Pray For MH370

Pray For MH370

ARUMUGAM VENGATARAKOO DIAIBKAN, DIUGUT & DITAWARKAN JUTAAN RINGGIT UNTUK LOMPAT PARTI

Budaya samseng, ugut, rasuah, menipu,memeras ugut, membodek, menculik, membunuh....dan apa jua budaya yang jijik,jelik,keji....anda cuba senaraikan, semuanya ada pada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR).

Diancam keselamatan, diugut & kereta disimbah cat

Atas faktor rasa tertekan dan diancam keselamatan keluarga menyebabkan Arumugam Vengatarakoo, meletakkan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau.

Demikian kata Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak di sidang medianya itu yang diadakan di kediaman rasminya, Sri Mentaloon, di sini semalam.

Turut dihadiri oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Dato' Dr Abdul Isa Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Syed Unan Mashri Syed Abdullah dan Pengerusi Badan Perhubungan KeADILan Kedah, Ahmad Kassim.

"Dukacita saya maklumkan Arumugam juga meletakkan jawatannya sebagai Adun Bukit Selambau berkuatkuasa serta merta dan surat perletakan jawatan itu bertarikh 8 Februari 2009. Dia telah menghantar dua surat, satu kepada Speaker memaklumkan perletakan jawatannya sebagai Adun dan satu kepada saya memaklumkan perletakan jawatannya sebagai Exco dan Adun.

"Sepatutnya surat itu dihantar kepada Tuanku Sultan, tetapi mungkinlah sebab teknikal dia hantar kepada saya dan saya telah menyembahkan surat itu kepada Tuanku Sultan," ujarnya mengumumkan.

Menurut Ustaz Azizan perletakan jawatan Arumugam juga dimaklumkan beliau dengan surat kepada Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan disalinkan kepada beliau. Oleh itu katanya, Speaker akan memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

Katanya lagi, memandangkan kuota kerusi tersebut diberikan kepada KeADILan, maka soal calon juga diserahkan kepada KeADILan.

Menjawab pertanyaan media, kata Ustaz Azizan, Arumugam dalam suratnya menjelaskan bahawa beliau menghadapi ugutan daripada pihak Barisan Nasional dan menawar kepadanya jutaan ringgit untuk melompat kepada BN.

"Dia dan keluarganya tidak tahan lagi, rasa tertekan dengan pelbagai ugutan, jadi atas dasar itu demi keselamatan diri dan anggota keluarga dia, maka dia rasa elok dia menarik diri dari politik dengan menjadi wakil rakyat.

"Dia juga diugut pada beberapa kali terutama di peringkat akhir keretanya (disimbah) dicat dan pelbagai lagi. Maka sebab itu dia tak sanggup lagi jadi dia letak jawatanlah," ujarnya yang turut memaklumkan surat itu diperolehinya jam 5 petang tadi.

Jelas beliau, surat itu bercop suruhanjaya sumpah dan akan diserahkan beliau kepada Speaker. Mengulas pertanyaan media juga beliau menganggap perkara itu lumrah dalam politik. Ditanya tindakan pihak polis terhadap aduan yang pernah dibuat, katanya perkara itu perlu dirujuk kepada pihak polis.

Diminta mengulas mengenai Arumugam, beliau menyifatkan Arumugam seorang yang telah menjalankan tugas dengan baik. Ustaz Azizan juga menjelaskan bahawa ugutan yang diterima Arumugam telah berlaku sejak beliau memenangi kerusi Dun Bukit Selambau dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

"Paling terakhir dia ditawarkan RM5 juta. Saya menghargai sikap beliau yang menolak tawaran sebanyak RM5 juta itu. Tapi kerana tekanan emosi, tekanan kepada keluarga, maka tidak ada jalan lain," terangnya yang turut membacakan penjelasan bertulis Arumugam.

Sementara itu, Ahmad Kassim pada sidang media itu berkata, KeADILan Kedah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya kecil yang bakal berlaku.

Katanya, jentera gabungan parti-parti Pakatan Rakyat akan membantu manakala mesyuarat pra-pilihanraya akan diadakan di Parlimen Merbok. Maklumnya juga pimpinan KeADILan Pusat juga akan turun ke Kedah dalam beberapa hari lagi dan calon akan diputuskan oleh pimpinan pusat melalui cadangan KeADILan Kedah.

Menurut Ahmad, Arumugam juga memaklumkan kepadanya bahawa beliau kini selamat dan keputusan itu turut dimaklumi kepada pimpinan KeADILan Pusat.

Izwan Abdul Halim / HARAKAHDAILY

Comments :

3 comments to “ARUMUGAM VENGATARAKOO DIAIBKAN, DIUGUT & DITAWARKAN JUTAAN RINGGIT UNTUK LOMPAT PARTI”
Anonymous said...
on 

kata penulis :
Menjawab pertanyaan media, kata Ustaz Azizan, Arumugam dalam suratnya menjelaskan bahawa beliau menghadapi ugutan daripada pihak Barisan Nasional dan menawar kepadanya jutaan ringgit untuk melompat kepada BN. "Dia dan keluarganya tidak tahan lagi, rasa tertekan dengan pelbagai ugutan, jadi atas dasar itu demi keselamatan diri dan anggota keluarga dia, maka dia rasa elok dia menarik diri dari politik dengan menjadi wakil rakyat.
--> pelik alasan yg dia bagi. Kepada sesiapa yg berakal, gunakanlah akal. Kena ugut? Ugut orang nak bagi duit...Itu ugut ke namanya? Dan byk lagi...Kalau nak tahu perkara yg sebenarnya, tanya dari mulut dia sendiri bukan melalui surat yg tak tahu siapa yg tulis. Sebenarnya dia meletak jawatan sebab di desak dan diugut oleh rakyat dikawasan dia. Dia hampeh..tak buat kerja. Jadi exco tapi tak tahu buat kerja. Orang marah. Lepas tu ada masalah sosial (anak luar nikah). So, yg suruh dia letak jawatan sebenarnya org PKR jugak. Sebab tak nak nama PKR jadi busuk. Dengan cara macam ni dia pun (Orang PKR) boleh ambil kesempatan untuk tuduh BN dan UMNO atau MIC nak beli dia. Inilah PKR...Otak yahudi. Masalah dalaman punya hal..tapi salahkan orang lain.
Kepada Ahli dan ADUN PAS..berhati-hatilah dgn PKR. Jumlah yg bukan melayu (yg menonjol dan professional) dlm PKR adalah ramai. Orang melayu yg boleh diharap sorang dua aje. Percayalah, mereka ni semua akan keluar PKR dan join DAP bila jumlah bukan melayu ug menang boleh membentuk majoriti. Masa tu, melayu PAS akan melopong sebab bagi menang kat DAP dan PKR.
Dr Halimah bila nak keluar PAS dan join BN?

Unknown said...
on 

Sasha2020, Jika saudara ikuti isu muzakarah, muqabalah dan penggabungan PAS-UMNO yang hangat beberapa bulan yang lalu, saudara akan dapati sejarah mengajar PAS bagaimana UMNO telah menikam PAS dari belakang bukan sekali tetapi banyak kali. Sila lihat beberapa posting saya dalam blog ini perihal BN dan UMNO. Tinggalkan alamat e-mail atau telefon kita bincang secara bersemuka.

Komen-komen sumbang pemimpin DAP boleh dijangka sebab mereka belum Islam. Bagaimana nak tafsir komen menghina Islam serta hukum hakamnya dan Ulama yang keluar dari mulut orang Melayu Islam puak UMNO serta Ustaz UMNO?

Pernahkah UMNO serta pucuk pimpinannya memberi penjelasan tentang Islam yang syumul kepada komponen BN? Budaya serta akhlak pemimpin Islam UMNO lebih dahsyat dari orang bukan Islam.

Menjawab isu Arumugam, mula-mula BN tawarkan duit, tak jalan. Kemudian buat isu yang mengaibkan, tak lut dan akhirnya ugut.

Jika masih wujud blog ini, sila layari untuk di bawah YB (B) Arumugam

http://pkwr-bukitselambau.blogspot.com/

Ab Razak Hj Ahmad said...
on 

Now bukan masa untuk masuk BN, masuk PKR or masuk PAS. Now masa untuk berkhidmat pada rakyat, bukan berkhidmat pada pemimpin parti.

Elaun YB untuk ADUN ke or MP guna untuk berkhidmat. Walaupun masalah tak selesai coz banyak red tape, as long as YB dah highlight ke tengah or ke tepi kira OK la....

Rakyat sudah lupa akan penderitaan Palestine dan boikot-memboikot. Rakyat juga lupa mereka akan kehilangan pekerjaan for the next couple of months due to kemelesetan ekonomi... coz terlalu leka dengan circus show in Perak and now kat Kedah pulak....

p/s - The above statement tidak ditujukan kepada YB Halimah ya....

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com