Pray For MH370

Pray For MH370

YA ALLAH 'AFIATKAN DAKU, PANJANGKAN UMURKU, TUNJUKKANLAH DAKU JALAN .......

Setiap kali ketika membaca doa duduk antara dua sujud, doa qunut solat subuh (bagi yang membacanya), doa selepas solat sama ada secara bersendirian atau berjamaah, di majlis zikir dan tahlil serta waktu-waktu kita berdoa menggunakan doa yang telah disusun, kita akan memohon ke Hadhrat ALlah 'Azza Wajalla agar dikurniakan kesihatan yang baik serta dipanjangkan umur.

Pernahkan terfikir atau terlintas untuk kita memohon agar diberi petunjuk jalan, kaedah serta cara bagaimana untuk mendapatkan kesihatan yang baik serta umur yang panjang? Terdapat banyak hadith Ar Rasul menyuruh kita agar berdoa walaupun sekadar menyatakan terdapat lubang di selipar atau kasut.

Dikutip dari buku "Pendinding Mukmin" nukilan Idrus H. Alkaf terbitan Darul Nu'man, Ar Rasul saw ada menganjurkan kita berdoa seperti doa Nabi Daud a.s yang bermaksud

"Ya ALlah aku memohon kepadaMU kecintaanMU, dan kecintaan orang-orang yang

mencintaiMU, dan aku memohon kepadaMU, amalan perbuatan yang dapat

meyampaikan aku
kepada kecintaanMU..."

ALlah SAW telah berfirman yang bermaksud:

"Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKU nescaya akan AKU perkenankan bagi

kamu. Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri dari menyembahKU akan masuk neraka

jahannam dalam keadaan hina dina" Surah Al Mukmin:60. Lihat juga 2:186 ; 7:55; 27:62 ; 6:17.
17:110 ; 7:180

Maka jelaslah kita bahawa saranan untuk berdoa dalam semua hal yang dihajati, yang diperlukan, yang ditakuti, yang diimpikan, yang disukai dan sebagainya hendaklah kita jadikan budaya dalam hidup kita sekeluarga, bermasyarakat dan bernegara.

Tidak hairanlah kita kenapa PAS kerap menganjurkan solat hajat bagi tujuan tertentu sebagai satu ibadah dan demonstrasi (unjuk rasa dalam bahasa Indonesia) kita kepada ALlah Raja segala raja dan Penguasa di atas segala penguasa yang mana ubun-ubun mereka semua Allah yang memegangnya.

Dalam Al Musnad Imam Ahmad meriwayatkan sebuah hadith yang yang diriwayatkan dari Abu Bakar, berkata Abu Bakar bahawa Rasulullah telah bersabda:

maksudnya " Memohonlah kamu keyakinan dan kesihatan. Tiada

nikmat yang diberikan ALlah kepada seseorang sesudah keyakinan yang lebih baik dari

kesihatan"

Ada di antara Ulama' terdahulu yang menafsirkan ayat 8 surah AtTakaathur bermaksud

" Kemudian pada hari itu kamu akan ditanya tentang nikmat" adalah nikmat kesihatan.

Seperti hadith riwayat Tirmidhi dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah telah bersabda

bermaksud " Pertanyaan pertama yang diajukan kepada seorang hamba di Hari Kiamat

ialah bukankah sudah Kami beri kepada kamu tubuh kamu yang sihat dan Kami beri kamu

air yang dingin".


Terdapat dalam Al Musnad dan As-Sunan, dari Abu Khuzaimah dia berkata:

Maksudnya: " Aku berkata: Ya Rasulullah! Apa pendapatmu dengan Ruqaya (jampi dari Al

Quran) yang kita lakukan dan ubat yang kita makan ataupun pantang larang yang kita

jauhi, apakah itu dapat menolak ketentuan (Qadar) ALlah? Rasulullah menjawab: bahkan

itu juga termasuk Qadar ALlah"


Rasulullah saw telah menunjukkan kepada kita beberapa cara atau kaedah mencegah

penyakit berjangkit khususnya penyakit kusta (leprosy) dan taun (cholera) dalam

hadith baginda:

" Larilah dari penyakit kusta sebagimana kamu lari dari singa"

" Janganlah sekali-kali orang yang sakit dikesampingkan dekat dengan orang yang

sihat"


Konsep karantina atau pengasingan seperti dalam hadith merupakan cara mencegah penyakit berjangkit yang ditunjukkan oleh Ar Rasul saw.


Diriwayatkan dari Amir bin Saad bin Abu Waqash dari ayahnya bahawa Rasulullah suatu ketika terlibat dengan perbincangan mengenai penyakit taun. Rasulullah berkata:

maksudnya:

"Bila kamu mendengar tentang penyakit taun di suatu daerah, maka janganlah kamu

memasuki daerah itu, dan bila penyakit itu merebak di suatu daerah di mana kamu

sedang berada di sana, maka janganlah kamu keluar dari daerah itu untuk

menghindar dari penyakit itu".

Dalam sejarah Islam disebut bahawa Umar AlKhattab ingin melawat Amwas sebauh bandar di Syria di mana terdapat wabak penyakit taun. Lalu Umar telah menunda lawatannya. Maka berkatlah Abu Ubaidah bin Jarrah kepada Umar:


" Ya Amirul Mukminin! Apakah kamu mahu lari dari takdir ALlah Ta'ala?" Umar

menjawab: "Kalau orang lain yang berkata demikian, wahai Abu Ubaidah... Ya! Kita

lari dari Takdir ALlah untuk menuju ke Takdir ALlah juga......."

Dalam entri selanjutnya kita akan membincangkan tajuk-tajuk seperti:

  1. Anti-penyakit atau anti-penuaan (awet muda) , yang mana satu
  2. aspek pencegahan gangguan / penyakit yang menjadi pembunuh rakyat Malaysia dari pelbagai kumpulan umur
  3. Pencegahan penyakit yang menyebabkan kemasukan ke hospital
  4. Mengenali musuh anda ? nyamuk aedes aegypti
  5. Kanser, bolehkah ia dicegah
  6. Dan lain-lain



Comments :

0 comments to “YA ALLAH 'AFIATKAN DAKU, PANJANGKAN UMURKU, TUNJUKKANLAH DAKU JALAN .......”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com