Pray For MH370

Pray For MH370
Showing posts with label SIDANG DUN SELANGOR. Show all posts
Showing posts with label SIDANG DUN SELANGOR. Show all posts

ISU TAULIAH BERCERAMAH DAN MEMBACA KHUTBAH DI SIDANG DUN SELANGOR

Setakat ini seramai 977 khatib yang bertauliah untuk "membaca" teks khutbah di Selangor. Laporan sepenuhnya di SINI

Menjawab pertanyaan mulut ADUN Bangi, Shafie Abu Bakar mengenai usaha untuk memudahkan pentauliahan dikeluarkan JAIS, Hasan Ali menjawab tiada jalan pintas untuk memperolehinya kerana prosedur yang ketat dan perlu melalui Jawatankuasa Khas.

Jawatankuasa Khas itu dipengerusikan oleh Pengarah JAIS yang juga merupakan setiausaha kepada Mais dan Timbalannya iailah Mufti kita yang berada dalam jawatankuasa tersebut.


Pengarah Jias, Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata pengecualian tauliah kepada mereka yang ingin mengadakan ceramah atau khutbah di Selangor hanya diberikan kepada golongan tertentu antaranya ulama, mufti negeri, jawatankuasa fatwa, hakim mahkamah atau pendaftar mahkamah syariah serta menteri atau exco yang bertanggungjawab dalam hal-ehwal agama Islam. Selanjutnya di SINI


"Tindakan Jais baru-baru ini tidak gambarkan seiring jalan antara kerajaan Pakatan Rakyat dengan Jais. Hari ini kita dianggap sama sahaja seperti pentadbiran (BN) dulu dengan menghalang dan menangkap ulama daripada berceramah." ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib berkata. Cerita sepenuhnya di SINI

Read More “ISU TAULIAH BERCERAMAH DAN MEMBACA KHUTBAH DI SIDANG DUN SELANGOR”  »»

KHIR TOYO SERAH SAMAN PADA ADUN SEKINCHAN DALAM DEWAN SELANGOR



Tindakan Khir Toyo Serah Saman Kepada Ng Dianggap Hina Dewan


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, hari ini menyifatkan mantan Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohammad Khir Toyo menghina Dewan Negeri Selangor kerana memberinya surat saman jam 12.30 tengahari tadi.

Ng yang ditemui selepas sesi pagi Sidang Dewan Negeri hari ini, berkata tindakan Khir Toyo itu juga tidak mengikut peraturan undang-undang.

Ng sudah melantik ADUN Kota Alam Shah, M.Manoharan sebagai peguamnya, berikutan pertelingkahan antara beliau dan Ketua Pembangkang itu, berhubung isu banglo Khir berharga RM24 juta.

Sebagai peguam kepada ADUN Sekinchan itu, Manoharan menasihatkan Ng agar tidak menerima surat saman tersebut kerana ada unsur ugutan.

Menurut Manoharan lagi ini merupakan satu penghinaan ke atas Ng.

Manoharan menegaskan tindakan Ng ini bukanlah kerana beliau takut terhadap dakwaan yang dibuat Khir Toyo, tetapi sekadar mengikut prosedur yang betul.

TVSELANGOR

Read More “KHIR TOYO SERAH SAMAN PADA ADUN SEKINCHAN DALAM DEWAN SELANGOR”  »»

VIDEO SIDANG DUN SELANGOR 17 MAC 2009


Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Selangor Ke-12 Tahun 2009


VIDEO DI SINI

Read More “VIDEO SIDANG DUN SELANGOR 17 MAC 2009”  »»

SIDANG DUN SELANGOR PENGGAL KEDUA MESYUARAT PERTAMA SELESAI



Ramai wakil rakyat pembangkang Selangor ponteng untuk hari terakhir Sidang DUN. Sebagai wakil rakyat, antara tanggungjawab mereka adalah membahaskan isu berkaitan rakyat di dalam dewan.

ADUN BN telah terbiasa bersidang tidak lebih dari tiga hari pada setiap kali mesyuarat persidangan DUN.

Sebanyak empat usul telah dibahaskan dan diluluskan serta satu usul tergempar telah dibahaskan.

MB Harap Adun BN Tingkat Disiplin




Tindakan sebilangan besar Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) yang tidak menyertai hari terakhir persidangan dewan undangan negeri hari ini dianggap tidak menunaikan tanggungjawab.

Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata sebagai wakil rakyat, antara tanggungjawab mereka adalah membahaskan isu berkaitan rakyat di dalam dewan.

“Saya harap (mutu) disiplin mereka ini mesti dipertingkatkan pada masa akan datang,” katanya dalam sidang media selepas persidangan Dun petang tadi.

Abdul Khalid berkata Adun Pakatan Rakyat (PR) telah menunjukkan kematangan dalam perbahasan sepanjang enam hari persidangan berlangsung.

Katanya, selain meluluskan Rang Undang-undang Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor 2009, persidangan kali ini turut meluluskan empat usul yang dibawa Adun PR.

Keempat-empat usul berkenaan ialah pertama, mengiktiraf kebebasan kerajaan negeri dan anak-anak syarikat membuat sumbangan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial kepada mana-mana pihak yang difikir sesuai, kedua menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat semua aduan rasuah dan salah guna kuasa secara meluas dan bebas berdasarkan merit tanpa memilih kes tertentu.

Usul ketiga ialah mendesak kerajaan persekutuan akur dan mengutamakan hak serta kepentingan rakyat Selangor dan Kuala Lumpur dalam rundingan pembelian semula pengurusan air dari syarikat-syarikat konsesi dan keempat ialah menggesa kerajaan negeri mengatasi keadaan ekonomi yang semakin merosot demi kepentingan rakyat.

Mesyuarat pertama penggal kedua kali ini turut membahaskan usul tergempar mengenai usaha Pejabat Pembangunan Negeri Selangor yang menjalankan program ‘People Centric’ untuk meningkatkan sokongan rakyat kepada kerajaan persekutuan dengan menjatuhkan imej dan kredibiliti pemimpin dan kerajaan negeri.

Mengulas mengenainya, Abdul Khalid berkata walaupun tindakan itu boleh dibuat oleh BN, tetapi ia adalah satu bentuk kesalahan tatatertib pegawai kerajaan yang tidak seharusnya berlaku.

“Menggunakan pegawai-pegawai yang dibayar (gaji) melalui cukai negara (untuk program) ini adalah satu kesalahan tatatertib,” katanya.

NOOR ALLIA KASSIM/ Selangorkini Online
-------------------------------------------------------------------------------------

Perbahasan rancak walaupun tiada wakil BN


Ketua Pembangkang dan Adun BN tiada kesungguhan untuk membela dan menjaga kepentingan penduduk di kawasan mereka apabila sebilangan besar Adunnya tidak hadir dalam sesi sepanjang perbahasan sidang DUN.

Ekoran itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, mereka tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Adun yang mesti hadir dalam sidang DUN.

Katanya, mereka mesti menerangkan dan membahaskan perkara- perkara yang dikemukakan dalam Dewan untuk menjaga kepentingan penduduk.

Bagaimanapun beliau berharap semua Adun BN termasuk Ketua Pembangkang perlu sensitif dengan masalah penduduk serta kesungguhan menghadiri sidang DUN perlu dipertingkatkan.

Sidang DUN yang berlangsung selama enam hari tujuh jam itu telah menjawab 34 soalan lisan, meluluskan satu Rang Undang-undang Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor dan empat usul.

Dalam pencapaian sidang DUN kali ini Khalid berbangga kerana hampir semua Adun membuat persediaan ketika mengutarakan soalan dan perbahasan.

Ini suatu petanda baik kerana katanya sidang DUN itu akan direkodkan untuk masa depan generasi akan datang bagi melihat dan menghayati perbincangan yang telah dilakukan.

"Walaupun saya bercakap sekarang tidak ada kumpulan pembangkang, ini bukan satu petanda yang tidak baik kerana ketika kerajaan BN mentadbir sidang DUN tidak pernah sampai tiga hari," katanya.

Beliau berkata, sidang DUN turut membahaskan usul tergempar yang diluluskan oleh Dewan iaitu usaha Pejabat Pembangunan Negeri Selangor yang ditubuhkan oleh kerajaan Pesekutuan menjalankan program `people centric'.

Katanya, program itu merupakan usaha kerajaan Persekutuan meningkatkan imej dan kredibiliti pimpinan BN sekaligus menjatuhkan imej dan kredibiliti kerajaan Pakatan Rakyat.

Tujuan perjumpaan itu juga tambah beliau untuk memenangi pilihan raya ke13 dengan majoriti 2/3 di Parlimen dan BN dapat menawan kembali negeri Selangor.

Beliau berkata, walaupun perkara itu boleh dilakukan oleh BN tetapi mereka telah menggunakan pegawai kerajaan dan ternyata ia merupakan satu kesalahan.

Saidah Hairan/ harakahdaily

Read More “SIDANG DUN SELANGOR PENGGAL KEDUA MESYUARAT PERTAMA SELESAI”  »»

KOS PENGAJIAN DI KUIS BANGI BERPATUTAN

Bayaran murah yang dikenakan untuk satu-satu produk atau perkhidmatan bukan bermakna produk atau perkhidmatan berkenaan berkualiti rendah.Hanya puak kapitalis sahaja yang mahu mengaut untung berlipat kali ganda secepat mungkin tanpa mengambil kira faktor-faktor lain kecuali kepentingan para pelabur.

Berteraskan konsep merakyatkan ekonomi Selangor serta negeri berkebajikan, Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) masih menawarkan kursus-kursus di peringkat diploma pada kadar bayaran yang berpatutan.

Kemudahan prasarana dan pembelajaran tidak diabaikan. Antara kemudahan dan kebajikan pelajar yang disediakan ialah kemudahan tempat tinggal pelajar atau asrama dan pangsapuri, masjid, tempat riadah, kemudahan WiFi yang meliputi di asrama dan pangsapuri, perpustakaan pintar, kemudahan pengangkutan pelajar, kemudahan makmal siber serta semakan status pelajar secara dalam portal.



Kos perbelanjaan di Kuis lebih murah

Yuran pengajian yang ditawarkan di Kolej Universiti Islam Selangor yang merupakan Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang diuruskan oleh kerajaan negeri Selangor lebih murah jika dibandingkan dengan IPT lain dalam negara.


Perkara ini ditegaskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang, Dr Halimah Ali yang menjawab pertanyaan lisan daripada Adun Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar yang ingin mengetahui perbandingan kos perbelanjaan di Kuis dengan IPT tempatan dalam bidang yang sama.

Menurut beliau, caj yuran yang dikenakan sangat berpatutan dan kompetitif jika dibandingkan dengan IPT awam dan swasta lain.

"Perbandingan yuran pengajian di Kuis dengan IPT awam dan swasta dengan nama kursus diploma teknologi maklumat dan multimedia, yuran di Kuis RM12,520, di Universiti Teknologi Mara pula sebanyak RM32,886.

"Oleh itu, di Kuis adalah lebih murah walaupun di UiTM diberi subsidi oleh kerajaan pusat sebanyak 96 peratus," katanya.

Manakala, Diploma Sains Komputer,

di

Kuis yuran RM12,325;

Kolej Risda Melaka, RM18,792;

Kolej Infometik, RM27,200;

Kolej Islam Antarabangsa Gombak, RM14, 260.

"Semua caj ini adalah mengambil kira kemudahan dan mutu pengajian tinggi yang memenuhi piawaian tempatan dan antarabangsa agar setanding dengan IPT awam dan swasta yang lain.

"Antara kemudahan dan kebajikan pelajar yang disediakan ialah kemudahan tempat tinggal pelajar atau asrama dan pangsapuri, masjid, tempat riadah, kemudahan WiFi yang meliputi di asrama dan pangsapuri, perpustakaan pintar, kemudahan pengangkutan pelajar, kemudahan makmal siber, status pelajar secara dalam portal," katanya.

Muhammad Arif Ismail/ mns / HARAKAHDAILY

Read More “KOS PENGAJIAN DI KUIS BANGI BERPATUTAN”  »»

SEJARAH BAKAL DICIPTA BILA DUN ADAKAN PENDENGARAN AWAM ISU BALKIS

Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) akan mengadakan pendengaran awam yang pertamanya bermula 23 hingga 31 Mac ini .

10 orang saksi akan dipanggil memberi penjelasan berhubung penajaan oleh anak-anak syarikat kerajaan negeri kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri wakil Rakyat Selangor (Balkis). Gambar kanan ialah Presiden BALKIS, Datin Seri Zahrah Kechik isteri kepada DS Dr Khir Toyo.

Selcat Bakal Adakan Pendengaran Awam Babitkan Isu Balkis



Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor bakal mencatat sejarah apabila Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) akan mengadakan pendengaran awam yang pertamanya bermula 23 hingga 31 Mac ini.

Speaker Dun Selangor, Teng Chang Khim berkata setakat ini seramai 10 orang saksi akan dipanggil memberi penjelasan berhubung penajaan oleh anak-anak syarikat kerajaan negeri kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis).

“Dalam siasatan atau pendengaran awam Selcat, tidak ada pesalah, tidak ada tertuduh, yang ada semuanya adalah saksi untuk membantu Selcat bagi menyemak dan mengenalpasti sama ada terdapat apa-apa kelonggaran ataupun kebocoran dalam sistem pentadbiran kerajaan,” katanya.

Antara yang akan dipanggil dalam siasatan itu ialah Yang Dipertua Balkis, Datin Seri Zahrah Kechik.

Beliau berkata setelah mendengar penjelasan daripada semua pihak, satu laporan akan dibentangkan di dalam persidangan Dun akan datang.

Jelasnya, Selcat hanyalah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh dewan untuk memantau pencapaian kerajaan.

Oleh itu sekiranya didapati ada ‘kelonggaran’, sebarang tindakan lanjut akan ditentukan oleh pihak eksekutif.

“Kami (hanya) akan buat cadangan dan terpulanglah pada pihak eksekutif sama ada menerima pandangan kami untuk memperbaikinya,” tambahnya.

Beliau menyifatkan pendengaran awam yang pertama kali diadakan di negara ini, sebagai satu pembaharuan dalam pengendalian siasatan melalui jawatankuasa Dun.

Teng berkata pendengaran awam itu akan disiarkan secara langsung menerusi laman web rasmi kerajaan negeri di www.selangor.gov.my.
NOOR ALLIA KASSIM/ Selangorkini online

Read More “SEJARAH BAKAL DICIPTA BILA DUN ADAKAN PENDENGARAN AWAM ISU BALKIS”  »»

KHIR BERI SEBAB KENAPA TAK DATANG SIDANG DUN

"Kita kecewa juga dengan kualiti perbahasan dan jawapan, saya tengok soalan yang saya tanya tidak dijawab. Jadi saya kecewa, kita hendak jawapan yang betul dan tidak retorik, ini banyak retorik." alasan yang diberi oleh Dr Khir tentang pembangkang sering "hilang".

"Kita mesti ada fokus. Dalam belanjawan kalau kita kata hendak menjadikan negeri kebajikan apa fokusnya," Hujah Dr Khir Toyo.

Dun Selangor: Jangan asyik salahkan kerajaan lalu - Khir Toyo

Saidah Hairan
Harakahdaily

SHAH ALAM, 31 Okt (Hrkh) - Ketua Pembangkang Dun Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo mengakui Belanjawan 2009 yang dibentangkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak semua berunsur retorik tetapi hanya tidak memberi fokus sepenuhnya manakala kerajaan Pakatan asyik menyalahkan kerajaan lalu (BN).

"Saya lihat tidak semuanya retorik. Kita mesti ada fokus. Dalam belanjawan kalau kita kata hendak menjadikan negeri kebajikan apa fokusnya," katanya ketika ditemui di lobi Dun.

Beliau mengakui sesi sidang Dun di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat memang panjang iaitu selama tujuh hari malangnya dakwanya tidak produktif dan tidak nampak usaha-usaha untuk menyelesaikan masalah kemiskinan secara tuntas.

Katanya, tidak ada usaha menambah baik kepada perkhidmatan PBT dan sebagainya sedangkan ini patut ditumpukan dan jangan banyak bermain dengan politik dengan menyalahkan kerajaan lalu (BN).

Mengulas kekecewaan pihak kerajaan di mana pembangkang sering tidak ada dalam dewan katanya; "Kita kecewa juga dengan kualiti perbahasan dan jawapan, saya tengok soalan yang saya tanya tidak dijawab. Jadi saya kecewa, kita hendak jawapan yang betul dan tidak retorik, ini banyak retorik."

Beliau mengatakan tidak ada suatu perkara baru yang diperolehi untuk duduk di sidang dewan sehingga habis sesi perbahasan.

Sepatutnya, tambah beliau, jawapan dan perbahasan dilakukan dengan baik bukan sindir menyindir menyebabkan satu pihak lain tidak begitu semangat untuk berada dalam perbincangan.

Beliau mahukan kerajaan Pakatan Rakyat memperbanyakkan program yang mengarah kebajikan dan merapatkan jurang pendapatan antara rakyat.

Katanya, pembentangan belanjawan tidak nampak pengkhususan tetapi timbul percanggahan antara belanjawan yang dibuat dengan dalam buku belanjawan.

Katanya, sebagai contoh, berhubung anugerah pelajar masuk universiti dalam buku belanjawan, peruntukannya RM10 juta tetapi dalam ucapan Menteri Besar mengumumkan RM8 juta.

Read More “KHIR BERI SEBAB KENAPA TAK DATANG SIDANG DUN”  »»

BN REPS IN SELANGOR BUSY WITH SOMETHING ELSE



The empty seats in the front row of the opposition bench only mean one thing, either

they are are not intersted in the affairs of the state or they are busy with something else.

Previous state assembly sittings were held over an average of four

days. There were very liitle to discuss or debate.

This session had been the longest-ever state assembly sitting in the history of the

state. The seven day sitting with six hours of extension, had been focused on

discussing the 2009 state budget and macro level implementations.

BN reps rapped for being absent from Selangor assembly

SUN2SURF
SHAH ALAM (oct 29, 2008) : The opposition in Selangor were today rapped by Sekinchan assemblyman Ng Suee Lim who called them "kaki ponteng" (truants) for being absent from the state assembly hearing.

Pointing at the empty seats in the front row of the opposition bench, he said: "Look Sungai Panjang (Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo), Seri Serdang (Datuk Mohamad Satim Diman), Sementa (Datuk Abdul Rahman Palil) and the rest are all missing."

"They must be tired and not used to the long hours put into discussing matters in the state," said Ng referring to the short state assembly sessions under the previous administration.

Ng had been the sole opposition leader in the Dewan in the past state administration when his colleague and then Sungai Pinang assemblyman and present state assembly speaker Teng Chang Khim was suspended for 30 days.

The DAP representative had been the target of teasing and jokes then but took his role as the sole opposition member seriously despite the mocking comments he had to face.

Ng who speaks fluent Malay and Javanese in gesturing towards the empty seat said: "We must tell people in Selangor to change these people."

They thought they would be here "dulu, kini dan selamanya" (in the past, the present and forever) but now it seems that they will be here "dulu, kini dan sampai sini sahaja" (in the past, the present, and ending now), he said.

One of the few Barisan Nasional (BN) assemblyman for Sungai Burong Datuk Mohd Shamsudin Lias stood up to defend his colleagues and asked Ng to check the attendance record saying that Ng’s comments were malicious.

Teng then told Mohd Shamsudin: "The facts are in front of you, no one in the front rows of the opposition have been present all day."

The absence of BN assemblymen had been brought up several times during this sitting especially by executive councilor for Islam and Malay affairs, and infrastructure and public amenities Datuk Dr Hassan Ali who lamented about having to talk to empty chairs on the opposition wing.

Read More “BN REPS IN SELANGOR BUSY WITH SOMETHING ELSE”  »»

ANUGERAH PENYAPU PANASKAN SIDANG DUN SELANGOR

Anugerah PENYAPU seolah-olah menjadikan kakitangan awam sebagai 'alat' yang boleh dimanipulasikan, digunakan untuk kerja "kotor" UMNO/BN, dinyahkan (dipindahkan/ ditahan pangkat/ dikotakkatikkan pada bila-bila masa sahaja.






\






Isu Anugerah Penyapu kembali hangat


Sinar Harian


SHAH ALAM Isu anugerah penyapu kepada kakitangan kerajaan negeri oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo kembali ‘bergegar’ pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Semuanya bermula selepas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Mohd Hassan Mohamed Ali melabelkan tindakan Dr. Khir itu sebagai tidak boleh diterima akal.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam juga berkata, anugerah tersebut seolah-olah menjadikan kakitangan awam sebagai 'alat' yang boleh dimanipulasikan.

Beliau berkata, perkara itu turut diakui Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang menyifatkan tindakan itu antara punca kakitangan awam menolak kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya lalu.

“Inilah punca YB (Dr Khir) berada di tempat sekarang (pembangkang),” katanya pada sesi perbahasan Bajet 2009, semalam.

Mohd Hassan bangkit membuat penjelasan selepas Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-Seri Setia) mencelah membangkitkan isu anugerah penyapu kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor, ketika Dr Khir membahaskan bajet tersebut.

Mohd Hassan (Pas-Gombak Setia) turut mendakwa kerajaan negeri BN telah melantik syarikat kontraktor yang dimiliki penyokong kuat UMNO untuk mengendalikan pembersihan sampah di hampir semua pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Kerana itulah mutu khidmat kontraktor ini begitu jelak. Mengapa orang politik diberi kontrak ini,” katanya yang mengaku mempunyai senarai nama kontraktor itu tetapi enggan mendedahkannya dengan alasan mahu menjaga maruah individu terbabit.

Mohd Hassan berkata, kerajaan Pakatan Rakyat akan memastikan kontraktor yang diberi kontrak pembersihan pada masa akan datang diwajibkan mendaftar menerusi Sistem Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) selain bukan di kalangan orang politik.

“Kita akan pastikan syarikat kontraktor yang mempunyai hubungan secara langsung atau ada kaitan dengan orang politik tidak diberi kontrak pembersihan,” katanya.

Cerita HADIAH PENYAPU DI [SINI] dan [SINI]

Read More “ANUGERAH PENYAPU PANASKAN SIDANG DUN SELANGOR”  »»

BERITA DAN PERISTIWA MENARIK DI SIDANG DUN SELANGOR

Berita ringkas yang hangat dan menarik yang berlaku di Sidang DUN Selangor bagi mereka yang tidak sempat melayari www.selangor.gov.my



*Ketua Pembangkang bahas satu jam bukti ketelusan kerajaan baru


*Pemecatan Razali tiada kaitan politik



*Amaran 'gantung' melenyapkan berang Adun Sementa


*Tuduhan rasuah Azmin saman Adun Sg Burong


Layari [SINI], {SINI} , (SINI) dan <SINI>

Read More “BERITA DAN PERISTIWA MENARIK DI SIDANG DUN SELANGOR”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    10 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    10 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com