Pray For MH370

Pray For MH370

INSTITUSI RAJA-RAJA MELAYU TETAP DIPERTAHANKAN

Institusi Raja-Raja Melayu tetap akan dipertahankan biar pun ada pihak menuduh pemimpin PAS derhaka ekoran isu yang berlaku di Perak.

Jalan yang terbaik ialah kita mengambil pendekatan undang-undang. Biarlah mahkamah yang menentukan sah atau tidak kerajaan Perak yang baru. Dengan kata lain, krisis undang-undang seperti yang berlaku di Perak sekarang hanya dapat diselesaikan melalui interpretasi undang-undang di mahkamah.


PAS tetap pertahan institusi Raja-Raja Melayu



PAS tetap mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu biar pun ada pihak menuduh pemimpin parti itu derhaka merujuk isu yang berlaku di Perak sekarang.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub bagaimanapun berkata, sebagai rakyat PAS tetap yakin dengan prinsip bahawa tidak ada sesiapa boleh mengatasi undang-undang.

"Dengan sebab itulah Pakatan Rakyat mengambil beberapa pendekatan termasuk undang-undang untuk kita mendapatkan kembali hak kita.

"Kita mengharap melalui proses perlembagaan dan pendekatan undang-undang, kita akan dapat mengambil kembali kerajaan di Perak, di samping keadilan dapat ditegakkan," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau ditemui selepas menghadiri Majlis Selamat Tinggal Umno Kubang Kerian di Kampung Larak, Mulong dekat. Pada majlis itu hampir 300 ahli dan penyokong Umno keluar beramai-ramai daripada parti itu.

Akhbar hari ini melaporkan Sultan Selangor menyifatkan tindakan pihak tertentu mengadakan demontrasi jalanan kerana membantah titah Sultan Perak dianggap sebagai biadab.

Salahuddin yang juga anggota parlimen Kubang Kerian berkata, Dewan Pemuda PAS Pusat tetap berpendirian peristiwa yang berlaku di Perak adalah rampasan kuasa yang tidak sah dari segi perlembagaan negara dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Katanya, segala punca yang berlaku itu kerana kerakusan pemimpin Umno untuk menguasai negeri Perak dengan mengenepikan nilai-nilai perlembagaan dan budaya Melayu.

"Lihatlah rakyat sekarang bersama dengan Pakatan Rakyat dan mereka menunggu masa terbaik untuk menterjemahkan rasa ketidak puas hati mereka.

"Dan saya yakin gelanggang terbaik bagi mereka ialah pilihan raya kecil parlimen Bukit Gantang di Perak dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, Kedah pada 7 April depan," katanya.

Beliau mempersoalkan mengapa banyak pihak cuba menyembunyikan gelagat Umno menculik Adun Pakatan menjadi punca segala masalah yang berlaku di Perak sekarang.

"Ini menunjukkan betapa pimpinan Umno dan BN begitu rakus untuk mendapatkan kembali kuasa tanpa memikirkan aspek undang-undang," katanya.

Oleh itu katanya krisis undang-undang seperti yang berlaku di Perak sekarang hanya dapat diselesaikan melalui interpretasi undang-undang di mahkamah.

"Jalan yang terbaik ialah kita mengambil pendekatan undang-undang. Biarlah mahkamah yang menentukan sah atau tidak kerajaan yang baru itu," katanya.


Muhammad Yusri Amin / harakahdaily

Comments :

0 comments to “INSTITUSI RAJA-RAJA MELAYU TETAP DIPERTAHANKAN”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com