Walau apa cara sekalipun, Selangor mesti kembali ke tangan UMNO/BN. Ini kerana negeri Selangor adalah NADI Malaysia. Begitulah saranan dan amaran DS Najib kepada ahli UMNO/BN Selangor yang mana beliau merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, dan sekaligus kepada parti komponen Pakatan Rakyat.
Di antara agensi di bawah DS Najib yang akan membantu beliau dalam merampas balik Selangor ialah
SPRM,
SPR,
KEMAS,
Majlis Keselamatan Negeri
Jabatan Belia dan Sukan
Jabatan Penerangan Malaysia Bahagian Jabatan Hal Ehwal Khas
Jabatan Kemajuan Masyarakat
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
"Formula Pekan" yang disebut oleh DS Najib terdiri dari 3 budaya iaitu " mendengar, berkhidmat dan menyelesaikan masalah".
Selangor nadi negara - Najib
09/08/2009 1:01pm
UtusanOnLine
KUALA SELANGOR 9 0gos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, beliau mahu Selangor dikembalikan semula ke tangan Barisan Nasional (BN) kerana negeri ini penting sebagai nadi negara.
"Peluang untuk BN berkuasa semula di Selangor tetap ada tetapi dengan syarat parti-parti komponen yang diterajui UMNO sudah insaf dan menyedari kekurangan diri dan sanggup berubah," kata beliau yang juga Presiden UMNO semasa berucap merasmikan mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Selangor di sini hari ini.
Selain daripada itu, beliau berkata, UMNO tidak boleh mempunyai perasaan benci kepada orang lain dalam keluarga BN dan perlu berjuang bersama-sama dalam satu keluarga besar berganding bahu berjuang secara seia sekata dan sehaluan.
“Ini harapan saya ... pesanan saya kalau hendak menang buat cara nak menang, jangan kita kata nak menang tapi perbuatan kita menempah kekalahan,” katanya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri.
Najib berkata, perancangan itu yang dipanggil sebagai “Formula Pekan” telah membawa beliau ke persada yang lebih tinggi di dalam politik negara sehingga menjadi Perdana Menteri dan presiden parti.
- BERNAMA
==========================================================
Amalkan tiga budaya untuk mantapkan kembali UMNO - Najib
08/08/2009 1:47pm
PEKAN 8 Ogos — Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berkata para pemimpin dan anggota parti itu mesti mempraktikkan tiga budaya - “mendengar, berkhidmat dan menyelesaikan masalah” bagi memantapkan semula UMNO.
Perdana Menteri berkata ketiga-tiga budaya itu penting bagi memastikan UMNO terus dapat mempertahankan kedudukannya sebagai parti memerintah dan mendapat sokongan padu daripada rakyat.
“Yang pertama, budaya mendengar - kita kena sentiasa mendengar suara rakyat, rintihan rakyat, sanggup sentiasa disisi rakyat dan bukannya jauh, bukan sombong tapi merendah diri dan jangan jadi golongan elit,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Pekan di sini, hari ini.
Najib yang juga Ketua UMNO bahagian itu berkata budaya kedua ialah berkhidmat iaitu sentiasa memberikan khidmat yang terbaik sepanjang masa.
“Berkhidmat untuk rakyat, jangan berkhidmat kepada puak kita sahaja, berkhidmat mesti sepanjang masa, bukan masa dekat pilihan raya, (bila dekat pilihan raya), kepil biodata, harap-harap jadi calon. - Bernama
=======================================================================================
Cari "Salah Orang" atau "Orang Salah"
Siapa Sebenarnya Pemecahbelah Masyarakat
Pejabat Pembangunan Negeri Didakwa Mahu Jatuhkan Kerajaan Selangor
Friday, 13 March 2009
SHAH ALAM, 13 Mac - Persidangan dewan undangan negeri hari ini dikejutkan dengan pendedahan penyalahgunaan kuasa oleh Pejabat Pembangunan Negeri Selangor melalui program People Centric yang bermatlamat menjatuhkan kerajaan negeri.
Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika mendedahkan perkara itu berkata program berkenaan bertujuan meningkatkan sokongan rakyat kepada kerajaan Persekutuan dengan meningkatkan imej dan kredibiliti kerajaan negeri.
“Program ini menjadi tanda tanya tentang kebebasan pegawai kerajaan yang nampaknya bertindak menyebelahi kerajaan Barisan Nasional (BN) sedangkan mereka sepatutnya bersikap bebas dan profesional dalam menjalankan tugas.
“Lebih teruk lagi program ini cuba memberi kredibiliti kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKP) sedangkan DYMM Sultan Selangor telah pun bertitah tidak mengiktirafkan JKKP di Selangor,” katanya kepada pemberita malam ini.
Sehubungan itu, Abdul Khalid menggesa Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan untuk menjelaskan mengapa pegawai kerajaan dibenarkan bersubahat dengan BN sekaligus menjatuhkan maruah pegawai-pegawai itu sendiri.
Abdul Khalid menambah, timbul persoalan sama ada program itu turut menjadi sebab Selangor akhir-akhir ini diserang dengan pelbagai tuduhan serta tohmahan.
“Ingin saya nyatakan tuduhan seperti lembu dan kereta peribadi serta tuduhan yang dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Kubu Bharu, Wong Koon Mun kononnya Menteri Besar terlibat dalam aktiviti mencuri pasir dan mempunyai pejabat di tingkat 5, Bangunan SUK tidak benar sama sekali,” katanya.
Beliau juga menafikan pernah memberi sebarang kebenaran kepada saudara mara melakukan sebarang perniagaan yang melibatkan kerajaan negeri.
Tambah Dato’ Menteri Besar, beliau telah mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT), pejabat daerah dan semua anak syarikat kerajaan negeri supaya tidak melayan permintaan ahli keluarga, sanak saudara, rakan taulan ataupun pihak-pihak tertentu.
- NOOR ALLIA KASSIM/selangor kini
SELANGOR MESTI DIRAMPAS DARI PAKATAN RAKYAT WALAU APA SEKALIPUN
KHIR TOYO DAPAT MEMBANTU SIASATAN POLIS
Dr Khir Toyo memiliki maklumat dan dapat membantu POLIS dalam membenteras aktiviti mencuri pasir, pemilik rumah urut, judi serta pelacuran.
Ini kerana menurut beliau semasa pemerintahan beliau selama LAPAN tahun, hanya terdapat 700 premis atau lesen judi, siber cafe serta rumah urut di Selangor.
Tetapi kini baru setahun lebih Pakatan Rakyat memerintah Selangor, sudah ada 4000 premis haram untuk kegiatan di atas.
Cuba teka agaknya berapa puluh ribu akan muncul jika Pakatan Rakyat memerintah selama satu penggal?
Untuk pengetahuan YB Pasir Panjang, lesen di atas di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mana wakil rakyat tidak ada kuasa kerana tidak seperti di bawah pemerintahan Khir Toyo, anak beranak, menantu dan saudara mara boleh menjadi Ahli Majlis perbandaran, contohnya MPK (Klang). Yb Zakaria Md Deros serta anak dan menantu, Onn Ismail serta menantu dan lain-lain. Segala projek serta tender melalui wakil rakyat yang juga ahli majlis . Keputusan di buat di bawah meja dengan menguis kaki ahli majlis "Ini kawasan aku, itu engkau punya, cekap, bersih dan amanah"
*Jabatan pembanguanan persekutuan
Dr Khir dakwa gerakan haram bantu calon
AMPANG: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mendakwa terdapat beberapa gerakan bawah tanah yang membantu calon dalam kempen pilihan raya lalu.
Malah, sebagai imbuhan calon yang dibantu itu akan memberikan kebenaran menjalankan urus niaga haram termasuk judi, pelacuran dan rumah urut.
Beliau percaya, kebanyakan kegiatan mencuri pasir juga didalangi gerakan sama atau kongsi gelap.
“Buktinya, ketika saya menjadi Menteri Besar dulu, hanya 700 lesen premis perjudian, siber kafe dan spa diberikan tapi kini mengikut perangkaan Majlis Keselamatan Negara, lebih 4,000 premis itu beroperasi secara haram di Selangor.
“Saya tidak menolak sebarang kemungkinan mengenai hubungan antara ahli politik dan gerakan bawah tanah atau kongsi gelap,” katanya selepas melancarkan Kad E-Amal U-Pay oleh Yayasan Bakti Khidmat Masyarakat Malaysia (YBKMM) di sini, semalam.
Katanya, lebih membimbangkan operasi haram itu bukan saja makin menjadi-jadi kebelakangan ini, malah terdapat di kawasan luar bandar dan kampung.
“Ini semua bukan saja mendatangkan pelbagai punca masalah sosial, malah mampu mengkucar-kacirkan keadaan sesebuah negeri.
“Justeru saya menyeru pihak berkenaan mengambil tindakan segera bagi menangani masalah itu daripada melarat pada masa akan datang,” katanya.
Dr Mohamad Khir turut mempersoalkan mengenai hasil jualan pasir di Selangor yang susut mendadak sejak perubahan tampuk kerajaan negeri itu
mymetro
SIAPA SEBENARNYA PEMECAHBELAH MASYARAKAT
Sejak diperintah oleh Pakatan Rakyat selepas pilihanraya umum ke 12, Mac 2008, Negeri Selangor telah mencatat banyak kejayaan yang tidak dapat ditandingi oleh negeri-negeri dibawah kerajaan Barisan Nasional.
Kejayaan ini tidak disenangi oleh kerajaan pusat, maka satu program untuk menjatuhkan kerajaan Negeri Selangor dibawah pimpinan Pakatan Rakyat dirancang.
“ICU atau Unit Penyelarasan Pelaksanaan di bawah Jabatan Perdana Menteri dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Persekutuan Negeri (JKTPNg) Selangor Darul Ehsan pada 26 Februari 2009 di Pejabat Pembangunan Negeri Selangor telah memutuskan Pelaksanaan Program “PEOPLE CENTRIC” di Negeri Selangor oleh Pejabat Pembangunan Negeri Selangor.”
1. Antara hala tuju dan matlamat keseluruhannya :
a) Bagi mengekalkan dan mengukuhkan persepsi/ tanggapan positif rakyat kepada Kerajaan Persekutuan,
b) Meningkatkan sokongan kepada rakyat kepada Kerajaan Persekutuan dengan meningkatkan imej dan kredibiliti pemimpin dan sekaligus “MENJATUHKAN IMEJ DAN KREDIBILITI PEMBANGKANG”
c) Memenangi Pilihanraya Umum ke-13 dengan majority dua pertiga di Parlimen; dan Barisan Nasional menawan kembali Negeri Selangor daripada Pembangkang
d) Untuk mengekalkan terus kesinambungan pemerintahan Kerajaan Persekutuan dibawah Barisan Nasional
2. KEAHLIAN TASK FORCE PEOPLE CENTRIC :-
I. PENGERUSI – Pejabat Pembangunan Negeri
II. KEAHLIAN –
· Majlis Keselamatan Negeri
· Jabatan Belia dan Sukan
· Jabatan Penerangan Malaysia Bahagian Jabatan Hal Ehwal Khas
· Jabatan Kemajuan Masyarakat
· Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
· SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR) !!!