Pray For MH370

Pray For MH370

SUKAR UNTUK ISTIQAMAH DALAM PERJUANGAN YANG HAK

Pada 29 Mac 2009 Kamarul Ramizu Idris, 42, seorang usahawan, satu-satunya calon bebas bagi PRK P59 bertanding kerana mahu menanam konsep 'politik beriman' dan menolak sikap taksub kepada parti politik tertentu jika mahu membangunkan negara. Beliau mengaku tidak pernah melibatkan diri dalam mana-mana parti politik.

Dua hari kemudian, pada 31 Mac 2009, Kamarul Ramizu dalam manifestonya berhasrat untuk mewujudkan Parti Iman Semalaysia (PIS) tanpa mengira sama ada menang atau kalah dalam pilihan raya itu.

Komen saya: Baru dua hari sudah tukar pendirian. Seminggu lagi, mungkin tarik diri dan isytihar masuk parti tertentu.

Inilah antara senarai sindrom dan penyakit umat Islam di seluruh dunia iaitu , jahil muraqab tentang agama (deen) yang dianuti, mudah terpedaya dengan muslihat musuh, sifat hasad dengki yang tebal dan tergesa-gesa dalam tindakan tanpa usul periksa serta kajian.

--------------------------------------------------------------------------------------
Konsep 'Politik Beriman' Jadi Hasrat Calon Bebas Bukit Gantang

TAIPING, 29 Mac 2009. Hasrat mahu menanam konsep 'politik beriman' dan menolak sikap taksub kepada parti politik tertentu, menjadi faktor pendorong calon bebas dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Atas prinsip itulah Kamarul Ramizu Idris, 42, seorang usahawan menyerahkan borang penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Taiping di sini hari ini dan memilih payung sebagai lambang parti Bebas pada pilihan raya kecil itu.

"Konsep politik beriman ini akan menyatu-padukan rakyat. Selain itu setiap agama percaya kepada Tuhan dan jika percaya kepada Tuhan maka perlu tolak sifat taksub kepada parti. Tolak taksub kepada parti kalau mahu membangunkan negara," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini.

Tidak pernah melibatkan diri dalam mana-mana parti politik, Kamarul Ramizu juga yang mendakwa dirinya sebagai pakar motivasi yang mempunyai kem di Cameron Highlands, Parit dan Gua Tempurung, berkata beliau akan berkhidmat dengan penuh beriman sekiranya dipilih oleh pengundi Bukit Gantang sebagai wakil rakyat.

"Saya tidak gentar dalam apa jua keadaan. Saya yakin dengan Yang Maha Esa yang membenarkan kehidupan kita terus sempurna. Saya tidak ditaja oleh sesiapa dan berjaya atas kewangan sendiri," katanya.

Beliau berkata kemelut politik di Perak dan pertelagahan antara pemimpin parti politik yang bertanding akan beri kelebihan kepadanya yang pertama kali bertanding dalam pilihan raya.

Kamarul Ramizu berkata beliau akan menggunakan cara mengedarkan risalah selain pergi rumah ke rumah bagi meraih undi semasa tempoh sembilan hari kempen sebelum hari pengundian 7 April ini.

Selepas selesai penamaan calon, Kamarul Ramizu disambut kira-kira 50 penyokongnya yang kesemuanya berpakaian dan berpayung hitam beserta laungan slogan 'Allah, Muhammad' beberapa kali.

Pada pilihan raya kecil itu Kamarul Ramizu akan berhadapan calon BN Ismail Saffian, 49, dan calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, 52.

-- BERNAMA
----------------------------------------------------------------------------------
Calon Bebas Bukit Gantang Muncul Dengan Poster, Manifesto


Oleh Siti Zubaidah Abdullah

TAIPING, 31 Mac (Bernama) -- Dua hari selepas penamaan calon, sepanduk calon Bebas bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang Kamarul Ramizu Idris, 42, dengan slogan "Kembali Beriman Kembali Al-Quran" mula kelihatan di sekitar Changkat Jering.

Kamarul Ramizu berkata beliau mengambil sikap mendiamkan diri selepas hari penamaan calon Ahad lepas kerana menyiapkan kelengkapan kempen seperti poster dan sepanduk, yang mengambil masa sehingga hari ini.

"Dalam dua hari ini, sepanduk dicetak dan saya perlu menyiapkan beberapa perkara sebelum memulakan kempen meraih sokongan pengundi esok," katanya ketika ditemui Bernama bersama lima pembantunya di Changkat Jering, di sini, Selasa.

Beliau berkata cara mengedarkan risalah manifesto dan kempen dari rumah ke rumah bagi meraih undi akan digunakan sepanjang tempoh kempen lapan hari sebelum hari pengundian 7 April ini.

Kamarul Ramizu, seorang usahawan, berkata pendekatan berkempen dari rumah ke rumah itu digunakan memandangkan cara itu memberikan pengaruh yang lebih berkesan.

"Itu lebih berkesan dengan cara bersemuka dengan orang kampung (pengundi), mudah untuk rapat dengan mereka dan lebih jelas diadakan dalam perhimpunan kumpulkan orang kampung melalui ceramah kecil-kecilan," katanya.

Menurutnya petugasnya yang seramai 200 orang akan bergerak serentak dari rumah ke rumah di sekitar kawasan pedalaman untuk menemui semua lapisan pengundi tanpa mengira kaum dan agama termasuk mengedarkan risalah manifestonya.

Pada pilihan raya kecil itu Kamarul Ramizu memilih payung sebagai lambang parti Bebas yang akan berhadapan calon BN Ismail Saffian, 49, dan calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, 52.

Beliau yang berasal dari Jalan Menteri Pokok Asam di sini mendakwa dirinya sebagai pakar motivasi yang mempunyai kem motivasi di Cameron Highlands, Parit dan Gua Tempurung, tetapi tidak pernah melibatkan diri dalam mana-mana parti politik.

Konsep 'politik beriman' dan menolak sikap taksub kepada parti politik tertentu, menjadi faktor pendorong calon Bebas itu bertanding selain berhasrat untuk berkhidmat dengan penuh beriman sekiranya dipilih oleh pengundi Bukit Gantang sebagai wakil rakyat.

Beliau berkata bajet tidak menjadi faktor penghalang, tetapi berbekalkan kekuatan tauhid dan niat sebagai pemimpin beriman akan membenarkan dan memberikan kemenangan kepada pihak yang sepatutnya.

Kamarul Ramizu dalam manifestonya berhasrat mewujudkan Parti Iman Semalaysia (PIS) tanpa mengira sama ada menang atau kalah dalam pilihan raya itu; menubuhkan badan khas mengimarahkan dewan masjid, badan khas rakyat dan kepimpinan Rasulullah S.A.W. serta para sahabat agar menjadi pedoman bagi kegemilangan masyarakat beriman.

"Strategi saya adalah mewujudkan masyarakat beriman yang sentiasa bersyukur, sabar dan mengingati Allah. Jika ini terjadi maka pembangunan dapat diselaraskan dengan peruntukan yang disediakan bagi melaksanakannya," katanya.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Roslan Shaharum daripada PAS pada 9 Feb lepas akibat serangan jantung.

Pada pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas, Roslan menang dengan majoriti 1,566 menewaskan calon BN Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi serta calon Bebas M. Mohganan.

-- BERNAMA

Comments :

0 comments to “SUKAR UNTUK ISTIQAMAH DALAM PERJUANGAN YANG HAK”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com