Pray For MH370

Pray For MH370

RESTUILAH APA YANG BARISAN NASIONAL LAKUKAN

"Mohon restu" dari rakyat untuk rakyat merestui segala bentuk penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan agar rakyat tutup sebelah mata apa yang BN telah, sedang dan akan lakukan, dulu, kini dan selamanya.

Slogan 'pohon restu rakyat' sandiwara terdesak BN



Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Firdaus Jaafar menyelar Barisan Nasional dan menyifat slogan yang digunakan untuk menarik sokongan rakyat di Bukit Selambau dan Bukit Gantang sebagai satu lagi sandiwara terdesak BN untuk menipu rakyat.

Beliau mempersoalkan mengapa pada waktu kritikal disaat sokongan rakyat terhadap BN terhakis, baru BN hendak memohon restu rakyat.

"Kenapa semasa menaikkan harga minyak, menaikkan harga barang, naikkan tol dan merampas kerajaan negeri Perak, BN tidak meminta restu rakyat?" soal beliau.

Firdaus yang juga Ketua Penerangan Pilihan Raya bagi jentera PAS percaya rakyat di Bukit Selambau dan Bukit Gantang tidak akan mudah tertipu dengan sandiwara BN.

Katanya, BN seolah-olahnya seperti 'harimau kelaparan yang tersepit' yang akan membaham orang yang melepaskannya.

"Rakyat jangan tertipu lagi, jika mereka tersilap memberikan kemenangan kepada BN, mereka akan terus ditindas," tegasnya.

Firdaus yang juga AJK Dewan Pemuda PAS Pusat turut membidas Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishamuddin Hussein yang mempergunakan Sekolah Rendah Lubuk Segentah dekat sini untuk kepentingan politik BN.

"Tindakan Naib Presiden Umno ini cukup memalukan, beliau membawa calon BN pergi ke sekolah rendah untuk berkempen.

"Tindakan menggunakan premis kerajaan ini membuktikan BN sedang terdesak kerana menyedari rakyat masih menolak mereka sejak PRU 2008," ujarnya.

Katanya, Hishammuddin dan pemimpin kerajaan lain, kononnya melarang parti-parti politik menggunakan premis kerajaan, sebaliknya mereka yang memperalatkan dan menyalahgunakan kedudukan untuk kepentingan BN.

"Rakyat harus menghentikan double standard ini dengan mengundi calon Pakatan Rakyat," tegasnya.

Mohd Rashidi Hassan/harakahdaily

Comments :

4 comments to “RESTUILAH APA YANG BARISAN NASIONAL LAKUKAN”
kp.meruperdana@gmail.com said...
on 

ASSALAMUALAIKUM....

SUNGGUH SOMBONG DAN ANGKUH KENYATAAN YANG DIKELUARKAN OLEH SAUDARA...PERSOALAN SAYA...APAKAH BN TIDAK MENURUNKAN HARGA MINYAK DAN BARANGAN.??? PERMIT CETAKAN HARAKAH TELAH DIBERI PELUANG BEGITU LAMA TETAPI HARAKAH DAN SUARA KEADILAN HANYA MENGELUARKAN SESUATU BERITA ATAU CERITA TANPA BUKTI SAHIH...HANYA JALAN CERITA FITNAH YANG MENYERONOKKAN BAGI MENGABURI MATA ORANG RAMAI...KENAPA HENDAK MENYALAHKAN BN BERKEMPEN DI PREMIS KERAJAAN...??? DIBANDINGKAN PAS DAN RAKAN-RAKAN BERKEMPEN DISURAU DAN MASJID DENGAN TERANG-TERANGAN...JANGAN HANYA PANDAI MENUNDING JARI...SELAMA INI PERNAH KE RAKYAT MALAYSIA DIBAHAM OLEH PEMIMPIN BN...??? BERAPA TELUS PR DALAM MEMBANTU RAKYAT....SEHINGGAKAN DALAM MESYUARAT MASJID PUN DIKELUARKAN SENARAI NAMA (CAI) UNTUK ORANG-ORANG PR SEBAGAI JAWATANKUSA ORGANISASI... SELAMA BN MEMIMPIN TIDAK ADA DISKRIMINASI DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT...HANYA KETIKA BERKEMPEN PILIHANRAYA SAHAJA SUASANA AKAN BERUBAH...SEKARANG INI PROJEK DI MAJLIS DAN PEJABAT DAERAH PUN SEMUA DIBOLOT OLEH ORANG PR...CAKAP JER TENDER TERBUKA TAPI YANG DAPAT SUME ORANG PR GAK...JADI SEKARANG INI JANJI PR ADALAH BOHONG SEMATA-MATA BUKAN UNTUK MEMBELA RAKYAT TETAPI MEMPEGUNAKAN RAKYAT....LU PIKIR LA SENDRI BRADER....

Anonymous said...
on 

Salam buat pengampu BN,
ye ke??tp tv3 dan utusan bagaimana??pdhal mereka lagi teruk..Pada 2007,saya telah bertemu dengan khir toyo ketika beliau merasmikan satu majlis.memang bersopan santun orangnye.ttp hanya ketika di dpan org ramai..ini semua sandiwara bn..BN mmg x bole pakai la MANGKUK..bikin aku panas hati jer

kp.meruperdana@gmail.com said...
on 

Salam sekali lagi...kan dah nampak yang penyokong PR memang busuk hati dan beremosi seolah-olah anda semua ni ibarat nabi sifatnya.. anda semua je yang baik...orang lain BN semua yang tidak betul...cara anda meluahkan apa yang terbuku pun dah terang yang anda ni bersikap emosi yang tidak menentu...Anda sendiri kata dah berjumpa dengan DS Khir Toyo dan anda juga yang menyatakan dia bersopan santun...jadi apa masalah yang dihadapi anda..yang sebenarnya anda adalah seorang yang hipokrit...kalau betul anda berani dan bertanggungjawab dalam mengeluarkan komen didalam laman-laman blog anda tidak akan menyembunyikan diri anda(anonymous)... gunakan lah nama samaran atau gambar anda sekali... ini tidak... cakap jer berapi... tapi menyorok...ini ker yang di panggil pejuang suara rakyat...???? Ataupun pejuang yang berjuang untuk perut dan tekak sendiri jer....

desert said...
on 

Salam,ya!!mungkin tidak semua org PR brsopan santun seperti saya.walau bagaimanapun,terdapat banyak kes salah guna kuasa oleh pemimpin2 BN.Pihak media pula kelihatan berat sebelah trmasuk pihak keselamatan negara.Soal nama atau email x de masalah..ketika itu saya tidak mempunyai emel.ttp sekarang saya buktikn yg saya tidak mnyorok

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com