Pray For MH370

Pray For MH370

RESPONS KEPADA ARTIKEL SINAR HARIAN 18/09/08

Seperti Saudara maklum, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengamalkan antara lain sikap telus, adil dan profesional. Antara polisi yang digunapakai ialah menghapuskan sistem rundingan terus atau "direct negotiation" dan mengamalkan kaedah tender terbuka sepenuhnya.

Kerajaan BN/ UMNO yang lalu telah mengamalkan "direc nego" dan harga projek bebas ditentukan oleh syarikat kontraktor yang biasanya merupakan kroni Exco atau Menteri Besar. Jikalau sistem tender digunakan, ia tidak telus dan harga-harga tender tidak lagi suatu yang "rahsia". "Permainan harga" dijadikan kaedah untuk memenangi tender yang seawal lagi telah diketahui syarikat mana yang akan berjaya.

Kerajaan Pakatan Rakyat tidak memilih kasih serta bulu. Sama ada Ahli parti atau tidak, mereka diberi layanan yang sama. Meritokrasi diamalkan sepenuhnya. Track record, pengalaman serta kriteria lain diambilkira.

Sebab itu, tidak seperti kerjaan BN/UMNO yang dahulu, di mana ahli Majlis Perbandaran dianggotai oleh dua atau tiga orang ahli yang datang dari satu keluarga yang sama dan mereka juga sendiri berebut projek kerajaan tempatan serta projek pejabat Daerah, ADUN Pakatan Rakyat tidak dibenarkan menjadi ahli PBT. Selain menjadi wakil rakyat (ADUN), ADUN BN/UMNO juga berniaga serta mempunyai syarikat kontraktor pelbagai kelas.

Jadi, semua projek, tender dan lesen memerlukan sokongan ADUN atau wakil rakyat. Surat ini kemudian di bawa ke Jabatan Kerajaan yang berkenaan dan ini meletakkan pegawai jabatan yang berkenaan dalam situasi serba salah dan tertekan. Mahu tak mahu pegawai yang menjaga terpaksa menerima surat sokongan ADUN atau Ahli parlimen berkenaan walaupun kontraktor tersebut tidak layak atau mempunyai sejarah hitam tentang kerjanya.

Surat sokongan juga merupakan cara terhormat untuk mengatakan " Ini orang aku. Layan di dengan istimewa, kalau tidak terima akibatnya". Hal ini telah menjadi darah daging dan amalan kontraktor di bawah pemerintahan BN/UMNO. Inilah bermulanya bibit-bibit rasuah. Yang pasti inilah modus operandi "amalan kronisme, nepotisme dan kolusi".

Dari itu En Ahmad tidak boleh samakan ADUN BN dengan ADUN Pakatan Rakyat. Jika hendak bertemu Exco atau ADUN tentang projek, harap maaf, tiada apa yang hendak dibincangkan. Tetapi jika hendak bertemu bagi membincangkan masalah masyarakat, bagaimana menaikkan tahap keselesaan hidup, membenteras jenayah, mengadu tentang penyalahgunaan kuasa pihak berwajib dan sebagainya, maka pertemuaan sebegini sangat-sangat dialualukan.

Semoga penerangan ringkas ini memberi perspektif yang jelas kepada ahli parti, penyokong dan rakyat. Sila hubungi Pejabat Perhubungan Negeri untuk penjelasan.

Pengerusi Tetap Pas kecewa layanan Exco

TAMAN SENTOSA - Hasrat seorang perunding bebas untuk bertemu Exco Kerajaan Negeri di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dekat sini, minggu lalu bagi meminta surat sokongan bertukar menjadi mimpi ngeri kepada beliau apabila diherdik di akhir pertemuan dengannya.

Menurut Ahmad Mohamed, 59, beliau tidak menyangka Exco tersebut yang selama ini menjadi idola beliau sejak muda lagi bersikap sedemikian.

“Saya datang berjumpa dengannya sebanyak lima kali namun hanya dapat berjumpa beliau sebanyak tiga kali dalam masa tidak sampai lima minit untuk membincangkan status tender di negeri ini.

“Namun pada pertemuan terakhir dengan beliau saya diherdik oleh Exco berkenaan dan saya amat kecewa dengan sikapnya itu,” katanya.

Malah beliau mendakwa surat sokongan yang diberikan Exco berkenaan tidak ubah seperti karangan pelajar sekolah rendah.

Beliau turut menunjukkan kepada Sinar Harian surat sokongan daripada Ahli Parlimen dan wakil rakyat di sini yang menurutnya jauh lebih baik daripada Exco terbabit.

Lebih mengecewakan, beliau merasakan seolah-olah ada sikap pilih kasih Exco berkenaan dalam menerima tetamu di pejabatnya.

“Saya rakyat yang inginkan perhatian namun beliau lebih mengutamakan mereka yang bergaya dan berkredibiliti daripada saya di pejabatnya.” jelasnya.

Ahmad yang juga Pengerusi Tetap Pas Cawangan Taman Sentosa menjelaskan beliau sebelum ini pernah berurusan dengan bekas wakil rakyat Barisan Nasional (BN) namun mendapat layanan yang amat istimewa daripada mereka.

“Saya pernah berurusan dengan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Tan Sri Onn Ismail satu ketika dulu dan beliau sanggup berurusan sehingga di luar waktu pejabat.

“Jika begini layanannya, saya tidak akan berjumpa dengan beliau dan berharap beliau akan berubah,” ujarnya yang turut memuji bekas ADUN di sini, Kamala Ganapathy kerana pandai mengambil hati rakyat.

Tambahnya, sikap angkuh berkenaan membuatkan hatinya cukup kecewa dan serik untuk berhadapan dengan Exco berkenaan pada masa akan datang.

“Saya tidak menyangka Exco tersebut yang juga seorang pakar motivasi boleh bersikap sedemikian rupa,” katanya.

Comments :

0 comments to “RESPONS KEPADA ARTIKEL SINAR HARIAN 18/09/08”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com