Pray For MH370

Pray For MH370

LOGO HALAL SIAPA YANG HALALKAN?

PUM bimbang kredibiliti sijil halal terjejas

PUTRAJAYA 18 April - Persatuan Ulama Malaysia (PUM) bimbang kredibiliti pensijilan halal yang sebelum ini di bawah bidang kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan terjejas apabila ia diserahkan kepada Halal Industry Development Corporation Sdn. Bhd. (HDC).

Setiausaha Agungnya, Dr. Roslan Mohd. Nor berkata, sebarang langkah bagi mengubah bidang kuasa melibatkan hal ehwal Islam termasuk pensijilan halal adalah sesuatu yang serius dan perlu dikaji semula.

Menurutnya, PUM merasakan pensijilan halal adalah hak mutlak badan-badan Islam yang berkuasa dan mengendalikan hal ehwal Islam di Malaysia seperti Jakim.

''Bagi kami, pemberian hak pensijilan kepada badan lain, lebih-lebih lagi institusi yang cenderung kepada aspek komersial semata-mata, dikhuatiri akan mengundang keraguan dan implikasi serius terhadap kepentingan umat Islam,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas langkah kerajaan memindahkan bidang kuasa mengeluarkan pensijilan halal daripada Jakim kepada HDC.

Proses pemindahan bidang kuasa itu turut melibatkan aspek penguatkuasaan, promosi, pengeluaran sijil, pameran, pembayaran dan pusat sehenti yang kini diletakkan sepenuhnya di bawah HDC.

Sebelum ini, Jakim membangunkan Standard Halal Malaysia (MS 1500:2004) bagi makanan halal membabitkan pengeluaran, penyediaan, pengendalian dan penyimpanan bagi semakan kali pertama.

Logo halal secara standard yang dikeluarkan oleh Jakim itu diguna pakai oleh jabatan agama Islam negeri bagi mengeluarkan pensijilan halal di negeri terbabit.

Menurut Roslan, semua pihak perlu mengambil langkah cermat dan berhati-hati terhadap perkara halal dan haram terutama melibatkan industri makanan kerana ia membabitkan soal integriti serta maruah umat Islam.

''Kita tidak mahu pensijilan halal Malaysia akan diragui kelak kerana dikhuatiri atas alasan kepentingan ekonomi, badan seperti HDC tidak mampu mempertahankan kepentingan dan sensitiviti umat Islam.

''Kita juga khuatir syarikat gergasi makanan akan mengambil kesempatan atas keadaan ini," katanya.

Bagi PUM, kata beliau, pengesahan status halal sesuatu produk mesti dilakukan oleh badan Islam yang mempunyai kuasa tanpa diganggu gugat oleh mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan komersial semata-mata.

ULASAN:
Kerajaan kita khususnya JAKIM masih belum serik dan belajar dari pengalaman silam. Nampaknya setiap menteri baru ingin memperkenalkan sesuatu yang baru tanpa mengkaji dan memperhalusi kesan jangka sederhana dan jangka panjang tindak tanduk mereka. Bukankah ada perkara dan bidang perlu diletak di bawah jabatan kerajaan agar tidak berlaku percanggahan kepentingan {"conflict of interest") dan penyelewangan. Ini bukan bermakna dikawalselia oleh jabatan kerajaan tidak akan berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa. Tetapi jika berlaku penyelewengan, ia mudah diperbetulkan.

Kita telah bincang beberapa minggu yang lalu tentang buruk baik mengamalkan konsep "outsourcing" dalam proses dan prosedur kerja dalam satu-satu organisasi. Kita bukan bercakap tentang BPR ("business process reengineering"). Kita bercakap mengenai kemurnian dan kesucian Islam dipelihara oleh semua pihak, lebih-lebih lagi pihak Kerajaan. Memang pihak swasta akan berebut-rebut buat proposal untuk mengambil alih sesuatu fungsi kerajaan yang dilihat amat menguntungkan mereka dari segi jangka panjang. Unit Perancang Ekonomi haruslah peka tentang "kepentingan" satu-satu proses atau projek. Kita telah lihat bagaimana Kumpulan Pantai yang telah terjual kemudian didesak oleh rakyat untuk dibeli balik setelah ternyata keburukan menjualnya.

Saya mendapat maklumat bahawa ada pihak-pihak yang ingin melihat agar SIRIM diswastakan sepenuhnya. Pelbagai cara dan kaedah mereka akan buat supaya kelihatan lebih baik SIRIM diambilalih oleh pihak swasta. Kita juga telah mendapat bahana kesan dari penswastaan unit pemeriksaan JPJ yang lebih dikenali sekarang dengan nama PUSPAKOM.

Marilah kita sama-sama fikirkan implikasi menyerahkan fungsi pensijilan halal oleh JAKIM kepada pihak lain.

Comments :

0 comments to “LOGO HALAL SIAPA YANG HALALKAN?”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com