Pray For MH370

Pray For MH370

KE MANA HALATUJU AKTIVITI BERBLOG KITA

Dalam melaksanakan tuntutan amar bil ma'ruf wan nahyu 'anil munkar (menyeru kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar) , kita umat Islam dianjurkan untuk membuat tiga peringkat atau darjat tindakan.

Di peringkat paling lemah iman ialah sekadar membenci dalam hati apabila melihat maksiat dan munkar berleluasa di hadapan mata. Dalam sebuah hadith Ar rasul saw menyebut bahawa tiada iman walaupun sebesar biji sawi (? seberat atom) jika tidak sedikitpun timbul rasa benci dalam hati melihat kemunkaran.

Peringkat kedua apabila mengetahui atau melihat kemunkaran ialah dengan cuba merubah atau menghalangnya dengan lisan atau lidah jika seseorang itu mampu. Penggunaan lisan atau tulisan boleh jadi dalam bentuk kaset, ucapan, ceramah, nasihat, pidato, forum, dialog dan sebagainya. Penggunaan lisan dalam berdakwah mempunyai metodologi serta kaedah tertentu.

Peringkat ketiga dalam amar bil ma'aruf wan nahyu 'anil munkar ialah dengan penggunaan tangan yakni kekuasaan atau menghalang secara fizikal. Penggunaan kekuasaan terletak di bawah bidang politik dan pemerintahan. Tanpa kuasa dan pemerintahan, maksiat, murtad (riddah) dan munkar akan berleluasa serta bermahrajalela.

Walaupun terdapat individu Muslim atau bukan Muslim yang berhujah bahawa tiada paksaan dalam agama namun perlu diingat bahawa Ayat Al Quran tersebut merujuk kepada larangan memaksa orang memeluk Islam. Walau bagaimanapun setelah seseorang itu mengaku Muslim dengan ikrar lafaz dua kalimah syahadah, ia tertakluk kepada semua tuntutan sebagai seorang Muslim, setelah mengambil kira kemampuannya serta rintangan dan halangan yang ia hadapi.

Tiada sesiapa yang memaksa seseorang itu menceburi dalam bidang ketenteraan (kecuali program khidmat negara atau national service yang diwajibkan oleh negara). Tetapi apabila ia telah mendaftar sebagai seorang rekrut tentera, ia mahu tidak mahu mesti akur serta taat segala perintah dan larangan kem komanden seperti bangun pagi pada waktu tertentu, kawad, mengenakan uniform tentera, memakai but yang telah digilap sehingga berkilat, berambut pendek dan sebagainya. Ia tidak boleh lagi berhujah bahawa tiada siapa yang boleh memaksanya mentaati peraturan tentera atau ia bebas melakukan apa sahaja yang ia mahu.


Dalam membincangkan tajuk amar ma'ruf nahi munkar, izinkan saya menyentuh sebuah blog yang telah dilaporkan dikendalikan oleh seorang warga Klang dari Taman Sri Andalas dan bertugas di Affin Bank Jln Meru. Saya telah lebih dua puluh lima tahun menetap di Klang dan pernah tinggal serta bertugas di Tmn Sri Andalas.

Jika laporan tentang diri sebenar blogger PERAK BANGKIT itu sahih, saya berpendapat sahabat kita serta dan teman-temannya yang lain (admin atau webmaster blogspot berkenaan), telah tidak berlaku adil kepada dirinya serta Islam itu sendiri. Kenapa saya katakan begitu?






Dalam postingnya yang terkini bertajuk seperti di atas,
dari mana beliau memperolehi angka 65 % sedangkan
dalam blog beliau satu POLL telah dibuat dan sudahpun ditutup dengan 2926 pengunjung blog telah membuat undian. PAS memperolehi 62% sedangkan Barisan Nasional hanya mendapat 16%.

Jika PAS mendapat 62% ini juga bermakna NIZAR mendapat 62% bukan 35% seperti yang tertera dalam
tajuk post PERAK BANGKIT.

Di mana letaknya keadilan serta objektiviti pengendali blog ini?


Kedua penggunaan gambar lucah seorang wanita untuk menulis "kill nizar" adalah satu perbuatan yang tidak "manis" sebagai seorang yang mengaku Muslim. Mungkin masih boleh diterima atau dimaafkan jika blog ini diurustadbir oleh seorang yang belum ISLAM kerana ia masih tercari-cari kebenaran dan sedang mempelajari tentang Islam.

Kita akan dipertanggungjawbkan segala tindak tanduk kita, tutur kata, tulisan dan setiap yang kita lakukan dalam privasi kita atau di khalayak ramai.

Eloklah pengendali blog PERAK BANGKIT berbincang dengan kaunselor atau ustaz untuk tindakan selanjutnya. Tiada daya dan kekuatan melainkan dari ALlah. Tiada taufik dan hidayah melainkan dari Allah jua. Salam sejahtera. Berblog berpada-pada jangan sampai dikata go-blog; sebab pulut santan binasa, sebab tetikus iman binasa.





PERINTIS, PENAJA DAN PENYEBAR MAKSIAT di sini

PAUTAN BERAS TERPILIH DI Sini

Comments :

1
Hasrin Bin Abdul said...
on 

Undian dalam Perak Bangkit itu tidak merujuk pada NizarZamrud atau MailPian. Angka pun tidak sama. Itu cuma khayalan Perak Bangkit sebagai penyedap hati. Kenapa banyak orang melayu di Klang tidak sedap hati kalau PAS menang? Lihat di Selangor, baru menang 6 kerusi sudah bergabung dengan DAP, akibatnya orang melayu selangor berpecah-belah dan benar-benar dalam kerugian!! Islam Hadhari pun boleh diharamkan oleh AH SAN AH LEE. Kononnya merekalah juara pembawa Islam yang sebenarnya. Dr. Hassan Ali perlu bertaubat!

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com