Pray For MH370

Pray For MH370

LAN DULU KINI AKM (MQA)

MQA audit 57 IPT mulai Jun ini

Utusan online

PETALING JAYA 21 April - Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang dahulu dikenali sebagai Lembaga Akreditasi Negara (LAN), akan mula melaksanakan Audit Pencapaian Akademik terhadap 57 buah universiti dan kolej tempatan, Jun ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, audit tersebut amat penting bagi menilai kedudukan dan kemantapan akademik 57 buah institusi pengajian tinggi (IPT) itu.

Menurut beliau, MQA telah pun memulakan kerja-kerja penyediaan dokumen Kod Amalan Jaminan Kualiti Audit Institusi dan memberikan latihan kepada para penilai.

Katanya, pelaksanaan audit itu juga satu daripada aktiviti yang dikenal pasti untuk memperkasakan IPT seperti yang terkandung dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara.

''Audit ini atau kita boleh sebut sebagai 'rawatan perubatan' ke atas 57 buah universiti dan kolej ini penting untuk memperkukuhkan kualiti pengajian tinggi negara dan menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan tinggi serantau,'' katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas mengadakan kunjungan rasmi ke pejabat MQA di sini hari ini.

Mohamed Khaled juga meminta agensi tersebut meneliti semula pelaksanaan Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Awam (SETARA) yang dimulakan pada tahun lalu.

Beliau meminta MQA membuat kajian sama ada penarafan yang kini dilaksanakan ke atas IPT awam (IPTA) boleh diperluaskan ke semua IPT bertaraf universiti serta kolej awam dan swasta.

''Saya berpandangan sistem penarafan ini amat penting untuk mengukur daya saing IPT tempatan berbanding dengan universiti luar negara,'' ujarnya.

Mohamed Khaled juga meminta MQA mempertimbangkan cadangan sama ada mahu mewajibkan semua mata pelajaran yang ditawarkan oleh sesebuah universiti atau kolej itu perlu mempunyai akreditasi daripada agensi tersebut.

''Ini cadangan saya sahaja. Saya hanya minta MQA mempertimbangkannya.

''Jika mereka mahu berbuat demikian maka cadangan itu boleh dimasukkan dalam Akta Pengajian Tinggi Negara yang akan dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi,'' katanya.

ULASAN: Lembaga Akreditasi Negara (LAN) kini bertukar nama kepada Agensi Kelayakan Malaysia ( MQA , Malaysian Qualification Agency). Kita dapati banyak IPTS berjaya memenuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh dulunya LAN, tetapi kursus yang ditawarkan di IPTS berkenaan tidak diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Jadi graduan kursus berkenaan akhirnya menjadi penganggur sekiranya jawatan dalam bidang pengajian berkenaan amat terhad di sektor swasta. Sebagai contoh, kursus pengajian maklumat atau Library Science yang ditawarkan oleh UiTM belum lagi diiktiraf oleh JPA, maka ramai graduan terpaksa memohon kursus KPLI (kursus Perguruan Lepas Ijazah) setelah gagal mendapatkan pekerjaan.

Sebuah Kolej Universiti swasta di Shah Alam ada menawarkan kursus juruteknologi makmal. Maka ramailah pelajar mendaftar masuk. Pada hari pertama sesi pengajian para pelajar telah bersemuka dengan pihak kolej tentang status LAN dan pengiktirafan JPA. Inilah jawapan pihak kolej: " Kita kena buat kursus dulu dan LAN akan datang untuk menilai kita". Ini bermakna kursus harus dijalankan dahulu dan pihak berwajib akan datang menilai kemudian. Pelajar akan jadi "guinea pig" (bahan ujikaji). Jika gagal mendapat LAN, pihak kolej akan tutup kursus berkenaan dan pelajar-pelajar yang terlibat terpaksalah bertukar kursus atau tempat belajar. Nasib merekalah, setelah menghabiskan wang serta masa selama enam atau dua belas bulan, mereka akhirnya diberitahu bahawa kolej gagal memperolehi status LAN. Sampai di situ sahajalah kursus yang ditawarkan di kolej berkenaan.

Comments :

0 comments to “LAN DULU KINI AKM (MQA)”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com