Pray For MH370

Pray For MH370

JIKA BANJIR DI SEKITAR SUK, SIDANG DUN DIBUAT ATAS POKOK PUN SAH




At the Putra World Trade Centre (PWTC), some 1,000 people and staff at the building were trapped in the darkness following a power outage while those who did manage to find their way out had to stay put in the building as the roads around the area were flooded. (sun2surf)

Ikuti ulasan Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff dan Datuk Ambiga Sreenevasan dari Badan Peguam Malaysia

Sidang DUN Perak: "Jika di atas pokok pun ia sah" Sidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak semalam tetap sah walaupun diadakan atas pokok, kata pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff.

"Jika di atas pokok pun ia sah", Bernama memetik pandangan beliau ketika ditanya mengenai kesahihan "persidangan tergempar" itu yang diadakan di bawah pokok di luar bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri Perak, di Ipoh pagi semalam.

Persidangan itu, yang dipanggil oleh Speaker DUN Perak V. Sivakumar, berlangsung selama kira-kira 30 minit bermula 10.20 pagi, dihadiri semua 27 ADUN PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mohammad Agus, yang juga seorang penganalisis poltik berpandangan bahawa tiga usul yang diluluskan itu juga sah dan tidak boleh dicabar di dalam mahkamah.

Usul-usul itu ialah menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar; membubarkan Dewan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan; dan mengesahkan keputusan Speaker Sivakumar melarang Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan dewan.

"Sebelum ini Dewan Undangan Negeri Perak hanya ditangguhkan dan tidak dihentikan. Jika ditangguhkan, maka Speaker mempunyai kuasa untuk mengadakan persidangan tergempar itu tanpa mendapat perkenan Sultan," katanya.

Sementara itu, Presiden Majlis Peguam Malaysia Datuk Ambiga Sreenevasan berkata perkara yang berlaku di Perak di luar dugaan dan membabitkan isu perundangan yang kompleks.

Sungguhpun ia tidak munasabah untuk satu pandangan konklusif mereka, sesetengah perkara itu hendaklah ditangani sebagai satu perkara prinsip, katanya dalam kenyataan.

Beliau menanyakan sama ada dibenarkan untuk mengadakan persidangan Dewan Undangan di luar Bangunan Sekretariat Negeri.

"Tentulah, Bangunan Sekretariat Negeri di mana Dewan Undangan Negeri patut diadakan.

"Bagaimanapun, Speaker dan Adun Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilarang daripada mengadakannya di satu tempat yang sesuai oleh polis dan ini membangkitkan isu serius mengenai kesahihan tindakan polis.

"Dengan itu Speaker tersebut tidak ada pilihan tetapi untuk bertindak dalam apa yang dilihat sebagai kuasa yang luas untuk mengadakan persidangan ini di tempat lain," kata beliau.

Beliau berkata ada pandangan berbeza, tetapi keadaan itu di luar dugaan dan Aturan Mesyuarat mungkin tidak meliputi sepenuhnya seperti keadaan yang tidak diingini, menyerahkan kepada Speaker dengan kuasa untuk bertindak mengikut keadaan kes itu.

Sreenevasan berkata keadaan itu tidak boleh dipertahankan daripada kritikan dan hanya mendesak untuk satu perkara iaitu pilihan raya negeri.

"Kini ada harapan untuk ini berlaku. Biarlah rakyat menentukan," tambah beliau.

Abdul Aziz Mustafa/harakahdaily

Comments :

3 comments to “JIKA BANJIR DI SEKITAR SUK, SIDANG DUN DIBUAT ATAS POKOK PUN SAH”
Anonymous said...
on 

orang nak tulis blog. awak pon nak tulis blog.. tapi blog serabut. susun-letak yang kelam-kabut.
macam manalah nak menarik minat orang lain membaca.

Anonymous said...
on 

Namanya pun persidangan perwakilan, bukannya persidangan dalam bangunan. Bangunan hanyalah entiti fizikal dari simen dan batu, sedangkan roh demokrasi adalah lebih dari itu. Yang pentingnya ialah intipati kepada sistem demokrasi itu sendiri, iaitu pemerintahan dari rakyat, untuk rakyat..rakyat mahukan pembubaran DUN dan mengundi semula memik=lih pemimpin mereka, mengapa ini tidak dilakukan? Kenapa harus meliwat dan mencabul undang-undang dan badan kehakiman? Memang kerja Najis ini tak akan habis-habis kerana najis adalah segalanya yang bobrok..pembunuh, penzina, perasuah, perompak, penyamun!!

Anonymous said...
on 

ini la kekuasaan Allah dia nak tunjuk disebalik apa yang terjadi.. akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui hakikat yang sebenarnya.

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com