Pray For MH370

Pray For MH370

TEGAS, ADIL DAN BERHEMAH: SIMBOL KEKUATAN PDRM

Ucapan Tahniah dan Syabas ditujukan kepada PDRM serta sekalung penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga buat warga PDRM, termasuk pasangan dan ahli keluarga mereka sempena Sambutan Hari Polis Ke-201 yang berlangsung pada 25hb Mac 2008. PDRM telah berjaya menerobos ke tahap yang lebih tinggi apabila melancarkan slogan dan cogan kata lencana yang baru bagi menggantikan yang masing-masing telah diperkenalkan pada 1999 dan 2005. Slogan baru Tegas, Adil dan Berhemah menggantikan Mesra, Cepat dan Betul sementara cogan kata Integriti Amalan Kita menggantikan Saya Antirasuah.

Menurut Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara, seperti yang dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia bertarikh 26hb Mac 2008 , " perubahan itu bertujuan antara lain untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anggota serta pegawainya agar lebih sensitif terhadap hak rakyat dan pada masa yang sama berlaku adil kepada semua pihak. "

Tan Sri Musa juga dilaporkan berkata bahawa " slogan ini amat penting untuk mengingatkan anggota agar menjalankan tugas dengan tegas tetapi tanpa menggunakan kekerasan sebaliknya komited dalam menguatkuasakan undang-undang."

Tambah beliau lagi, " slogan baru juga bertujuan membina kekuatan rohani pegawai dan anggota Polis supaya mereka mempunyai kawalan terhadap diri sendiri dalam menjalankan tugas masing-masing."

Beliau juga menyebut bahawa " PDRM mesti menghayati maksud slogan tersebut untuk memperbaiki tahap kecekapan masing-masing dan keberkesanan setiap tindakan serta keputusan yang diambil."

Tan Sri juga berkata" persepsi masyarakat juga diharap akan berubah menjadi positif apabila setiap tindakan dan keputusan dapat diperakui dengan menjadikan slogan baru sebagai kayu pengukur tahap berhemah pasukan Polis."

Manakala lencana berwarna perak dan biru yang membawa cogan kata Integriti Amalan Kita merupakan tunjang perjuangan PDRM dalam usaha menerapkan nilai-nilai murni dan beretika ketika melaksanakan tugas.

Comments :

0 comments to “TEGAS, ADIL DAN BERHEMAH: SIMBOL KEKUATAN PDRM”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com