Pray For MH370

Pray For MH370
Showing posts with label Projek CAR. Show all posts
Showing posts with label Projek CAR. Show all posts

BEKALAN TENAGA ELETRIK 6.5 JUTA ISI RUMAH DIGAGALKAN OLEH 20 KELUARGA

Projek CAR yang penuh kontroversi bernilai RM400 juta mampu membekalkan 6.5 juta isi rumah dengan tenaga eletrik sudah tertangguh sejak setahun lepas. TNB telah membelanjakan sebahagian besar daripadanya RM400 juta. Projek tidak dapat diteruskan ekoran bantahan 20 daripada 40 keluarga di Kampung Sungai Terentang Rawang. Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan penduduk. Sebanyak 98 peratus daripada projek itu berjaya disiapkan dan hanya tinggal dua peratus atau satu kilometer lagi yang masih tergendala. Kerajaan negeri akan membantu TNB mencari alternatif lain bagi menyiapkan projek.

*Penduduk Kg Terentang Rawang berjaya mengenepikan Notis bagi pelaksanan Projek CAR TNB

*Selangor Tubuh Jawatankuasa Tangani Masalah Pemberhentian Pekerja


Khalid berkata kerajaan negeri dimaklumkan bahawa Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan penduduk Kampung Sungai Terentang untuk mengenepikan notis kemasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi pelaksanaan projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) di Rawang.

"Mahkamah itu juga mengisytiharkan notis kemasukan yang dikeluarkan oleh TNB pada 21 Julai 2007 sebagai terbatal dan mengenakan satu injunksi terhadap TNB daripada memasuki kawasan tersebut dan membina menara elektrik," katanya.

Khalid berkata kerajaan negeri menghormati keputusan itu dan akan memberi kerjasama penuh kepada TNB untuk meneruskan projek CAR di laluan alternatif yang dikenal pasti sebelum ini.

Projek CAR yang bernilai RM400 juta dan sebahagian besar daripadanya sudah dibelanjakan oleh TNB, tidak dapat diteruskan ekoran bantahan 20 daripada 40 keluarga di Kampung Sungai Terentang.

Sebanyak 98 peratus daripada projek itu berjaya disiapkan dan hanya tinggal dua peratus atau satu kilometer lagi yang masih tergendala.

Projek tersebut kini hanya memerlukan penanaman empat menara jenis monopole (bertiang satu) sebelum tenaga elektrik dapat disalurkan kepada hampir 6.5 juta isi rumah, dan ia sudah tertangguh sejak setahun lepas.


Selangor akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi membincangkan cara-cara mengatasi masalah pemberhentian pekerja dalam negeri ekoran krisis semasa ekonomi global.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata jawatankuasa itu yang dipengerusikan oleh beliau sendiri, dengan anggotanya terdiri daripada beberapa exco kerajaan negeri dan wakil kesatuan sekerja yang berkaitan, yang akan bermesyuarat setiap minggu mulai 30 Januari ini.

"Penubuhan jawatankuasa itu bertujuan membuat kajian terperinci mengenai keadaan pasaran kerja di Selangor di samping merangka langkah-langkah bantuan bagi setiap pekerja yang diberhentikan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di pejabatnya di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini.
BERNAMA

21 Januari, 2009

Read More “BEKALAN TENAGA ELETRIK 6.5 JUTA ISI RUMAH DIGAGALKAN OLEH 20 KELUARGA”  »»

PROJEK BERMASALAH ERA BN KERAJAAN PAKATAN TERIMA KUTUKAN

Dakwaan DR Khir Toyo yang menyalahkan kerajaan negeri kerana melewatkan projek CAR adalah tidak benar sekali dan lebih dikesali kenyataan beliau mengandungi fakta yang salah dan mengelirukan. MB Selangor berharap Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi mengambil insiatif untuk berjumpa sendiri dengan masyarakat Kampung Sungai Terentang.


Projek CAR kenyataan Khir Toyo mengelirukan


Saidah Hairan / Harakahdaily


SHAH ALAM, 3 Dis (Hrkh) - Menteri Besar, Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim menyelar sikap Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo yang menyalahkan kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat terhadap masalah projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) di Kampung Sungai Terentang, Rawang.

Beliau menegaskan masalah Kampung Sungai Terentang itu bukan perkara baru dan ia boleh diselesaikan lebih awal jika kerajaan Umno-BN di bawah pimpinan Khir Toyo dulu mempunyai pentadbiran yang efisien dan profesional.

"Saya sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat tidak pernah melarang projek CAR oleh TNB daripada diteruskan," tegasnya dalam sidang media, selepas mesyuarat exco jam 2 petang, di tingkat 20 Shah Alam.

Menurut beliau, dakwaan Khir Toyo yang menyalahkan kerajaan negeri kerana melewatkan projek CAR adalah tidak benar sekali dan lebih dikesali kenyataan beliau mengandungi fakta yang salah dan mengelirukan.

Perlu dijelaskan katanya, usaha pengambilan tanah yang melibatkan jaluran asal sepertimana yang dipohon oleh TNB sudahpun dilakukan dan diwartakan oleh kerajaan Negeri.

Tambahan pula tegas beliau keputusan mahkamah mengenai permohonan TNB untuk memasuki tanah yang terlibat juga sudah diputuskan.

"Sekarang TNB dan kerajaan Pusat hanya perlu membuat rundingan dengan penduduk kampung Sungai Terentang bagi meneruskan projek tersebut, tegasnya.

Menurut beliau, rakyat sudah mengetahui bahawa Kerajaan Negeri telah mengadakan pertemuan bersama penduduk Kampung Terentang sebanyak enam kali termasuk lawatan ke kawasan tersebut.

Katanya, setelah mengambil kira pandangan semua pihak Kerajaan Negeri telah mencadangkan dua pilihan iaitu menanam kabel bawah tanah kerana ianya tdak langsung melibatkan pengambilalihan tanah dan membenarkan penduduk kampung terus tinggal di kawasan tersebut.

Selain itu tambah beliau menggunakan laluan alternatif yang tidak melibatkan ramai penduduk.

Beliau berkata, bagi usaha tersebut Kerajaan Negeri telah memulakan proses mewartakan laluan alternatif (melalui borang 5A di bawah sek 4, Akta Pengambilan Tanah) untuk menjimatkan masa proses pengambilan tanah.

Kerajaan Negeri katanya bersedia memberi taklimat mengenai perkara itu dan jika pihak TNB dan Kerajaan Pusat merasakan cadangan tersebut tidak sesuai Kerajaan Negeri tidak ada hak untuk menghalang mereka.

Bagaimanapun, tegas beliau Kerajaan Negeri akan terus membantu dan menjaga kebajikan penduduk dan berharap Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi mengambil insiatif untuk berjumpa sendiri dengan masyarakat Kampung Sungai Terentang supaya projek itu boleh berjalan dengan cara yang terbaik.

Read More “PROJEK BERMASALAH ERA BN KERAJAAN PAKATAN TERIMA KUTUKAN”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    10 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    10 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com