Pray For MH370

Pray For MH370

HUJAH PEGUAM SHAFEE ABDULLAH DIPATAHKAN OLEH AHLI PANEL LAIN

Penyelesaian menerusi mahkamah boleh menjadi salah satu jalan penyelesaian yang sesuai, namun ia dijangka akan mengambil masa yang panjang kerana ia pasti disusuli dengan rayuan demi rayuan menurut Prof Dr Shad Saleem Faruqi. Sila lihat artikel di bawah kemelut Perak dari perspektif Prof Dr Shad Saleem Faruq.

*PATUT BUBAR - PROF SHAD SALEEM

*Krisis Perak Boleh Selesai Jika Pihak Terbabit Sanggup Berunding


SHAH ALAM, 31 Mac (Bernama) -- Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Teknologi MARA Dr Shad Saleem Faruqi mengesyorkan supaya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat duduk semeja dan berunding bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak.

Beliau berkata usaha menyelesaikan kemelut itu menerusi mahkamah boleh menjadi salah satu jalan penyelesaian yang sesuai, namun ia dijangka akan mengambil masa yang panjang kerana ia pasti disusuli dengan rayuan demi rayuan terhadap setiap ketetapan yang dibuat mahkamah.

Dr Shad berkata demikian ketika menyuarakan pandangannya dalam Rancangan Hujah yang disiarkan di TV9 malam ini, dan antara panel yang turut menyertai perbincangan dengannya dalam rancangan itu ialah peguam terkenal Datuk Mohd Shafee Abdullah (foto kanan) dan Presiden Majlis Peguam Malaysia Ragunath Kesavan (foto kiri).

Rancangan Hujah dipengerusikan oleh Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Mohammad Agus Yusoff.

Sementara itu Mohd Shafee berkata kemelut politik di Perak boleh diselesaikan sekiranya proses mahkamah dapat dipercepatkan, manakala Ragunathan berpendapat masalah ini boleh diselesaikan dengan mengadakan pilihan raya bagi mendapatkan mandat baru rakyat.

Perak ketika ini berhadapan dengan kemelut politik apabila bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar mengemukakan saman dan mencabar kesahihan pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang baru.

Mohammad Nizar, yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu mengemukakan permohonan bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah selain untuk mendapatkan injunksi menghalang Dr Zambry daripada melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar.

-- BERNAMA

PATUT BUBAR - PROF SHAD SALEEM

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) — Sultan Perak berkuasa memecat Menteri Besar sekalipun MB enggan meletak jawatan selepas diperintahkan berbuat demikian, kata seorang pakar perlembagaan hari ini.

Bagaimanapun, kuasa berbuat demikian tidak terdapat dalam peruntukan perlembagaan negeri Perak tetapi daripada Akta Interpretasi yang menyatakan kuasa melantik termasuk kuasa memecat, kata Prof Dr Shad Saleem Faruqi.

“Artikel 16 Fasal 7 Perlembagaan Negeri Perak menyebut seseorang anggota majlis selain MB (Menteri Besar) memegang jawatan atas perkenan Sultan. Dengan lain perkataan, MB tidak boleh dipecat.

“Tetapi Artikel 16 Fasal 6 menyebut jika beliau hilang kepercayaan beliau mesti meletak jawatan. Jadi kawasan kelabu ialah apa berlaku jika beliau tidak meletak jawatan,” katanya bila dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata dua peruntukan yang berasingan nampaknya bercanggah jadi seseorang itu perlu melihat di luar Perlembagaan Perak dan kepada Akta Interpretasi, yang menyebut kuasa untuk melantik termasuk kuasa memecat.

“Dalam situasi di mana orang berkenaan (MB) tidak mahu berundur tetapi kalah, Sultan mempunyai kuasa untuk memecat.

“Saya yakin baginda tidak suka (memecat MB) tetapi seluruh dunia memerhati, kerajaan tumbang bukan kerana mandat popular tetapi akibat perbuatan melompat parti.

“Saya yakin Tuanku amat dukacita dengan semua ini, tapi baginda dalam dilema, baginda perlu mempunyai sebuah kerajaan tetapi terdapat kebuntuan jelas,” kata beliau.

Prof Shad Saleem berkata beliau lebih suka kepada pembubaran (dewan negeri) untuk membolehkan rakyat buat keputusan tetapi langkah itu melibatkan belanja besar dan gangguan yang membebankan rakyat, yang pastinya telah diambil kira oleh Sultan semasa membuat keputusan.

Profesor itu diminta mengulas keengganan MB Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan walaupun setelah diarah berbuat demikian dengan segera oleh Sultan Azlan Shah.

Satu kenyataan dari pejabat Sultan Perak berkata jika Mohammad Nizar tidak berundur, jawatannya sebagai Menteri Besar Perak bersama jawatan anggota-anggota exco negeri akan dianggap telah dikosongkan.

Prof Shad Saleem bagaimanapun berkata keengganan Mohammad Nizar itu bukan satu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman.

BERNAMA


Artikel Berkaitan oleh Penulis

Comments :

0 comments to “HUJAH PEGUAM SHAFEE ABDULLAH DIPATAHKAN OLEH AHLI PANEL LAIN”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    1 year ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    2 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com