Pray For MH370

Pray For MH370

ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI BANTU MELAYU CEPAT KAYA

Hairan bin Ajaib. Tak masuk akal. Kita tuan tanah. Beri "surat kuasa" pada rakan kongsi untuk usaha tanah. Kita hanya dapat 30% jika untung. Kalau rugi tak tahu berapa peratus kena bayar. Mungkin 100%. Hebat betul rakan-rakan kongsi anak syarikat kerajaan Negeri Selangor bawah BN. Agak-agak siapalah punya syarikat-syarikat tersebut. Ayuh cepat kita pergi ke SSM buat "search" profil syarikat.


Projek usaha sama anak syarikat kerajaan negeri berdepan risiko tinggi

mbkhalid120.jpg
OLEH ROSLAN BIAN
Agenda Selangor
SHAH ALAM, Khamis 22 Mei:
Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini diberitahu, beberapa projek usaha sama anak syarikat kerajaan negeri ketika pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu, walaupun tidak rugi tetapi berdepan risiko tinggi.

Memberi istilah “dipawahkan”, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, projek-projek itu mungkin tidak siap atau terbengkalai manakala kerajaan terpaksa membayar pampasan atau ganti rugi kepada pembeli projek.

Katanya, beliau hairan mengapa anak syarikat seperti Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) memberi ‘surat kuasa’ kepada syarikat yang terbabit dengan usaha sama itu selain menerima tawaran pegangan sebanyak 30 peratus sahaja.


“PNSB yang beri ‘tanah pawah’ ini seluas 12,007 ekar dengan 62 projek usaha sama membabitkan nilai pembangunan lebih RM35 billion tetapi kerajaan hanya dapat RM1.2 billion sahaja,” katanya.

Abdul Khalid berkata demikian ketika menjawab soalan Amirudin Sahari (PKR-Batu Caves) pada sesi soal jawab di Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor ke 12, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, katanya satu badan bebas membabitkan mereka yang pakar dalam bidang pembangunan hartanah akan dibentuk bagi mengkaji semua projek-projek usaha sama anak syarikat kerajaan negeri.


Selain PNSB, anak syarikat kerajaan negeri lain yang terbabit projek usaha sama adalah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).


Menurut Abdul Khalid, berdasarkan penelitian beliau, projek-projek ini sepatutnya dibuat sendiri anak-anak syarikat kerana lebih menguntungkan berbanding ‘dipawahkan’ kepada syarikat lain melalui usaha sama.


“Usaha sama ini walaupun tidak rugi tetapi dapat risiko yang tinggi dan hasil tidak menentu,” katanya.


Katanya, beliau sudah meminta semua anak syarikat tidak membuat usaha sama lagi sehingga usaha yang ada diselesaikan.


“Kita juga akan teliti semua perjanjian usaha sama yang ada bagi memastikan ianya sah selain menilainya semula supaya memberi lebih keuntungan kepada kerajaan negeri,” katanya.

Comments :

0 comments to “ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI BANTU MELAYU CEPAT KAYA”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com