Pray For MH370

Pray For MH370

PUTERI UMNO SUDAH MULAKAN KERJA

Sumber: BH

Misi Puteri Umno tawan semula Perak

Oleh Nurhayati Abllah

IPOH: Puteri Umno Perak akan menjalankan misi khas dikenali 'Misi Puteri 2013' dengan menggunakan pendekatan siri ceramah beberapa tokoh terkemuka di kalangan pemimpin Umno dalam usaha menawan semula Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Ketuanya, Dr Wan Norashikin Wan Nordin berkata, misi itu bertujuan menarik pengundi melalui beberapa siri ceramah yang disampaikan barisan pemimpin Umno seperti Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh (Terengganu) dan Datuk Alwi Che Mat (Kelantan).

"Kami mengambil tokoh berkenaan berikutan mereka mempunyai banyak pengalaman dalam usaha menawan semula negeri yang pernah dikuasai parti pembangkang.

"Melalui siri taklimat dan ceramah yang diadakan, kita (Puteri Umno Perak) dapat mempelajari strategi untuk menghadapi kerajaan Pakatan Rakyat terdiri daripada Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)," katanya kepada pemberita selepas majlis Pergerakan Puteri Umno Perak bersama media di sini, kelmarin.

Beliau berkata, siri ceramah itu akan diadakan dalam tempoh terdekat dan setiap pemimpin puteri di negeri ini akan mengikuti sesi ceramah itu untuk mendapatkan pendedahan awal.

Wan Norashikin berkata, selain tiga tokoh itu, Puteri Umno Perak juga akan menggunakan khidmat beberapa tokoh politik lain yang mempunyai pengalaman untuk berkongsi pendapat bagi meraih semula keyakinan ahli untuk menawan semula negeri ini.

"Puteri Umno Perak ingin memulakan penggal baru sama ada di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan semangat serta azam baru untuk lebih gigih menawan semula Perak.

"Kita ketika ini sedang mengumpulkan semua maklum balas dan diagnosis untuk mengembalikan Perak kepada Barisan Nasional (BN)," katanya.

Beliau berkata, lebih 25,000 ahli Puteri Umno Perak juga akan digerakkan ke semua lapisan masyarakat dan peringkat akar umbi untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada Barisan Nasional (BN).

ULASAN:
Inilah gambaran sebuah organisasi yang bekerja dengan penuh dedikasi memulakan misi dengan inspirasi dan cuba merealisasi apa yang diimpi tanpa menanti esok hari. Perbetulkan niat agar tidak rugi di kemudian hari.

Comments :

0 comments to “PUTERI UMNO SUDAH MULAKAN KERJA”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com