untuk melaksanakan undang-undang anti-lompat. Malah ada kerajaan negeri yang telah pun meluluskan rang undang-undang anti-lompat hampir suku abad yang lalu.

Parti Bersatu Sabah pimpinan Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan telah berjaya menewaskan Berjaya yang menerajui BN Sabah dalam pilihan raya negeri pada April 1985 dengan memenangi 25 daripada 48 kerusi yang dipertandingkan. Namun gangguan dan demonstrasi jalanan dari penyokong BN menyebabkan Pairin terpaksa mengadakan pilihan raya negeri sekali lagi pada Mei 1986.

Kali ini PBS menang besar di 34 daripada 48 kerusi yang dipertandingkan. PBS kemudian menyertai BN tetapi sepanjang tempoh penyertaannya, ramai pemimpin kanannya merasakan mereka dianaktirikan oleh pucuk pimpinan di Kuala Lumpur.

Dalam pilihan raya umum 1990, PBS membuat keputusan mengejut apabila ia keluar dari BN sewaktu kempen pilihan raya. Parti itu kekal memerintah Sabah tetapi keputusannya untuk meninggalkan BN membuka ruang bagi Umno untuk masuk ke Sabah.

Bermulalah politik tawar-menawar dan cubaan membeli Ahli Dewan Undangan Negeri PBS dalam usaha menjatuhkan kerajaan negeri pimpinan Pairin. Menyedari keadaan itu, kerajaan negeri Sabah memperkenalkan undang-undang anti-lompat tetapi telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 1992.

Pada 19 Februari 1994, pilihan raya negeri Sabah diadakan lagi, dan walaupun BN berkempen dengan rasuah pembangunan dan taburan wang yang hebat, PBS terus diberi mandat oleh rakyat Malaysia di Sabah apabila ia memang tipis dengan 25 kerusi berbanding BN 23.

Apa yang berlaku selepas keputusan diumumkan adalah satu sejarah baru dalam politik negara pada masa itu. Pairin terpaksa menunggu di luar pagar Yang Dipertua Negeri selama tiga hari siang dan malam semata-mata untuk mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri.

Dua minggu selepas melantik kabinet negeri, beberapa Adun PBS mendakwa mereka ditawarkan berjuta-juta ringgit untuk melompat menyertai BN. Pada 12 Mac pemimpin PBS Datuk Lajim Ukin, Rubin Balang dan Datuk Zaini Isa, salah seorang dari Adun dilantik (selain 25 Adun yang menang pilihana raya, perlembagaan negeri membenarkan enam Adun dilantik oleh parti yang menang) mengumumkan keluar parti.

Sewaktu kekecohan itu, Kementerian Dalam Negeri mencatatkan rekod kepantasan tugas dengan meluluskan permohonan beberapa parti politik dalam masa beberapa hari sahaja untuk membolehkan mereka menjadi parti kepada Adun-Adun yang melompat dari PBS.

Pada 17 Mac 1994, Pairin secara gentleman telah menyerahkan surat perletakan jawatan sebagai Ketua Menteri kepada Yang Dipertua Negeri setelah hampir70 peratus barisan Adunnya melompat parti.

Dari 25 kerusi yang dimenangi serta enam Adun dilantik, iaitu 31 kesemuanya, PBS hanya tinggal lima Adun. Dengan itu, tidak sampai sebulan setelah memenangi pilihan raya negeri secara sah, PBS kehilangan kuasa apabila Umno dan BN berjaya membeli hampir kesemua Adun-Adun berkenaan.

Bekas Adun-Adun PBS itu pula telah berpecah kepada lima parti negeri di mana keadaan itu membolehkan Umno menguasai majoriti kerusi dalam DUN Sabah dengan memegang 22 kerusi.

Namun ia tidak mematahkan semangat PBS apabila mencuba nasib sekali lagi dalam pilihan raya negeri pada Mac 1999. Walaupun ia tewas kepada BN, kerusi yang diperolehinya meningkat semula kepada 17 manakala Umno juga menambah lagi kekuatan kepada 24 kerusi. Parti-parti komponen BN lain semakin mengecut kekuatan mereka.

Dalam pada itu berlaku lagi lompat parti dari PBS ke Umno. Ini menyebabkan PBS tiada pilihan lain kecuali memohon untuk menyertai semula BN pada 2002.

Apa yang ingin diperingatkan di sini adalah sewaktu episod lompat pada Mac 1994 dan kemudiannya berulang selepas Mac 1999 adalah pendirian pemimpin-pemimpin kanan Umno dan BN di Kuala Lumpur. Rata-ratanya mereka menghalalkan lompatan dari parti lain untuk menyertai mereka atas dasar kebebasan wakil rakyat membuat pilihan sendiri.

Kini fenomena lompat ini kembali menghantui Umno dan BN. Selepas kebimbangan Ahli-Ahli Parlimen BN melompat parti selepas Mac 8 tahun lalu dikendurkan berikutan tiada apa-apa yang berlaku pada tarikh 16 September sebagaimana yang diramalkan oleh Ketua Pembangkang Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini ketakutan sekali lagi melanda kepimpinan BN.

Keputusan Adun BN Datuk Nasarudin Hashim yang mewakili Umno di kawasan Bota, Perak telah menimbulkan pelbagai spekulasi berhubung kemungkinan beberapa Adun lain yang akan mengikut jejak langkahnya.

Buat pada masa tumpuan diberikan di Perak. Namun ada juga khabar-khabar angin mengenai Adun-Adun di beberapa negeri lain yang mula berminat untuk berpindah parti.

Sama ada mereka mahu meninggalkan Umno dan BN kerana masalah dalaman parti sendiri atau kerana yakin dengan perjuangan Pakatan Rakyat, ia bukan lagi soal perundangan kerana Malaysia memang tidak mempunyai undang-undang anti-lompat.

Malah, wakil rakyat masih dicengkam undang-undang yang melarang mereka bertanding semula dalam tempoh lima tahun jika mengosongkan kerusi.

Keadaan ini memaksa mana-mana wakil rakyat yang ingin berpindah parti terus melompat sahaja kerana sebarang usaha untuk menguji kekuatan dalam pilihan raya kecil dilarang oleh undang-undang. Yang membawakan undang-undang itu adalah Umno dan BN juga. Pic balisong

Bagi Umno dan BN sekarang, mungkin ini agaknya maksud pepatah Melayu "keris makan tuan".
Sumber themalaysianinsider

UMNO mendapat tamparan di SINI

Read More “KERIS MELOMPAT MENIKAM TUAN”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    10 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    10 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com