Pray For MH370

Pray For MH370

DYMM SULTAN SELANGOR BERTITAH ISU KEMELUT DI PERAK

KENYATAAN AKHBAR KHAS PENEGASAN TERHADAP PERGOLAKAN POLITIK YANG BERLAKU DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Perkembangan politik, peristiwa demonstrasi jalanan serta pertelingkahan antara pelbagai pihak, bersabit dengan pelantikan kerajaan baru negeri Perak baru-baru ini, yang sehingga membawa pada beberapa gelagat biadab terhadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, amat mendukacitakan dan mengecewakan Beta.

Perkara ini lebih-lebih lagi dirasai oleh Beta kerana DYMM Paduka Seri Sultan Perak adalah Ayahanda Saudara Beta. Malah, keluarga Diraja kedua-dua buah negeri ini mempunyai sejarah pertalian yang erat sehingga hari ini.

DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah yang Beta kenali adalah seorang tokoh yang tinggi ilmu serta pengalaman perkhidmatan perundangan dan kehakiman Baginda, sesuai dengan kedudukan Baginda sebelum ini sebagai mantan Ketua Hakim Negara.

Baginda dan keluarga Baginda juga mempunyai latar belakang serta kelayakan keilmuan yang cemerlang dan sangat peka pada kepentingan rakyat jelata, sehinggakan kebanyakan tindakan Baginda akan bersandarkan pada budaya ilmu, pertimbangan syumul serta amalan bermusyawarah bersama pakar-pakar dalam mana-mana satu isu yang bersabit.

Apa yang kita dapat saksikan yang telah dan sedang berlaku semenjak minggu lalu di negeri Perak amat membimbangkan sesiapapun yang mengaku mencintai agama, bangsa, negara Malaysia, kestabilan, kesejahteraan, kemajuan, keselamatan dan masa depan kita bersama.

Kejahilan terhadap peruntukan undang-undang negeri dan persekutuan, ketaksuban terhadap pihak-pihak tertentu, kehilangan pertimbangan ketika emosi terganggu, keangkuhan yang membutakan diri terhadap hak dan kuasa DYMM Paduka Seri Sultan Perak, kebiadaban sebagai anak watan negeri Perak dan warga negara Malaysia serta mudahnya golongan-golongan tertentu terpedaya dengan budaya "mob" amat memalukan.

Bak kata pepatah, ketika peristiwa sebegini berlaku, "barulah kita kenal siapa kaca siapa permata". Malah dapat juga kita menyelami jati diri pihak-pihak tertentu yang "marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar".

Beta ingin menasihati dengan penuh keikhlasan dengan mengambil kira kepentingan masa depan agama, bangsa dan negara tercinta kita. Janganlah kita mudah terpedaya dengan gelagat serta tindakan yang hanya akan mencemarkan martabat kita, mengundang risiko yang tinggi terhadap kemajuan kita, serta menghakis asas-asas kedaulatan negara ini dengan sifat-sifat keji seperti biadab, derhaka, angkuh, jahil ilmu dan kemaruk kuasa.

Kegawatan ekonomi yang semakin meruncingkan di peringkat global dan serantau menuntut kita supaya memantapkan perpaduan sesama kita walaupun ada perbezaan pendirian. Jangan sehingga nasi menjadi bubur, di mana terlajak kata boleh dimaafkan, tetapi terlajak perbuatan mungkin akan mengundang bencana.

Kepada mereka yang telah berkali-kali mencabar hak, peranan serta kedudukan yang telah dijamin melalui Perlembagaan Persekutuan, termasuk peranan institusi Raja-Raja, maka Beta ingin menasihatkan supaya rakyat menggunakan pertimbangan dari akal fikiran yang waras sebelum mengambil sebarang tindakan.

Beta terus mendoakan agar Allah SWT akan terus memelihara kita bersama dan menganugerahkan kita dengan hati yang terang, jiwa yang tenang, fikiran yang tajam, perjalanan yang mudah, tindakan yang betul, perhubungan yang harmonis serta waja diri yang unggul untuk mengemudikan negara kita secara bersama dalam mengharungi proses kemajuan seterusnya.

DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ
SULTAN SELANGOR
13 Februari 2009

Comments :

2 comments to “DYMM SULTAN SELANGOR BERTITAH ISU KEMELUT DI PERAK”
Anonymous said...
on 

memberi nasihat sememangnya mudah, tetapi mengkota apa yang dikata tu susah. Sultan dan raja juga tertakluk di bawah undang2. Tiada individu atau institusi yang melebihi mana2 undang2. Sekiranys para sultan di Malaysia ingin dihormati oleh rakyat maka mereka perlu menjadi contoh dengan mempertahankan undang2. Zaman sudah berubah. Liberalisasi ilmu telah menyedarkan kita tentang kedaulatan undang2 dan bukanya sultan2. Sultan hanyalah manusia biasa yang diangkat oleh satu2 masyarakat untuk menjadi simbol identiti mereka. Ini tidak bermakna sultan boleh sewenang2nya memijak aspirasi rakyat yang dahagakan keadilan, kebenaran dan kehidupan yang berundang2 untuk semua. Janganlah kita samada PKR atau UMNO memilih budaya bodek untuk meraih undi rakyat. Rakyat dah bijak menentukan yang benar atau yang batil. Dan rata2 rakyat yang bijak dah jemu dengan perangai sultan2 dan kerabat mereka yang tak habis2 memberi masalah kepada rakyat. Mereka perlu sedar kedudukan mereka tidak kekal dan sikap dan tindakan mereka menentukan selama mana mereka boleh beraja di mata, bertakhta di hati. Sekadar mengingat.

-Dari rakyat jelata yang rindukan keadilan.

Anonymous said...
on 

Kadangkala Islam itu menjadi buruk kerana sifat dan perangai umatnya. Sekiranya sultan yang memahami undang2 tetapi tidak mengikutinya, apalagi rakyat biasa yang sentiasa memandang ke atas untuk melihat tingkahlaku pemimpin2 mereka. Pepatah Cina mengatakan "Ikan itu busuknya bermula di kepala" amat sesuai menjadi metafora polemik dan kegawatan politik dan sosial Malaysia.

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com