Kejadian pecah kedai menjadi kian berleluasa di sekitar Jalan Sg Bertek bermula dari kedai No 100 hingga 120 dalam seminggu dua ini. Tinjauan mendapati penjenayah hanya mengambil wang serta barangan ringan seperti kain baju sahaja. penjenayah menggunakan ""wire cutter" untuk memotong mangga (padlock).

Kelihatan seorang peniaga kedai logam sedang menceritakan pengalaman beliau. Walaupun memiliki CCTV namun penjenayah menggunakan kain bagi menutupi sebahagian muka mereka.


Keluarga En Teo mengusahakan sebuah kedai buku serta alat tulis seberang jalan berdepan dengan pasaraya Econmart. Kedai beliau telah dipecahkan tetapi tiada barang berharga yang hilang.


Kelihatan pencangkuk mangga pintu sliding grill yang telah dipotong
Comments :
Post a Comment