
Apa juapun, pencegahan lebih baik dari pengubatan. Cegah sebelum kena.
Banyakkan berdoa untuk dilindungi ALlah dari musibah dan 'aib.
Jika berhadapan dengan situasi cemas seperti yang dialami wanita dalam laporan Metro di bawah, anda jangan gugup, panik atau hilang "akal".
Pertama dan utama, gunakan suara garang dan kasar anda untuk bertempek sekuat-kuat hati.
Cepat-cepat lihat atau nilai sekeliling anda untuk sebarang bentuk perkakas, alat atau senjata seperti kayu, batu-pasir dan lain-lain.
Elakkan tempat yang sunyi dan gelap. "Laluan pintas" seperti bawah jambatan, jejantas dan sebagainya mungkin tempat bersembunyi penagih dadah atau peragut. Jangan terlalu asyik dengan bercakap dalam telefon bimbit, mencari kunci kereta dalam beg tangan atau memikirkan masalah peribadi hingga tidak "sedar" apa yang berlaku dalam persekitaran anda. Jangan lupa bawa payung, wisel, atau barang yang boleh digunakan sebagai senjata.
Tendang kemaluan elak dirogol
Demi menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa rogol, seorang wanita yang teruk dibelasah menendang kemaluan suspek yang cuba merogolnya menyebabkan lelaki itu melarikan diri.
Difahamkan mangsa berusia 26 tahun turut memukul suspek menggunakan payung yang dibawa.
Kejadian jam 8.30 pagi Khamis lalu, di laluan pejalan kaki di Bulatan Pahang, mangsa seorang tukang cuci dalam perjalanan ke tempat kerja di Kampung Baru tidak menyangka tiga lelaki yang mengekorinya berniat jahat.
Seorang daripada suspek menghampiri dan mencekik sambil mengarahkan mangsa tidak membuat bising.
Menurut sumber, suspek merampas beg tangan mangsa untuk mencari barang berharga dan wang, tetapi hampa kerana tiada barang berharga ditemui.
“Suspek cuba mencium mangsa, tetapi ditolak wanita terbabit menyebabkan lelaki itu berang dan menghempas mangsa ke dinding sebelum menampar dan menumbuk muka berkali-kali,” katanya.
Melihat mangsa tidak bermaya, suspek cuba memperkosanya, bagaimanapun wanita itu sempat menendang kemaluan lelaki terbabit.
Stop Your Attacker With A Self Defense Groin Kick
In today's situations you often find many criminals who may attack anyone with wrong intentions like to rob something, to show their power, to create fear, to abuse someone or even to kidnap and rape you.
You can\'t guess what is going on in the criminal brains of such psychics who may assault you wherever and at anytime. The local public is hardly going to help you, please do not expect them to come in front to protect you, they love their lives just like we do. We are not living in the world of superman, spiderman, cicakman or batman who may come to your rescue.
So it is sensible to know to save and secure yourself from these heartless attackers. There are many self defense techniques that aid you to a great extent. You might try and brawl back on the assailant by giving him a punch or a severe blow on his face, but keep in mind you are a normal human being, not a super star or a Hollywood hero.
You can take a pepper spray and spray it promptly on the attacker\'s eyes, these pepper sprays or perfume sprays are really useful for the women who are physically weak to fight against these muscular attackers. But the fantastic self defense method is to kick hard on the groin region of the assailant. When he gets a kick on the groin region he falls to a great extent where he starts shivering with tenderness. Now you can take a good chance of this situation and run for your safety.
Well your martial art classes where you have learnt Kung-fu, Judo-Karate can aid you during this critical period to protect you from assailants. Your trainer who has trained you to fight successfully for your security usually tells you about the places which can be attacked that causes the attacker to fall and you take the advantage of this.
For a man the groin region is the most sensitive organ of the body and it is highly sensitive, so when you kick on the groin the assailant will loose his balance and senses shivers in his whole body, and that is a fantastic technique to protect you from these brutal giants.
Thus the women can definitely protect her is she gives a severe hit on the groin region of the assailant. You need to use your common sense and act spontaneously to brawl against the attackers. When the assailants come closer to you and cluth your shoulders or any part of your body and you are confident enough that your boot will strike him on his groin perfectly, collect your vigor and with all your energy kick him hard on his groin region. His groins are very delicate and cause tremendous pain because of which his hold on you becomes loose and you get an opportunity to flee.
But to give him a severe kick on his groin you should be confident that you will strike him on the exact spot and so hard that it will give you an opportunity to run away, as this will be your ultimate and final opportunity to save yourself. Women have to live in this world where they have to step out of their houses to earn an earning. They may often face the assailants who assault with some dirty notions in their mind. so women need to be trained enough so that they can save themselves.
GUNA AKAL ELAK JADI MANGSA ROGOL
ZALIM, GANAS, BENGIS, BRUTAL: ATASI DENGAN .....



MELEMBUTKAN HATI ORANG YANG ZALIM ATAU PEMBESAR
Sekiranya kita berhadapan dengan pembesar atau individu yang suka membuat aniaya atau sewenang-wenangnya menindas dengan pekerja bawahannya maka untuk menghalang mereka daripada terus bersikap sedemikian dan melembutkan hati mereka maka bolehlah diamalkan amalan berikut.:
1) Berdepan dengan mereka dengan tenang
2) Ayat berikut hendaklah dibaca ketika sedang berdepan dengan mereka.
3) Adalah lebih baik ketika berdepan itu berada dalam keadaan bersih dan berwudhuk.
بسم الله الرحمن الرحيم
الله ربّنا وربكم لنا أعمالنا ولكم أعمالكم لا حجة بيننا وبينكم الله يجمع بيننا وإليه المصير (الشورى 15)
Asyuura: 15
MENGADAP ORANG GARANG DAN BERPANGKAT
Untuk mengadap orang tertentu terutama jika orang itu berpangkat atau garang maka lakukan tindakan seperti berikut :
1) Duduk dulu didalam rumah sebelum melangkah.
2) Bayangkan wajah orang yang akan ditemui itu seakan-akan berada dihadapan.
3) Baca “Bismillah tujuh” ia juga dikenali “Bismillah enam”
بسم الله الرحمن الرحيم
بسم الله السميع البصيرالذي ليس كمثله شئ وهو بكل شئ عليم
بسم الله الخلاَّق العليم الذي ليس كمثله شئ وهوالفتًّاح العليم
بسم الله الذي ليس كمثله شئ وهو العليم الخبير
بسم الله الذي ليس كمثله شئ وهو العليم القدير
بسم الله العزيز الكريم الذي ليس كمثله شئ وهو العزيز الكريم
بسم الله الغفور الرحيم الذي ليس كمثله شئ وهو الغفور الرحيم
Setelah selesai membacanya hembuskan kepada wajah orang yang dibayangkan tadi
4) Melangkah menemui orang itu.
APABILA BERHADAPAN DENGAN ORANG YANG PANAS BARAN
Apabila hendak berhadapan dengan seseorang yang mempunyai sikap kasar seperti panas baran, maka sebelum berangkat sehinggalah menemuinya hendaklah melakukan amalan berikut :
1.Surah An-Nisa’ ayat 84 sebanyak 3 kali :
عسى الله أن يكف بأس الذسن كفروا والله أشدُّ بأسا وأشدُّ تنكيلا
2. يا حفيظ يا سلام
Sumber http://fadhlibrahim.blogspot.com/
Amalan Tambahan:
1. Asmaul Khusna: " ArRazzaqu " bermaksud yang sangat memberi rezeki
Mengekalkan berzikir dengan Asma' di atas sehingga bersemuka dengan orang yang ditakuti atau pembesar yang mana bantuan diperlukan.
2. Membaca Basmallah sebanyak 50 X di hadapan inidvidu yang bengis
(Rujukan: Hajat untuk Rawatan, Pelindung dan Doa m.s 10 Susunan Ust Muhd Abd Ghani darul Nu'man)
3. Beramal dengan Ayat Tujuh, iaitu ayat-ayat yang terdapat dalam surah-surah berikut: (Rujukan: Hajat untuk Rawatan, Pelindung dan Doa m.s 173-177 Susunan Ust Muhd Abd Ghani Darul Nu'man)
(1) At Taubah : 51
(2) Yunus :107
(3) Hud : 6
(4) Hud : 56
(5) Al Ankabut : 60
(6) Al Faathir : 2
(7) Az Zumar : 38
4. Doa Pelembut seperti yang dinukilkan oleh Dato' Dr Harun Din et al Doa & Rawatan Penyakit (ii) Percetakan Watan m.s 124 - 129
(1). Al Fatihah (1 X)
(2). Selawat Syifa'
(3). Surah Al Hasyr : 21 - 24 (1 X)
(4). Thaahaa : 1 - 5 ( 1 X)
YA ALLAH 'AFIATKAN DAKU, PANJANGKAN UMURKU, TUNJUKKANLAH DAKU JALAN .......

Setiap kali ketika membaca doa duduk antara dua sujud, doa qunut solat subuh (bagi yang membacanya), doa selepas solat sama ada secara bersendirian atau berjamaah, di majlis zikir dan tahlil serta waktu-waktu kita berdoa menggunakan doa yang telah disusun, kita akan memohon ke Hadhrat ALlah 'Azza Wajalla agar dikurniakan kesihatan yang baik serta dipanjangkan umur.
Pernahkan terfikir atau terlintas untuk kita memohon agar diberi petunjuk jalan, kaedah serta cara bagaimana untuk mendapatkan kesihatan yang baik serta umur yang panjang? Terdapat banyak hadith Ar Rasul menyuruh kita agar berdoa walaupun sekadar menyatakan terdapat lubang di selipar atau kasut.
Dikutip dari buku "Pendinding Mukmin" nukilan Idrus H. Alkaf terbitan Darul Nu'man, Ar Rasul saw ada menganjurkan kita berdoa seperti doa Nabi Daud a.s yang bermaksud
"Ya ALlah aku memohon kepadaMU kecintaanMU, dan kecintaan orang-orang yang
mencintaiMU, dan aku memohon kepadaMU, amalan perbuatan yang dapat
meyampaikan aku kepada kecintaanMU..."
ALlah SAW telah berfirman yang bermaksud:
"Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKU nescaya akan AKU perkenankan bagi
kamu. Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri dari menyembahKU akan masuk neraka
jahannam dalam keadaan hina dina" Surah Al Mukmin:60. Lihat juga 2:186 ; 7:55; 27:62 ; 6:17.
17:110 ; 7:180

Maka jelaslah kita bahawa saranan untuk berdoa dalam semua hal yang dihajati, yang diperlukan, yang ditakuti, yang diimpikan, yang disukai dan sebagainya hendaklah kita jadikan budaya dalam hidup kita sekeluarga, bermasyarakat dan bernegara.
Tidak hairanlah kita kenapa PAS kerap menganjurkan solat hajat bagi tujuan tertentu sebagai satu ibadah dan demonstrasi (unjuk rasa dalam bahasa Indonesia) kita kepada ALlah Raja segala raja dan Penguasa di atas segala penguasa yang mana ubun-ubun mereka semua Allah yang memegangnya.
Dalam Al Musnad Imam Ahmad meriwayatkan sebuah hadith yang yang diriwayatkan dari Abu Bakar, berkata Abu Bakar bahawa Rasulullah telah bersabda:
maksudnya " Memohonlah kamu keyakinan dan kesihatan. Tiada
nikmat yang diberikan ALlah kepada seseorang sesudah keyakinan yang lebih baik dari
kesihatan"
Ada di antara Ulama' terdahulu yang menafsirkan ayat 8 surah AtTakaathur bermaksud
" Kemudian pada hari itu kamu akan ditanya tentang nikmat" adalah nikmat kesihatan.
Seperti hadith riwayat Tirmidhi dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah telah bersabda
bermaksud " Pertanyaan pertama yang diajukan kepada seorang hamba di Hari Kiamat
ialah bukankah sudah Kami beri kepada kamu tubuh kamu yang sihat dan Kami beri kamu
air yang dingin".
Terdapat dalam Al Musnad dan As-Sunan, dari Abu Khuzaimah dia berkata:
Maksudnya: " Aku berkata: Ya Rasulullah! Apa pendapatmu dengan Ruqaya (jampi dari Al
Quran) yang kita lakukan dan ubat yang kita makan ataupun pantang larang yang kita
jauhi, apakah itu dapat menolak ketentuan (Qadar) ALlah? Rasulullah menjawab: bahkan
itu juga termasuk Qadar ALlah"
Rasulullah saw telah menunjukkan kepada kita beberapa cara atau kaedah mencegah
penyakit berjangkit khususnya penyakit kusta (leprosy) dan taun (cholera) dalam
hadith baginda:
" Larilah dari penyakit kusta sebagimana kamu lari dari singa"
" Janganlah sekali-kali orang yang sakit dikesampingkan dekat dengan orang yang
sihat"
Konsep karantina atau pengasingan seperti dalam hadith merupakan cara mencegah penyakit berjangkit yang ditunjukkan oleh Ar Rasul saw.
Diriwayatkan dari Amir bin Saad bin Abu Waqash dari ayahnya bahawa Rasulullah suatu ketika terlibat dengan perbincangan mengenai penyakit taun. Rasulullah berkata:
maksudnya:
"Bila kamu mendengar tentang penyakit taun di suatu daerah, maka janganlah kamu
memasuki daerah itu, dan bila penyakit itu merebak di suatu daerah di mana kamu
sedang berada di sana, maka janganlah kamu keluar dari daerah itu untuk
menghindar dari penyakit itu".
Dalam sejarah Islam disebut bahawa Umar AlKhattab ingin melawat Amwas sebauh bandar di Syria di mana terdapat wabak penyakit taun. Lalu Umar telah menunda lawatannya. Maka berkatlah Abu Ubaidah bin Jarrah kepada Umar:
" Ya Amirul Mukminin! Apakah kamu mahu lari dari takdir ALlah Ta'ala?" Umar
menjawab: "Kalau orang lain yang berkata demikian, wahai Abu Ubaidah... Ya! Kita
lari dari Takdir ALlah untuk menuju ke Takdir ALlah juga......."
Dalam entri selanjutnya kita akan membincangkan tajuk-tajuk seperti:
- Anti-penyakit atau anti-penuaan (awet muda) , yang mana satu
- aspek pencegahan gangguan / penyakit yang menjadi pembunuh rakyat Malaysia dari pelbagai kumpulan umur
- Pencegahan penyakit yang menyebabkan kemasukan ke hospital
- Mengenali musuh anda ? nyamuk aedes aegypti
- Kanser, bolehkah ia dicegah
- Dan lain-lain
Read More “YA ALLAH 'AFIATKAN DAKU, PANJANGKAN UMURKU, TUNJUKKANLAH DAKU JALAN .......” »»
MEMBESARKAN ANAK PERLU KEWASPADAAN, BERHEMAH, KETERBUKAAN DAN DOA

Ucapan Takziah kepada keluarga Akbar Ali-Shahita Banu dan Puan Letchemey (seorang ibu tunggal) yang masing-masing ditimpa musibah anak mati lemas seperti dilaporkan dalam Metro keluaran 26/01/09.
Sebagai renungan kita bersama, mendidik, memelihara, membesar dan menyekolahkan anak adalah proses-proses yang antara lain perlu ilmu, kesabaran, hemah yang tinggi, sifat cemburu, darjah kewaspadan yang tinggi dan memerlukan banyak doa memohon keselamatan serta kejayan anak-anak.
Menasihati anak-anak (bukan berleter) serta mengingatkan mereka tentang keselamatan diri amatlah penting. Pulang ke rumah pada larut malam atau pergi ke kedai seorang diri pada malam hari untuk seorang pelajar perempuan belasan tahun mempunyai risiko yang amat tinggi. Terdapat anak-anak gadis yang kurang "matang" dalam aspek menjaga keselamatan dan maruah diri.
Anak-anak lelaki tingkatan empat dibelikan motosikal baru sebagai hadiah PMR, terlibat dengan perlumbaan haram atau menunggang tanpa lesen memandu atau topi keledar dan akhirnya maut pada suatu kemalangan jalan raya, siapa yang harus dipersalahkan.
Sifat anak-anak kecil yang suka meneroka dan mencuba perlu dikekang atau dipantau sepanjang masa. Ceritakan pada mereka keburukan dan natijah yang boleh menimpa jika melakukan sesuatu seperti bermain mercun atau cuba "terbang" seperti cicakman atau spiderman.
Akhir sekali, ingatlah anakmu dalam doamu.
Tragedi cuti kali keempat
Keluarga ini sudah tiga kali berkunjung ke Pulau Besar dekat sini untuk bercuti, namun lawatan keempat kelmarin membawa tragedi menyayatkan hati-Asiq, 7 dan Firdaus, tiga tahun setengah ditemui lemas di kolam takungan sedalam dua meter di pulau berkenaan.
Shahita Banu dan suaminya, seorang pemandu teksi, Akbar Ali Habib Rahmatulah Khan, 34, yang menetap di Taman Chempaka, Ampang, Selangor, berkunjung ke Pulau Besar bersama empat anaknya, datuk serta nenek mereka dan seorang saudara lelaki.
‘Ombak besar pukul kami’
Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa yang lemas ialah Nettiah Sunthiramogan, 17, adik perempuannya, Prasanah, 16, adik lelaki, Ganeswaran, 10, manakala seorang lagi anak lelaki keluarga itu, S Gopi, 14, masih hilang.
“Kami sampai di pantai kira-kira jam 11.10 pagi. Selepas berehat sebentar, kami berlima bermain air di tepi pantai. Bagaimanapun, tiba-tiba ombak datang menyebabkan mereka hanyut dan saya sempat memegang tangan Gopi serta Ganeswaran dan berdiri di atas batu.
Ketua Polis Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot, berkata tiga mayat mangsa ditemui kira-kira 50 meter dari tempat kejadian selepas 45 minit operasi mencari dan menyelamat dilakukan polis dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Sementara itu, Letchemey yang juga ibu tunggal, sukar menerima hakikat tiga daripada empat anaknya meninggal dunia.
Sumber Harian Metro Online



