Pray For MH370

Pray For MH370

KENYATAAN BERSAMA ADUN DAN AP PAKATAN RAKYAT SELANGOR

VIDEO

Read More “KENYATAAN BERSAMA ADUN DAN AP PAKATAN RAKYAT SELANGOR”  »»

HAK PRIVASI DAN SALAH LAKU MORAL: KES ELI WONG

Video 1 Bersama YB Zuraidah dan Dr Halimah




Video 2 Bersama YB Zuraidah dan Dr Halimah



Video 3 Bersama Dr Lo'Lo'

Read More “HAK PRIVASI DAN SALAH LAKU MORAL: KES ELI WONG”  »»

JANGAN KORBANKAN KHALID IBRAHIM DEK KERANA 46 EKOR LEMBU



Parti Semangat 46 telah terkubur. UMNO Baru juga akan terkubur jika meneruskan dasar perjuangan yang ada sekarang.

Jangan korbankan atau kuburkan sumbangan yang mampu dibuat oleh Tan Sri Khalid dengan hanya ankara 46 ekor lembu yang telah menjadi darah, daging, najis dan tanah. Puak-puak yang menjadi dalang serta tali barut dalam kes ini wajar memohon maaf kepada Khalid dan bertaubat nasuha serta rasa kesal lantas berikrar tidak akan mengulangi perbuatan durjana mereka. Di manakah perginya kewarasan aqal fikiran, keluhuran budi pekerti dan ketakwaan kepada Ilahi?


Kalau setakat Khalid nak derma 46 ekor lembu kepada fakir miskin mana-mana Dr Gigi akan kata **** gigi. Lebih dari itupun dia mahu dan mampu. Duit dia makan tak habis bergenerasi. Sebab nak menyumbang kepada masyarakat Malaysia khususnya dan dunia amnya maka Tan Sri Khalid berada di tempatnya sekarang. Jikalau ikut naluri kebinatangan (khususnya kelembuan), buat apa susah-susah, duduk sahaja di Masjidil Haram di Mekah atau Masjid Nabawai di Madinah sepanjang tahun bilang buah tasbih kan senang. Pergi balik masjid, derma seriyal dua dekat budak-budak Afrika bangsa Habsyi (bukan ketua UMNO Bandar Tun Razak) yang berkeliaran menadah tangan meminta bantuan.

Kalau di Malaysia, hantar pisang sesikat dua ke masjid pada hari Jumaat atau buat kenduri sikit setelah menjemput orang masjid.

Tetapi itu bukan cara dan gaya seorang Muslim, pergi balik masjid, tak peduli apa yang berlaku kepada masyarakat sekeliling, perut sendiri kenyang tetapi orang keliling kelalang kebuluran.

"Barangsiapa yang tidak mempedulikan hal saudaranya, ia bukan dari golonganku" maksud sabda Rasulullah.

"Barangsiapa yang tidak pernah berjihad atau tidak pernah berniat untuk berjihad, sekiranya ia mati, maka mati dalam jahilliyah" maksud sabda nabi saw.

Malah ada sahabat yang mengatakan debu yang ada pada tapak kaki kuda yang digunakan untuk berjuang serta berjihad fi sabilillah adalah lebih mulia dari mereka-mereka yang duduk beribadat di masjid semata-mata. Walluhu'alam.

Pemuda Pakatan Rakyat Buat Laporan Terhadap KP SPRM


Pergerakan Pemuda Pakatan Rakyat Selangor hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Ahmad Said Hamdan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan yang berniat jahat terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di Seksyen 11 di sini pada pukul 1.30 tengahari tadi oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan Selangor Khairul Anuar Ahmad Zainudin dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor Kamal Ashari.

Khairul Anuar berkata kenyataan Ahmad Said bahawa terdapat bukti kukuh untuk SPRM mendakwa Abdul Khalid berhubung dakwaan salahguna kuasa mengenai sumbangan 46 ekor lembu korban di Bandar Tun Razak dan penyenggaraan kenderaan peribadinya, berniat niat jahat dan merosakkan reputasi Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

Beliau berkata Pemuda Pakatan Rakyat percaya kenyataan Ahmad Said itu melanggar tatacara SPRM dan undang-undang kerana mendedahkan maklumat dalam kertas siasatan kepada media sebelum pendakwaan dibuat.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata laporan polis terhadap Ahmad Said akan dibuat di 36 tempat di seluruh negara.

Beliau berkata diharap dengan laporan yang banyak itu tindakan segera akan diambil oleh pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Nor Azam Jamaluddin mengesahkan pihaknya ada menerima laporan itu.

BERNAMA

laporan sun2surf di sini

Read More “JANGAN KORBANKAN KHALID IBRAHIM DEK KERANA 46 EKOR LEMBU”  »»

CAMRY TERESA KOK DILANGGAR KANCIL





















Kereta Camry yang dinaiki YB Teresa Kok telah dilanggar sebuah kancil yang dipandu oleh seorang wanita berumur 70 tahun di simpang berlampu isyarat di bawah KL ke Putrajaya lebuhraya bertingkat pada 20hb Feb yang lalu dalam perjalanan beliau ke Putrajaya untuk satu program lawatan bersama YAB MB Selangor.




Diucapkan takziah kepada Teresa yang agak terperanjat dengan kemalangan yang menimpa. Semoga anda cepat pulih semangat untuk meneruskan perjuangan serta bersabar di atas apa yang berlaku. It could have been worst. Thank God you escaped physical injury.

Read More “CAMRY TERESA KOK DILANGGAR KANCIL”  »»

KERETA dan LEMBU DARI SELANGOR








































Isu kereta dan lembu qurban kini jadi isu hangat di Selangor setelah GERAK MALAYSIA ( GERAKAN RAKYAT ANTI KORUPSI) yang sangat bersih membuat laporan kepada Suruhanjaya Pelindung Rasuah Mega (SPRM) dan seterusnya dengan cekap, bersih dan amanah mendapati YAB Tan Sri Khalid Ibrahim telah "dibuktikan" bersalah tanpa perlu melalui perbicaraan mahkamah.










Beliau dalam ucapannya di hadapan kakitangan SUK Selangor pada pagi tadi menyebut " Saya tak takut di kejar lembu dan kereta".


Lirik Baru lagu "Kereta Lembu"

Kereta lembu
Dari Selangor (Melaka)
Di tarik pula oleh
Lembu perkasa

Hah... kereta lembu
Rodanya dua
Jalannya tak laju
Sejam sebatu

Mari oh mari
Kita naik beramai-ramai
Pergi Ceramah (bertemasya)
Isu PPSMI (Mandi safar di pantai)

Hah... itulah dia
Pusaka datuk ku
Pasti kan ku jaga
Setiap waktu

Read More “KERETA dan LEMBU DARI SELANGOR”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com