"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan KEADILAN kerana Allah, lagi menerangkan KEBENARAN dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan KEADILAN. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan." Al Maidah:8
" Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan KEADILAN, lagi menjadi saksi (yang menerangkan KEBENARAN) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan KEBENARAN disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari KEADILAN. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. "
( سورة النساء , An-Nisa, Chapter #4, Verse #135)
"Janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang ZALIM nescaya kamu akan dicampak ke dalam api neraka" AlQuran
Dato' Satim
SURAT PENDUDUK BANDAR KINRARA SEK 5 KEPADA DATO' SATIM DIMAN
Surat di atas menyuarakan aduan tentang penggunaan pembesar suara semasa kuliah subuh dan maghrib sahaja, bukan membantah penggunaan pembesar suara ketika AZAN.
SMS (sistem pesanan ringkas) yang berligar dalam masyarakat:
" Pada 26 Jun 2008, Teresa Kok (Ahli parlimen Seputeh, Naib Presiden DAP) telah mengetuai satu petisyen penduduk di Puchong kepada Dato'Satim Diman meminta agar Subuh diperlahankan kerana menganggu ketenteraman awam..."
PENJELASAN NAZIR MASJID KOTA DAMANSARA:
Adalah saya selaku nazir Masjid Kota Damansara dan jawatankuasa ingin merujuk kepada isu larangan penggunaan azan oleh orang bukan islam yang kononnya didalangi oleh Teresa Kok @ DAP seperti yang diwar oleh Melayu Net dalam laman ini dan juga kenyataan Bekas Menteri Besar Selangor (Khir Toyo) dalam Utusan Malaysia bertarikh 9.9.2008.
Pihak jawatankuasa masjid melihat isu yang sengaja ditimbulkan oleh pihak yang kecewa ini berniat jahat, fitnah dan cuba menimbulkan suasana tidak harmonis dan prajudis dikalangan pelbagai bangsa di Kota Damansara.
Adalah amat malang lagi dangkal seorang bekas Menteri Besar (Khir Toyo) boleh mengutip khabar angin (berita sampah) lalu bersedia untuk menjadi jaguh mempertahankan islam. Walhal sejarah telah terpahat tentang isu menutup surau, menangkap penceramah, mengadakan pelbagai sekatan terhadap perkembangan syiar islam, zakat dijadikan senjata mengugut pelajar Al-azhar yang tidak sehaluan (banyak lagi) sewaktu beliau berkuasa di Selangor dulu.
Sebenarnya apa yang berlaku bukan atas tekanan dan bantahan oleh orang bukan islam, tetapi sistem pembesar suara masjid dalam proses ujian oleh pihak kontraktor. Untuk makluman semua, Masjid Kota Damansara baru 2 minggu digunakan. Sudah pasti terdapat kekurangan dan kelemahan disana sini. Masih dalam jaminan pihak kontraktor selama setahun. Disamping itu, berlaku masalah elektrikal pada pembesar suara ekoran masalah cuaca baru-baru ini.
Bagi mengatasi untuk tujuan kuliah, tarawikh, tazkirah dsbnya, pihak masjid berterima kasih kepada Pengurusan Sekolah Menengah Seksyen 10 Kota Damansara yang bersedia meminjamkan PA Sistemnya. dan telah digunakan dengan sempurna. Insya-Allah sistem pembesar suara masjid dalam proses pembaikan dan dijangka siap pada hari ini (9.9.2008) mengikut janji kontraktor. Namun untuk mengatakan azan tidak kedengaran langsung adalah satu pembohongan kerana pihak masjid menyambung sistem tersebut ke menara.
Justeru itu, pihak masjid meminta Melayu net dan pihak berkenaan memohon maaf diatas fitnah jahat tersebut yang menyebabkan timbul sikap prajudis di kalangan umat islam Kota Damansara.
Sekian, wassalam.
US HAJI HASSAN BASRI @ BASRI MOHD
NAZIR
MASJID KOTA DAMANSARA
Cerita selanjutnya di [sini]
SARANAN MENEGAKKAN KEADILAN SERTA KEBENARAN DAN MEMBELANYA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam.
dah baca surat di atas.
persoalan?
1.tiada tanda tangan wakil ker.
2. senarai nama penduduk takder pulak
3. adakah meliputi penduduk islam juga yang tak bersetuju.
4. kalau di bincang dengan nazir kan molek. saya rasa.
5. surat tu kalau di tuju pada exco yb hassan ali lebih sesuai.
cadangan perkara seumpama ini kalau akan datang rujuk terus kpd wakil wakil dalam pakatan lagi efektif atau di bincang sesama ahli masyarakat kawasan yang timbul masaalah.
semoga tak berlaku lagi isu ini...
salam