Pray For MH370

Pray For MH370

DANA RM9.9 JUTA DIPINDAHKAN DARI BALKIS KE BAKTI

Sumber: Agenda Selangor

SHAH ALAM, Khamis 24 April:
Kerajaan negeri sudah menghantar surat kepada Pendaftar Pertubuhan sepaya tidak melulus permohonan pembatalan Badan Kebajikan Isteri-Isteri Selangor (Balkis) bagi membolehkan siasatan mengenai pemindahan dana pertubuhan itu sebanyak RM9.9 juta.

Menurut kenyataan Pejabat Menteri Besar Selangor hari ini, siasatan itu perlu setelah kerajaan negeri mendapati dana berkenaan telah dipindahkan kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri (Bakti).

Malah, Balkis juga memohon Bakti mengambil alih projek Pendidikan Khas pertubuhan itu.

Kenyataan itu menyatakan, pemindahan dana itu dibuat selepas Balkis mengemukakan permohonan pembubarannya kepada Pendaftaran Pertubuhan pada 11 Mac lalu selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12. Yang Dipertua Balkis sebelum itu adalah Datin Seri Zaharah Kechik yang juga isteri bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo. Dana berkenaan adalah sumbangan daripada anak-anak syarikat kerajaan negeri kepada Balkis untuk menjalankan program kebajikan dan kemasyarakatan seperti Kumpulan Darul Ehsan (KDEB) yang menyumbang sebanyak RM268,862 pada tahun 2007 manakala Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebanyak RM590,379 di
antara tahun 2006 hingga 2007.

“Kerajaan negeri tidak meluluskan pembubaran berkenaan kerana Zaharah ketika
mengemukakan permohonan pembubaran pertubuhan itu tidak lagi memegang jawatan Yang Dipertua Balkis ketika itu,” menurut kenyataan itu..

Mengikut perlembagaan pertubuhan itu, jawatan tersebut diduduki oleh seorang isteri Menteri Besar melainkan beliau menolak, uzur atau Menteri Besar
berkenaan tidak mempunyai isteri.

Selain itu, kerajaan negeri juga akan mengenalpasti dana-dana serta bantuan yang diterima Balkis dari anak syarikat kerajaan negeri termasuklah aset-aset di bawah pertubuhan itu.

Dalam pada itu, kenyataan tersebut turut membertahu bahawa kerajaan negeri memandang serius perkara itu kerana ia melibatkan soal tanggungjawab serta ketelusan.

ULASAN: Satu lagi cerita penyelewengan setelah kalah PRU 12. Apa lagi agaknya penemuan selanjutnya? Sama-sama kita lihat.

Comments :

0 comments to “DANA RM9.9 JUTA DIPINDAHKAN DARI BALKIS KE BAKTI”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com