Pray For MH370

Pray For MH370

PERMUDAHKAN JANGAN MENYUSAHKAN

Jikalau sebelum ini, untuk mendapatkan lesen perniagaan amatlah sukar, antara lain memerlukan sokongan ADUN , mengisi borang keahlian UMNO/BN dan sebagainya, tetapi kini YAB Tan Sri MB telah mengeluarkan arahan kepada Pihak Berkuasa Tempatan agar menpercepatkan pengeluaran lesen berniaga. Maka selepas ini, diperlukan pula kerja memperbanyakkan tempat peniaga berniaga seperti arked, gerai, tapak pasar malam, pasar tani, bazaar ramadhan dan sebagainya. Ini merupakan salah satu agenda negera berkebajikan PA (Pakatan Rakyat). Tahniah dan syabas.

Lesen Perniagaan Bagi Penjaja Dimudahkan

Sumber: Suara Selangor Maju





SHAH ALAM, 24 April – Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini meminta semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor memberikan lesen perniagaan kepada semua penjaja di negeri ini yang masih belum mendapat kelulusan berniaga.


Perkara ini dinyatakan beliau dalam pertemuannya bersama badan-badan bukan kerajaan (NGO) Cina di Dewan Annex, Pejabat Dewan Undangan Negeri, petang tadi.

Bagaimanapun katanya, pemberian lesen itu hanya melibatkan penjaja yang sudah menjalankan perniagaan lebih daripada tiga tahun.

“Saya telah meminta majlis tempatan untuk berbuat demikian,” katanya ketika ditemui selepas majlis dialog itu.

Dialog bersama Tan Sri Abdul Khalid itu dihadiri kira-kira 100 anggota NGO antaranya dari Persatuan-Persatuan Kaum Seg Hwa dan Persatuan-persatuan Penjaja Seg Hwa.

Antara perkara yang dibincangkan ialah bagaimana kerajaan negeri boleh mempercepatkan urusan mendapatkan lesen perniagaan selain hal-hal berkaitan pendaftaran tanah.

Tambahnya, bagi memudahkan segala urusan berkaitan perkara itu, pihak penjaja atau peniaga boleh menyelesaikannya terus di pejabat PBT.

“Kita sudah membuat beberapa rancangan supaya kelulusan-kelulusan ini boleh dibuat di majlis tempatan sahaja tanpa perlu dibawa ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri atau Menteri Besar,” katanya.- MURIZA ABDUL HAMID

Comments :

0 comments to “PERMUDAHKAN JANGAN MENYUSAHKAN”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com