Pray For MH370

Pray For MH370

BERAPA BANYAK UNDI KENA DAPAT (UKD) UNTUK MENANG SETIAP PETI UNDI DAN SALURAN

STATISTIK PENTING

38 Unit Daerah Mengundi

34,884 Pengundi Melayu (63.5%)

14,955 pengundi Cina (27.1%)

5,526 India (9.1%)

Statistik Lokaliti Pengundi Tionghua :

Kuala Sapetang (4000) , Simpang Lama dan Baru (1000) Simpang Halt, Kampung Port Weld, Sungai Sapetang Kechil, Pekan Port Weld, Jalan Mangala Kuala Sapetang,Kampung Temerloh, Pasir Hitam Trong, Sungai Tinggi Trong, Pengkalan Aor, Kawasan JKR dan Larut Tin Changkat Jering

Parlimen P59 PRU 2008 - Bukit Gantang, Perak


Roslan Shaharum (PAS) memperolehi 20,015 undi

Abdul Azim Mohd Zabidi (BN) memperolehi 18,449 undi

Morgan (Bebas) memperolehi 872 undi

PAS menang dengan majoriti sejumlah 1,566 undi

Pemilih berdaftar seramai: 55,471

Jumlah yang keluar mengundi: 40,301

Kertas undi rosak sejumlah: 851

Kertas undi tidak dikembalikan: 114

Peratusan mengundi: 72.65%



P.59 PRU 2004 - Bukit Gantang, Perak

Tan Lian Hoe (BN) memperolehi 16,846 undi

Dr Lo' Lo' Mohamed Ghazali (PAS) memperolehi 10,144 undi

BN menang dengan majoriti sejumlah 6,702 undi

Pemilih berdaftar seramai: 53,880

Jumlah yang keluar mengundi: 27,645

Kertas undi rosak sejumlah: 655

Peratusan mengundi: 51.40%



Kempen Habis-habisan Untuk Tarik Pengundi Cina

Hanya beberapa minit selepas proses penamaan calon tamat semalam, parti politik dari Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat mula memperhebatkan kempen masing-masing dalam usaha memenangi hati dan sokongan pengundi di kawasan Parlimen Bukit Gantang.

Hujan atau panas, tidak menjadi masalah asalkan mesej dapat disampaikan, terutama apabila tumpuan ialah 14,955 pengundi Cina dan 5,526 India yang akan menjadi penentu kepada nasib calon yang bertanding pada pilihan raya kecil kawasan itu.

Kempen untuk majoriti 34,884 pengundi Melayu telah berjalan, tetapi usaha memenangi undi Cina dan India hanya bermula selepas penamaan calon semalam.

Daripada 38 kawasan peti undi di kawasan Parlimen itu, majoriti pengundinya ialah Melayu, kecuali di lima kawasan peti undi -- Kuala Sapetang, Jalan Mengala, Simpang Baru, Pasir Hitam Trong dan Sungai Rotan.

"Majoriti pengundi Cina ialah di Kuala Sapetang. Terdapat kira-kira 4,000 pengundi Cina, diikuti Simpang dengan kira-kira 1,000 dan Pasir Hitam serta Sungai Rotan dengan kira-kira 500 pengundi," kata pengerusi MCA Bahagian Bukit Gantang Datuk Ho Cheng Wang.

Oleh itu adalah tidak mengejutkan apabila selepas penamaan calon, pemimpin tinggi Barisan Nasional (BN) seperti Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat terus ke Kuala Sapetang untuk bertemu pengundi di sana.

"Pada 2004, 70 peratus orang Cina menyokong BN. Bagaimanapun pada pilihan raya umum lepas, sokongan itu turun kepada hanya 30 peratus. Itulah sebabnya kali ini, kami cuba untuk menyakinkan mereka supaya menyokong kami," kata calon BN untuk Bukit Gantang Ismail Saffian.

Ismail, yang merupakan bekas pengarah pilihan raya BN di Bukit Gantang pada dua pilihan raya umum lepas, berkata jika sokongan untuk BN boleh ditingkatkan kepada kira-kira 40 hingga 45 peratus, BN akan mempunyai peluang untuk memenangi kerusi itu.

"Berdasarkan kiraan saya, jika sokongan pengundi Cina boleh ditingkatkan sebanyak 40 peratus, kami mempunyai peluang untuk menang," katanya sambil menjelaskan bahawa pada pilihan raya umum lepas, PAS sebenarnya tidak menang undi Melayu.

Ismail berkata PAS hanya memperoleh 40 peratus undi Melayu pada pilihan raya umum 2004 dan 45 peratus pada 2008.

"Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham Roslan (Shaharum) menang kerana berjaya memperoleh 20 peratus undi bukan Melayu. Dengan 45 peratus ditambah 20 peratus undi Cina dan India, dia boleh menang dengan majoriti 1,500 undi," katanya.

Pemerhati politik berkata majoriti pengundi Cina ialah dari Kuala Sapetang, Simpang Halt, kampung Port Weld, Sungai Sapetang Kechil, Pekan Port Weld dan Jalan Mangala di Kuala Sapetang.

Selebihnya ialah di Kampung Temerloh, Pasir Hitam Trong, Sungai Tinggi di Trong dan Pengkalan Aor, Simpang (Lama dan Baru), Kawasan JKR dan Larut Tin di Changkat Jering.

Menyedari usaha BN itu, pemimpin pembangkang terutama DAP dan PKR mempertingkatkan kempen mereka di Kuala Sapetang malam tadi dengan menganjurkan lebih banyak ceramah, yang dihadiri pemimpin-pemimpin pembangkang bagi menyampaikan mesej mereka.

Pakar strategi DAP dan anggota Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong berkata mereka tidak risau dengan pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya kecil itu tetapi bimbang dengan kedudukan pengundi Melayu dan Cina, memandangkan kawasan Parlimen itu boleh dikatakan luar bandar.

"Walaupun kami mempunyai peluang yang lebih baik, kami sangat berhati-hati mengenainya.

"Hanya satu perkara yang baik iaitu penerimaan masyarakat Cina terhadap Mohammad Nizar adalah tinggi," katanya.

Dan mulai hari ini, hampir setiap hari -- terdapat ceramah mega dianjur kedua-dua parti politik itu, dalam usaha untuk menyampaikan hujah mengikut pandangan masing-masing kepada pengundi.

Alan Ting/BERNAMA

Comments :

0 comments to “BERAPA BANYAK UNDI KENA DAPAT (UKD) UNTUK MENANG SETIAP PETI UNDI DAN SALURAN”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com