Pray For MH370

Pray For MH370

PM MALAYSIA MENYERU AGAR LUPAKAN PERBALAHAN POLITIK, TUMPU KUKUH EKONOMI

"Lupakan perbalahan politik...fokus kita sekarang ialah untuk bersama-sama mengatasi keadaan ekonomi. Kerajaan telah bersedia untuk berbelanja, (perkenal) pakej rangsangan ekonomi, membuat pelbagai kempen beli barangan buatan Malaysia, sokong produk tempatan, ini mesti menjadi cara yang mesti kita ambil," kata Perdana Menteri. Lupakan saja apa yang telah berlaku di Perak.Kami telah berjaya menawan sebuah negeri PR. Tunggu mangsa selanjutnya...

Rakyat Lupakan Perbalahan Politik, Tumpu Kukuhkan Ekonomi


Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menggesa rakyat supaya melupakan semua perbalahan politik, sebaliknya menumpukan usaha ke arah mengukuhkan ekonomi negara.

Perdana Menteri berkata dalam keadaan ekonomi dunia yang semakin meruncing sekarang ini, seluruh rakyat perlu bekerjasama untuk memastikan kedudukan ekonomi negara tidak menjadi terlalu teruk.

Beliau berkata kerajaan komited dan merasa amat bertanggungjawab untuk melakukan yang terbaik bagi meningkatkan tahap ekonomi negara, sekaligus memastikan rakyat tidak terus dihimpit dalam keadaan ekonomi yang buruk.

"Lupakan perbalahan politik...fokus kita sekarang ialah untuk bersama-sama mengatasi keadaan ekonomi. Kerajaan telah bersedia untuk berbelanja, (perkenal) pakej rangsangan ekonomi, membuat pelbagai kempen beli barangan buatan Malaysia, sokong produk tempatan, ini mesti menjadi cara yang mesti kita ambil," katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina 2009, di sini, hari ini.

Hadir sama isteri beliau Datin Seri Jeanne Abdullah, Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Mohd Shafei Apdal, Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Timbalan Presiden MIC Datuk Dr S.Subramaniam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Maximus Ongkili.

Dalam pada itu Perdana Menteri juga berkata kerajaan akan berusaha untuk mengurangkan risiko pekerja diberhentikan dengan memperkenalkan pelbagai tindakan ekonomi untuk kepentingan rakyat.

Bagaimanapun katanya rakyat perlu yakin dan bersama-sama bekerjasama menghadapi cabaran ekonomi hari ini seperti mana yang telah dilakukan sebelum ini, ketika negara menghadapi pelbagai cabaran baik politik mahupun ekonomi.

Kerajaan juga katanya sudah mempunyai pengalaman dalam menghadapi cabaran seumpamanya dan rakyat perlu yakin bahawa kerajaan akan terus berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan negara dapat keluar daripada kemelut ekonomi kali ini.

Kira-kira 5,000 tetamu hadir untuk memeriahkan acara majlis itu yang turut diwarnai dengan pelbagai persembahan kebudayaan pelbagai kaum di negara ini.

Pada majlis itu Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan bantuan kepada 10 buah rumah kebajikan dan anak yatim yang terpilih.

BERNAMA

Comments :

1
DinDeraman said...
on 

hidup berpolitik atau politikan kehidupan?
merancang dan menjana ekonomi diri dan ummah sebahagian dari hidup berpolitik ?
Lihatlah kepada keutamaan , keutamaan seringkali pula berubah-ubah mengikut masa.....?

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com